Memang benar kuasa cinta mengatasi segala-galanya. Kerap juga kita dengar kisah tentang kerabat diraja yang sanggup melepaskan gelaran diraja semata-mata mahu berkahwin dengan insan tersayang. Kakak kepada Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn ini juga salah seorang daripadanya.

IKLAN

Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Barnavadi, melepaskan status sebagai keluarga diraja Thailand pada 25 Julai 1972 apabila menemui cinta sejati dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan lelaki pilihan hati, seorang warganegara Amerika Syarikat, Peter Jensen yang ditemui ketika melanjutkan pelajaran di Massachusetts Institute of Technology (MIT).

Bekas Pelajar Universiti Terbaik Dunia, Puteri Thailand Ini Pernah Lepaskan Gelaran Diraja Kerana Cinta 
Foto: Instagram @royalworldthailand

Puteri Ubolratana Rajakanya belajar dalam jurusan Matematik dan Bio-Kimia di MIT. Kemudian beliau telah melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang Kesihatan Awam di University of California di Los Angeles.

Puteri Ubolratana Rajakanya telah meneruskan hidupnya bersama suami selama 26 tahun dan pulang ke tanah air pada tahun 1998 apabila telah bercerai dengan suaminya, Peter Jensen.

Bekas Pelajar Universiti Terbaik Dunia, Puteri Thailand Ini Pernah Lepaskan Gelaran Diraja Kerana Cinta 
Foto: Instagram @royalworldthailand

Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan tiga orang anak iaitu, Ploypailin Mahidol Jensen, Bhumi Jensen dan Sirikitiya Mai Jensen. Malangnya anak kedua Puteri Ubolratana Rajakanya, Bhumi Jensen telah meninggal dunia pada tahun 2004 akibat tsunami di Lautan India pada usia 21 tahun.

Bekas Pelajar Universiti Terbaik Dunia, Puteri Thailand Ini Pernah Lepaskan Gelaran Diraja Kerana Cinta 
Foto: Instagram @royalworldthailand

Puteri Ubolratana Rajakanya kini berusia 68 tahun dan telah dilahirkan di Lausanne, Switzerland. Menyambut kepulangan Puteri Ubolratana Rajakanya semula ke Thailand, beliau telah dikurniakan gelaran ‘Tunkramom Ying’ yang membawa maksud Daughter to the Queen Regent atau Puteri dan berhak mendapat layanan sebagai kerabat diraja Thailand.

IKLAN

Puteri Diraja yang berjiwa rakyat ini aktif sebagai aktivis kemanusiaan. Puteri Ubolratana Rajakanya telah mempengerusikan 4 pertubuhan amal dan memperjuangkan kempen anti-dadah serta menyokong program-program untuk kanak-kanak autism. Malah Puteri Ubolratana Rajakanya juga sering membantu mereka yang memerlukan seperti orang miskin.

IKLAN
Bekas Pelajar Universiti Terbaik Dunia, Puteri Thailand Ini Pernah Lepaskan Gelaran Diraja Kerana Cinta 
Foto: Instagram @royalworldthailand

Puteri Thailand ini juga telah memecah tradisi keluarga diraja Thailand apabila pertama kali menyertai pilihan raya Thailand. Puteri Ubolratana Rajakanya telah bertanding di bawah tiket Parti Thai Raksa Chart pada pilihan raya yang berlangsung pada 24 Mac 2019 untuk merebut jawatan sebagai Perdana Menteri.

Katanya kalau shopping di sini tak ada caj penghantaran.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI