Pertama kali Dato’ Sri Nancy Shukri berkongsi wajah anak kepada umum. Baru-baru ini, anak perempuan kesayangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan tamat pengajian di sebuah universiti swasta dan diraikan dalam majlis konvokesyen.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri Ahli Parlimen Santubong tersebut di media sosial miliknya. Beliau hadir bersama suami di Taylor’s Convocation 2025 pada 23 Februari lalu.

Bukan hanya kejayaan menggenggam ijazah meraih perhatian warga maya. Bahkan wajah cantik dan penampilan anak gadis Dato’ Sri Nancy ini yang tinggi lampai persis seorang peragawati ini turut menjadi bualan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nancy Shukri (@nancy.shukri)

Ads

Anak Perempuan Dato’ Sri Nancy Shukri Genggam Ijazah

Beauty With Brains! Anak Dato’ Sri Nancy Shukri Genggam Ijazah, Wajah Cantiknya Jadi Perhatian Beauty With Brains! Anak Dato’ Sri Nancy Shukri Genggam Ijazah, Wajah Cantiknya Jadi Perhatian Beauty With Brains! Anak Dato’ Sri Nancy Shukri Genggam Ijazah, Wajah Cantiknya Jadi Perhatian

Menerusi foto yang dimuat naik, Dato’ Sri Nancy Shukri tampil elegan dalam busana rona coklat cair bercorak merah dan bertudung polos warna merah di samping suami tercinta yang segak mengenakan sut hitam dan bertali leher.

Dalam gambar itu juga kelihatan anak kesayangan tersenyum ceria menyarung jubah konvokesyen sambil memegang sejambak bunga dan skrol ijazah.

Ads

Dedah Dato’ Sri Nancy, “Alhamdulillah, meraikan konvokesyen anak perempuan saya Bibi Freka yang menerima segulung Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Seni Bina Dalaman hari ini.

You’ve made me immensely proud and I’ll be here every step of the way, always. Congratulations Sayang!”

Satu-Satunya Anak Perempuan Dato’ Sri Nancy Shukri

Beauty With Brains! Anak Dato’ Sri Nancy Shukri Genggam Ijazah, Wajah Cantiknya Jadi Perhatian Beauty With Brains! Anak Dato’ Sri Nancy Shukri Genggam Ijazah, Wajah Cantiknya Jadi Perhatian Beauty With Brains! Anak Dato’ Sri Nancy Shukri Genggam Ijazah, Wajah Cantiknya Jadi Perhatian

Ads

Difahamkan Bibi Freka merupakan satu-satunya anak perempuan Dato’ Sri Nancy Shukri dan suami, Datuk Kamil Misuari. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 29 September 1985 dan dikurniakan tiga orang anak.

Selain Bibi, dua lagi cahaya mata Dato’ Sri Nancy ialah Faeroz Kamil dan Farouk Kamil.

Artikel https://www.nona.my/cantik-lulusan-bisnes-dari-uk-adik-pelakon-miera-leyana-ini-isteri-kerabat-diraja-kelantan/

Pemimpin wanita berusia 64 tahun ini menyandang tugas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sejak 3 Disember 2022. Terdahulu, Dato’ Sri Nancy pernah berkhidmat sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI