Wajah penuh keibuan! Begitulah yang boleh digambarkan apabila melihat hantaran Instagram Yang Teramat Mulia (YTM) Che Puan Mahkota Kelantan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra dan suami, Tengku Mahkota Kelantan Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra saat mengendong anak patung untuk sesi latihan Resusitasi kardiopulmonari atau Cardiopulmonary resuscitation yang diadakan secara khusus untuk pasangan diraja ini sebagai persiapan awal sebelum bergelar ayahanda dan bonda tidak lama lagi.
Foto: Instagram ljo_
Baginda berdua mengambil kesempatan untuk menghadiri kursus CPR dan Nursing di Istana Kota Lama, Kota Bharu, Kelantan yang diselia oleh kakitangan dari Universiti Sains Malaysia.
Ads
Foto: Instagram ljo_
Resusitasi kardiopulmonari (Cardiopulmonary resuscitation CPR) merupakan prosedur kecemasan yang dilakukan dalam usaha bagi mengekalkan secara manual fungsi otak sehingga langkah selanjutnya dapat dilakukan bagi mengembalikan aliran darah dan pernafasan secara spontan pada seseorang yang jantung berhenti berdengup.
Foto: Instagram ljo_
Ini ditunjukkan pada seseorang yang tidak bertindak balas dengan berhenti bernafas atau pernafasan tidak normal, sebagai contoh pernafasan sengsara. Ia boleh dilakukan di dalam atau di luar hospital. Pasangan diraja ini mengambil langkah terbaik mempelajari teknik prosedur kecemasan sebagai persediaan sebelum bergelar ayahanda dan bonda tidak lama lagi. Ramai memuji pasangan diraja ini yang mempelajari teknik rawatan kecemasan yang sememangnya penting untuk diketahui oleh setiap individu.
Ads
Foto: Instagram ljo_
18 Mac lalu, Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra mengumumkan berita kehamilan anak sulung dan dijangka bersalin Julai ini. Baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke 37 pada tanggal 6 Jun lalu, wajah bakal ibu ini kelihatan berseri-seri meskipun sedang sarat hamil.
Sudah semestinya pasangan diraja sedang menghitung hari detik kelahiran anakanda tersayang yang bakal menyerikan rumahtangga yang dibina sejak 2019 ini.
Sheahnee dan Naz Rahman sememangnya suami isteri berbakat besar dan versatil. Bukan sekadar mengacarakan program santai dan korporat, kemahiran kedua-duanya dalam bidang pengacaraan tidak perlu dipertikai.
Tahap profesionalisme dan gaya penyampaian jelas serta bertenaga Sheahnee Iman Lee dan Nazrudin Habibur Rahman membuatkan mereka sering menjadi pilihan penganjur acara.
Terbaharu, pasangan suami isteri ini diberi kepercayaan mengendalikan satu majlis gah dan penuh bersejarah iaitu Sidang Kemuncak ASEAN 2025!
Berpadu tenaga dan berkongsi pentas menjayakan sidang kemuncak tersebut, Sheahnee pada majlis itu anggun dalam persalinan songket maroon rekaan Lumiere. Sementara suami tercinta segak mengenakan sut eksklusif rona sedondon dari Bon Zainal.
Menerusi perkongsian di IG Story Sheahnee, dia berbesar hati diberi peluang mengacarakan acara istimewa berkenaan. Apatah lagi bersama suami, Naz Rahman.
Kongsinya, “It’s been the honour of my life to serve my nation. Never been prouder to be a Malaysian. Thank you for having us, Tanah Airku.”
Sheahnee dan Naz Rahman cukup terkenal dalam industri pengacaraan tanah air. Bahkan sebelum mendirikan rumah tangga lagi, kedua-duanya sudah pun menceburi dunia penyiaran dan bakat mereka sering menjadi buruan syarikat swasta mahupun kerajaan untuk menjadi pengacara majlis.
Figura wanita ini merupakan bekas penyampai berita NTV7 dan berpengalaman luas sebagai pengacara.
Meskipun wajahnya kini tidak lagi menghiasi kaca televisyen namun bakat dan kemahiran ibu tiga anak ini masih mendapat kepercayaan banyak syarikat berkelas dunia termasuklah Petronas.
Selain aktif sebagai emcee dan pencipta kandungan di media sosial, figura berusia 46 tahun ini juga memiliki HRDC-certified trainer!
Pasangan ini menyambut ulang tahun perkahwinan mereka ke-17 pada 26 Jun lalu.
Sheahnee dan Naz Rahman berkahwin pada tahun 2008. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Zara Aaliyah, Zakry Aiman dan Zayd Aaqil.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Neelofa tidak pernah lari daripada disoal mengenai jodoh. Pada usia 32 tahun, tentu ramai yang ingin melihat ikon ini duduk di pelaminan dengan jejaka pilihan. Jujur menurut Neelofa, dia tidak terfikir lagi soal itu.
“Masa muda-muda memang nak sangat ada bersama seseorang. Someone who can listen, who can call me and how I am. I always need that someone. Tapi sekarang Allah makes me feel so content. Saya tak perlukan lagi kebergantungan seperti itu.
Saya ada Jayden, keluarga dan kawan-kawan. Masa senggang itu sudah diisi dengan lebih bermakna. Kadang-kadang, kalau ada masalah pun saya boleh lupa atau overcome dengan tenang tanpa perlu berbicara dengan sesiapa pun. Tak share pun tak apa. Saya sampai berdoa pada Allah untuk bukakan pintu hati saya untuk sekurang-kurangnya berfikir soal jodoh dan berkahwin!”seloroh Neelofa.
Bagi Neelofa, dia melihat ada perkara yang lebih besar dari soal jodoh. Jika dulu dia begitu teruja untuk berkahwin tetapi kini dia mempunyai matlamat lain yang bukan sahaja boleh membahagiakannya tetapi keluarga juga.
“Saya nak cari kestabilan dalam ekonomi. Saya bukan bekerja untuk diri sendiri tetapi saya juga bertanggungjawab untuk menjaga keluarga. Bukan atas kehendak mereka tetapi ini pilihan saya. Saya melihat ramai orang-orang di sekeliling yang sudah berkahwin. Masing-masing ada masalah tersendiri. Jadi sebelum saya melangkah dalam gerbang perkahwinan, berilah saya peluang untuk mencari rezeki untuk semua dahulu.
Tak perlu rushing, tak perlu memaksa dan tak perlu mencari. Jika tahun ini Allah temukan saya dengan jodoh terbaik, yang meyakinkan dan boleh membuatkan saya gembira, saya akan settledown. Saya yakin Allah akan pertemukan saya dengan orang yang sempurna di mata saya. Kebanyakkan orang lupa, mereka sibuk mencari orang yang dia nak tetapi dia terlupa Allah yang menetapkan segalanya. Jadi biarlah Allah merencanakan perjalanan itu,”katanya.
Sifat tegas dalam merencana kehidupan dipegang Neelofa sejak dahulu lagi. Tidak hairanlah jika semakin hari Neelofa dapat meletakkan dirinya di tahap berbeza.
“Saya sentiasa tetapkan matlamat yang tinggi dalam hidup. Jika tidak berjaya dicapai, tak salah jika ubah perancangannya. Rutin harian kita yang akan memaksa kita untuk mencapai matlamat itu. We have to push ourselves untuk keluar dari comfort zone. That was how everything started.
Saya sedar zaman muda saya dihabiskan dengan kerja sepanjang masa. Dulu saya tidur ddi dalam kereta kerana terpaksa travel dari Kuala Lumpur ke Johor. Umpamanya sudah seperti perjalanan ke Pavilion sahaja. Famili juga terabai apatah lagi kawan-kawan. Pernah satu ketika saya suarakan pada teman betapa penatnya saya melalui kehidupan tetapi respons dia membuatkan saya terkedu.
Katanya, saya bertuah kerana pada usia begitu muda saya telah melalui kesibukan begini. Dengan apa yang saya miliki, saya patut bersyukur kerana terlalu ramai yang mengimpikan apa yang saya ada sekarang. Berpegang pada satu perkara, apabila usia mencecah 30-an atau 40-an, saya akan lebih selesa dan cekap dalam mengendalikan masalah kerana pengalaman lalu mengajar saya dan nyata, kata-katanya benar!
Saya mencari rezeki untuk membahagiakan keluarga saya. Melihat kegembiraan mereka membuatkan saya mahu mencari lebih banyak duit supaya saya dapat membantu keluarga dan saudara-mara lain. Ketika mengerjakan haji dahulu, perbelanjaan mengikuti pakej VVIP bukan murah, tambah-tambah membawa Jemaah yang ramai. Tetapi mereka gembira dan itulah hadiah yang sangat bermakna untuk saya.
Sejak Naelofar Hijab beroperasi, telah ramai usahawan lahir dengan perniagaan ini. Mereka bukan orang senang. Pelbagai cerita suka duka mereka saya tahu. Tetapi dek kerana peluang perniagaan begini telah menjadikan mereka hidup dengan lebih selesa.
Teringat saya pada seorang budak lelaki yang menjual susu pisang Neelofa. Dia bekerja di beberapa restoran makanan segera untuk mencari pendapatan. Tetapi sekali dia membuat pesanan susu, beratus ribu paket yang berjaya dijual.
Walaupun hanya sebagai stokis namun dia mampu mendapat keuntungan yang besar. Pemilik produk mana yang tidak bangga dan gembira apabila dapat membantu orang lain?”soal Neelofa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika seseorang itu sengaja berdoa supaya cepat mati kerana terlalu kecewa dan putus asa dengan ujian serta nasib malang yang sering menimpa dirinya dengan harapan agar segala kekusutan itu lenyap, apa hukumnya?
Berikut pencerahan daripada Ustazah Hajah Sharifah Khasif sebagai peringatan kita bersama.
“Allah SWT menjadikan dunia dengan segala kemewahan, keindahan, suka duka, susah senang dan segala nikmat yang tidak terhitung. Namun apa yang pasti semua yang ada di dunia ini bersifat sementara. Tiada yang kekal melainkan apabila manusia dikumpulkan di alam akhirat yang kekal abadi.
Syurga neraka juga ciptaan Allah SWT yang mana sifat ahli syurga ialah orang-orang yang sanggup bersusah payah ketika hidup di dunia. Tidak hairanlah syurga itu sangat mahal dan berbahagialah penghuni-penghuni syurga yang aman tenteram di dalamnya.
Manusia itu sifatnya lemah. Allah SWT memberikan sedikit ujian kerana Dia sayang dan ingin melihat para hambaNya sujud serta menangis di hadapanNya. Melalui ujian itu adakalanya menjadikan manusia dekat dengan Allah SWT, dan ada pula yang menjadikan ujian sebagai bala bencana, sanggup marah dan bersangka buruk terhadap Sang Pencipta.
Nauzubillah…alangkah ruginya manusia yang tidak melihat segala yang berlaku itu pasti ada rahmat. Itu yang terjadi apabila banyak kes bunuh diri disebabkan kecewa dan putus asa sehingga ada yang berdoa agar mati cepat kerana tidak sanggup lagi melalui ujian dunia.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jangan sesekali seorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata: “Ya Tuhanku, hidupkanlah aku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku apabila mati itu lebih baik bagiku.” Riwayat Bukhari & Muslim.
Pengajaran hadis:
Semoga kita menjadi antara golongan yang sentiasa melihat pada hikmah berbanding melihat kesan buruk yang kita nampak dari mata kasar. Mudah-mudahan diberkati Allah SWT seterusnya menjadi orang yang sentiasa bersabar.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datin Intan Najuwa terus mengembangkan empayar Dico Brew dengan membuka cawangan baharu walaupun sedang sarat hamil anak kedua. Semangatnya sebagai usahawan menjadi inspirasi wanita.