Memang terpesona melihat kediaman pengasas jenama tudung Radiusite ini. Rasa tenang dan nyaman saja melihat kehijauan pokok dan suasana keliling rumah ditambah pula dekorasi yang cantik dan sejuk mata memandang. Teruja apabila A’tikah Ashári atau lebih mesra disapa Ika ini sudi berkongsi tentang kediaman yang baru diduduki hampir dua tahun ini.

IKLAN
Foto: Instagram @ikaradiusite

Ika juga seperti orang lain mempunyai kediaman impian tersendiri. Wanita yang berusia 34 tahun ini begitu bersyukur kerana mampu memiliki kediaman impian di usia awal 30-an. “Saya suka kediaman rumah yang tenang, mempunyai konsep flora dan fauna macam rumah saya tinggal sekarang. Saya pilih kediaman ini kerana ada banyak pokok dan ada sungai yang mengalir. Perasaan jadi tenang sangat bila dengar bunyi macam di kampung,” tutur Ika memulakan bicara.

Foto: Instagram @ikaradiusite
Foto: Instagram @ikaradiusite

KONSEP
Bercerita tentang kediaman yang mula diinap sejak Disember 2019 ini, “Konsep kediaman rumah ini lebih kepada Modern Classic. Saya sukakan design clean dan warna yang nyaman. Konsep kabinet yang lebih kepada english style nampak rumah rasa homey sangat.

Foto: Instagram @ikaradiusite
Foto: Instagram @ikaradiusite

Sebenarnya rumah ini saya beli sebab nak dekat dengan pejabat. Sebelum ini saya ulang alik dari Shah Alam ke Rawang, jadi saya rancang untuk beli rumah di Rawang juga. Masa tu pun anak dah dua orang, kesian tengok mereka tinggal dengan pembantu rumah. Jadi saya nekad untuk beli rumah kedua ini.

Alhamdulillah selepas 3 tahun, rumah ni siap dibina dan memang selesai masalah saya sebelum ni. Rumah mak dan adik-beradik lain pun dekat-dekat. Saya pilih rumah ini sebab mengetengahkan konsep english style, rumah-rumah di sini reka bentuknya menarik dan lebih tersusun dengan landskap yang cukup cantik.

Foto: Instagram @ikaradiusite
Foto: Instagram @ikaradiusite

Selain itu, kawasan perumahan ni sangat tenang, nyaman, dan ada sungai serta banyak pokok-pokok yang memang dikekalkan sebelum construction lagi. Jadi, pokok dekat sini memang dah lama dan besar-besar,” terang wanita membeli rumah pertama di usia 26 tahun.

UBAH SUAI
Ada buat pengubah suaian rumah? “Ada, cuma tak banyak. Hanya buat ubah suai di bahagian dalam rumah sahaja, dari segi penambahan lepa siling, wainscoting, flooring dan mini storage di bahagian dapur. Yang lain saya kekalkan dan hanya membuat hiasan dalaman sendiri,” ujar Ika tentang kediaman yang memiliki 5 bilik itu.

IKLAN
Foto: Instagram @ikaradiusite
Foto: Instagram @ikaradiusite

Wanita yang mengusahakan tiga jenama iaitu Radiusite, Dream by Ika dan Dreemikids ini mempunyai ruang favourite yang tersendiri. “Saya suka lepak dan bersantai di bilik saja sebab master bedroom ni besar. Ada TV dan sesuai untuk buat kerja juga. Saya juga tengah merancang membuat mini office di bilik. Setakat ini saya tiada perancangan untuk beli rumah lain. Tapi, kalau buat rumah di atas tanah sendiri mungkin ya. Alhamdulillah saya ada tanah sendiri dan tengah merancang ke arah itu,” ucapnya.

Foto: Instagram @ikaradiusite
Foto: Instagram @ikaradiusite

NASIHAT
Memang seronok melihat anak muda memiliki kediaman sendiri tapi apa persediaan yang perlu ada. “Membeli rumah ni, memerlukan komitmen yang tinggi. Jadi pastikan anda betul-betul bersedia dan boleh memperuntukkan bajet untuk ini.

IKLAN

Beli rumah mengikut kemampuan dan bajet yang anda mampu. Ini kerana membayar hutang bank bukan setahun dua tetapi mengambil masa sehinga 20 hingga 30 tahun, jadi buat keputusan sebetulnya.

Foto: Instagram @ikaradiusite
Foto: Instagram @ikaradiusite

Tidak mengapa menyewa dahulu. Bila duit yang disimpan dah banyak, barulah planning sama ada nak buat rumah sendiri atau beli rumah ikut kemampuan saja. Tidak perlu rumah besar untuk hidup selesa pun sebenarnya. Akhir kata, Kurangkan hutang lagi-lagi dalam tahun-tahun yang mencabar ini,” nasihat Ika buat pasangan muda yang mahu membeli kediaman sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona)