“Ilmu pelita hidup”. Kata-kata hikmat ini menunjukkan bahawa ilmu merupakan elemen yang amat penting dalam kehidupan dan dapat menjadikan kehidupan seseorang itu lebih sempurna.

Belajar Sebagai Hobi, Dr Hajjah Oki Setiana Dewi Raih Gelaran Doktor Falsafah Buat Kali Kedua

Sesungguhnya figura hebat ini, Dr Hajjah Oki Setiana Dewi  telah menunjukkan contoh yang baik sebagai wanita, isteri dan juga  ibu. Bahagia bersama keluarga tercinta wanita ini juga telah berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah pada tahun lalu.

IKLAN

Belajar Sebagai Hobi, Dr Hajjah Oki Setiana Dewi Raih Gelaran Doktor Falsafah Buat Kali Kedua

Di usia 31 tahun, ibu kepada 4 orang cahaya mata ini telah meraih PhD melalui kajian dan penulisan tesis bertajuk “Pengajian Selebriti Hijrah Kelas Menengah Muslim (2000-2019): Respons Atas Dakwah Salafi dan Jamaah Tabligh”. Oki menerima anugerah PhD dari Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta jurusan Pengkajian Islam Konsentrasi Komunikasi dan Dakwah pada 2020.

Belajar Sebagai Hobi, Dr Hajjah Oki Setiana Dewi Raih Gelaran Doktor Falsafah Buat Kali Kedua

Tahun ini, Oki sekali lagi meraih gelaran doktor falsafah buat kali kedua setelah menyelesaikan pengajian di Institut Perguruan Tinggi Ilmu Al-Quran Jakarta. Beliau telah menjalani sidang melalui kertas kerjanya bertajuk  “Pendidikan Moderasi Beragama Dalam Keluarga Berbasis Al-Qur’an” di Perguruan Tinggi Ilmu Al-Qur’an.

Belajar Sebagai Hobi, Dr Hajjah Oki Setiana Dewi Raih Gelaran Doktor Falsafah Buat Kali Kedua

Memetik sumber Kompas, Oki Setiana Dewi mengaku hobinya adalah belajar.  Malah Oki turut memanjatkan kesyukuran di  atas kejayaannya dan menganggap tanggal 1 November 2022 hari yang membahagiakan buat dirinya.

“Hobi saya belajar, dunia kampus, dan suka bertemu guru-guru. Yang penting suami memberi sokongan untuk saya sambung belajar. Kuncinya di sini (suami),” ujar bintang filem Ketika Cinta Bertasbih.

Belajar Sebagai Hobi, Dr Hajjah Oki Setiana Dewi Raih Gelaran Doktor Falsafah Buat Kali Kedua

IKLAN

Ketika ditanya bagaimana dia membahagikan masa antara tugas sebagai pelajar, isteri dan ibu kepada empat cahaya mata, menurut Oki ia adalah sesuatu yang sukar dilakukan tetapi dia perlu bijak membahagikan masa untuk perkara-perkara penting dalam hidupnya.

“ Saya tidak nafikan ia memerlukan pengorbanan dan pada waktu yang sama, saya dikelilingi orang-orang yang hebat.  Hujung minggu, anak-anak akan berada di rumah Ria Ricis. Jadi saya bebas belajar dari pagi sampai malam. Rumah jadi sunyi ,” kata Oki Setiana Dewi lalu tertawa.

Belajar Sebagai Hobi, Dr Hajjah Oki Setiana Dewi Raih Gelaran Doktor Falsafah Buat Kali Kedua

Meraih gelar Doktor kali kedua tidak meletakkan noktah dirinya dalam proses pencarian ilmu. Oki Setiana Dewi merancang untuk melanjutkan pelajaran  ke luar negara pula tidak lama lagi.

IKLAN

“Doakan semoga cita-cita saya dipermudahkan untuk mencari ilmu.  Semoga ia memberi manfaat bersama, ” ujar Oki lagi.

Untuk rekod,  Oki Setiana Dewi melanjutkan pelajaran kedoktoran di jurusan Pengkajian Islam Konsentrasi Komunikasi dan Dakwah di Pascasarjana UIN Syarif Hidayatullah sejak 2016.

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI