
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menitipkan pesanan romantis buat isterinya, Michelle Obama sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-29.
Menerusi akaun Instagram @barackobama, Presiden Amerika ke-44 itu berterus-terang tidak mampu membayangkan kehidupannya tanpa sosok wanita bernama Michelle di sisi.
“Saya senang melihat dunia mengenalmu, bukan hanya sebagai ibu, peguam, penulis dan Wanita Pertama, tapi sebagai teman karib.
Tak mampu membayangkan bagaimana kehidupan ini tanpa dirimu…”
Sambil berkongsi foto kenangan mereka sewaktu muda, Michelle turut mengekspresikan rasa sayangnya kepada suami tersayang.
How it started vs how it’s going

PERKAHWINAN
Sedari sejak dulu lagi, merpati dua sejoli ini kerap berbalas ucapan manis melalui akaun Instagram peribadi. Barack yang mengumpul pengikut 35 juta sementara Michelle, 47.2 juta masing-masing tidak berselindung akan perasaan yang tersemat di hati.
Merupakan pemimpin Amerika-Afrika pertama dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat, lelaki kelahiran Hawaii itu pernah menerima Hadiah Keamanan Nobel 2009 sewaktu tahun pertamanya sebagai Presiden.
Pasangan berpengaruh ini melangsungkan ikatan perkahwinan pada 3 Oktober 1992 dan mereka dikurniakan dua puteri, Malia Ann dan Natasha Obama.
Barack dan Michelle bertemu buat kali pertama pada tahun 1989. Kisah cinta bekas graduan Harvard ini turut diadaptasi ke dalam sebuah filem berjudul Southside With You.
Sumber: Instagram @barackobama
“Iras Ibunya,” Kongsi Wajah Terkini Puteri Kedua, Kecomelan Anak Juliana Evans Jadi Tumpuan!

MashaAllah, comelnya anak Che Puan Juliana Evans! Diam tak diam, anak perempuan kedua pelakon dan pengacara ini bakal mencecah usia dua bulan. Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans selamat melahirkan puteri kedua pada 17 Jun lepas.
Bagaimana pun, jelitawan ini dan suami tercinta belum mengumumkan nama anak kedua mereka kepada khalayak.
Memuat naik foto terbaharu dirinya dan anak tersayang, kelihatan ibu dan anak ini semakin sihat dan ceria.
Rata-rata peminat dan rakan artis memuji kecomelan wajah anak Che Puan Juliana Evans. Bahkan melihat bayi ini mirip wajah selebriti cantik berkenaan.





Kongsinya di Instagram, “A month and a half after giving birth to my second angel. Motherhood of TWO has got me multitasking like no other!
But to watch my baby grow healthier every single day, is probably the best sight ever.”
Meskipun tanggungjawab sebagai ibu semakin bertambah sejak kehadiran cahaya mata kedua ini namun Che Puan Juliana bahagia dan teruja menggalas tugas berkenaan. Apatah lagi, dapat melihat anak yang dikandung sembilan bulan membesar sihat di depan mata.




Pada 5 Julai lepas, Che Puan Juliana menyambut ulang tahun kelahiran ke-34. Dia turut berkongsi memori bersama suami tercinta Tengku Sharifuddin Shah yang meraikan hari lahirnya.
“And 2 kids after. Feeling content and a whole at 34. That’s all that matters.”
Che Puan Juliana Sophie Johari Evans sah bergelar isteri Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Alhaj pada tanggal 30 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup.





Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan puteri sulung iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang kini berusia empat tahun.
Nama Che Puan Juliana pernah tersenarai dalam Top 100 Most Beautiful Woman dalam satu undian yang dilakukan di laman web Starmometer.
Antara nama-nama wanita terkenal yang turut tersenarai ialah Taylor Swift, Gal Gadot dan Priyanka Chopra.
Selain mempunyai kerjaya seni, bekas penuntut jurusan Komunikasi Massa ini juga mengusahakan perniagaan Jevans Jewelry.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/umur-51-maintain-fit-jelita-wajah-tak-mamah-dek-usia-kavita-sidhu-raih-tumpuan/
Tiba-Tiba Nak DAKI GUNUNG Sebab Boleh Kurus, Ini Panduannya Buat Si Beginner!

Mendaki gunung sudah menjadi trend aktiviti riadah yang popular. Namun, masalah mula melanda apabila mereka yang baru berjinak-jinak untuk mendaki ini tidak melakukan persiapan yang sempurna. Ya, persediaan fizikal adalah sangat penting untuk memulakan sebuah pendakian.
Jika kurang persediaan fizikal, pendaki mudah terasa penat atau mungkin mudah mengaku kalah untuk meneruskan pendakian dan menyusahkan ahli pasukan. Dalam sesebuah pendakian gunung, pendaki biasanya berada dalam sebuah kumpulan dan bukan seorang diri. Jarak yang jauh, cuaca yang tidak menentu dan cabaran yang tidak disangka adalah dugaan yang perlu ditempuh untuk ke puncak.
Tip senaman atau sukan yang boleh dilakukan sebagai persiapan sebelum mendaki gunung.
(a) Bermula dengan senaman kardio
Kardio adalah senaman yang paling penting dilakukan sebagai persediaan sebelum mendaki gunung. Senaman kardio bukan sahaja boleh membantu membakar lemak di tubuh tetapi boleh memperbaiki sistem paru-paru, melatih otot jantung dan melancarkan peredaran darah. Jika dilakukan dengan betul, sistem pernafasan akan lebih teratur dan tubuh menjadi ringan untuk mendaki gunung. Antara yang boleh dilakukan adalah:
Joging setiap pagi atau petang
Joging adalah senaman kardio yang paling mudah dan penting untuk dilakukan. Ini kerana dengan joging dapat memperkuatkan otot kaki dan menyediakan otot kaki ini dalam ekspedisi pendakian. Otot kaki menjadi kuat dan tidak cepat letih. Jika otot kaki tidak dilatih sejak awal pasti sukar untuk meneruskan pendakian lebih-lebih lagi jika melalui jalan yang sukar dan mencabar.
Sekurang-kurangnya sebulan sebelum ekspedisi pendakian sudah mula joging setiap hari. Jika tidak pagi, cuba joging di waktu petang atau malam. Namun, tip yang perlu dilakukan adalah setiap hari jarak yang ditempuh mesti bertambah setiap hari. Buat permulaan cuba sasarkan jarak larian sejauh 500 meter. Hari demi hari tambah jarak larian sehingga sekurang-kurangnya 800 meter. Pasti otot menjadi kuat dan bersedia untuk memulakan pendakian.
Kayuhan basikal
Selang empat hari sekali boleh diselang-selikan berbasikal dengan joging. Sebagai permulaan mungkin boleh berbasikal sekitar kawasan perumahan atau taman yang berdekatan. Tetapi, untuk sesi yang berikutnya cuba mengayuh basikal di kawasan yang berbukit. Ini bertujuan untuk menguatkan otot kaki dan membiasakan kaki untuk melalui kawasan yang berbukit atau mendaki bukit. Memang jika ingin mendaki memerlukan aktiviti memanjat bukan?
(b) Latihan ringan
Melakukan senaman kardio memang sudah memberi penyediaan kepada otot kaki dan tubuh untuk melakukan aktiviti pendakian. Namun, pasti akan lebih baik sekiranya melakukan latihan ringan lain agar dapat menguatkan otot kaki dan juga tubuh secara keseluruhan.
Latihan turun naik tangga
Fokus utama ketika mendaki dan menuruni gunung bukan hanya pada kekuatan otot kaki dan stamina semata-mata. Kekuatan kaki yang berjalan pada jalan, seperti tanah, batu dan pasir perlu dikuasai. Jika sudah mempunyai kekuatan ini, apa sahaja cabaran ketika mendaku pasti dapat ditempuhi.
Latihan turun naik tangga ini jika dijadikan sebagai rutin harian di rumah atau di pejabat boleh menguatkan otot kaki. Apatah lagi jika selepas berjogging, melakukan latihan turun naik tangga ini. Lakukan selama 10 minit setiap hari.
Otot paha kuat dengan squat jumps
Kemantapan kaki dan kekuatan otot paha juga boleh dilakukan dengan latihan squat jumps. Bila waktu yang sesuai dilakukan latihan ini. Sebaik sahaja selepas berjogging cuba lakukan lompatan ini. Jika dilakukan dengan konsisten pasti dapat memiliki otot paha yang lebih kuat. Tips, selepas selesai 1 set squat jumps rehat selama 10 saat untuk set yang seterusnya. Boleh lakukan sebanyak empat set.
Bina otot tangan dengan push up
Ketika mendaki bukan sahaja memerlukan kekuatan otot kaki malah mendambakan kekuatan otot tangan. Kekuatan otot tangan juga perlu dilatih untuk menyeimbangkan diri dan membantu memanjat atau merangkak ketika menempuhi sasaran untuk ke puncak. Latihan push up secara rutin setiap hari boleh membantu dan menjadi salah satu alternatif untuk menguatkan otot tangan. Selepas joging atau mengayuh basikal lakukan latihan push up ini. Jangan memaksa diri melakukan di luar kemampuan. Lakukan perlahan-lahan dan mengikut kemampuan. Apabila sudah biasa mungkin hanya dengan satu tangan pun boleh melakukan push up.
Latihan back up untuk belakang
Mendaki gunung bukan membawa diri semata-mata. Perlu menggalas beg untuk membawa makanan atau apa sahaja keperluan di puncak gunung. Oleh itu, persediaan bahagian belakang juga perlu diperkuatkan. Latihan tambahan diperlukan untuk memperkuatakan bahagian belakang iaitu back up.
Latihan pernafasan
Pernafasan yang lancar dan teratur sangat penting ketika mendaki. Ini kerana berjalan dengan jarak yang jauh, membawa beban yang berat dan jalan yang mencabar pasti membuat nafas kencang dan tidak teratur. Itu belum lagi termasuk perbezaan tekanan udara yang berbeza ketika di awal pendakian sehingga ke puncak. Cara yang paling baik dilakukan adalah dengan latihan pernafasan. Senaman pernafasan yang paling mudah adalah dengan aerobik. Cukup hanya dilakukan tiga kali seminggu untuk membantu pernafasan yang teratur. Satu lagi cara yang membantu pernafasan yang teratur adalah dengan berenang. Berenang selama dua kali seminggu bukan sahaja membantu latihan pernafasan malah boleh membantu menguatkan otot kaki dan juga tangan.
Memilih Status Kerakyatan British, Dr. Amalina Punya Alasan Tersendiri “Anak Anak Kami Tetap Berdarah Kacukan Melayu”

Berita kehamilan Dr. Amalina ternyata menjadi tumpuan ramai dan perkembangan kehamilannya sentiasa dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Dr. Amalina kini sedang sarat hamil (trimester) dan masih bertugas nyata tidak dapat menyembunyikan keterujaannya mendapatkan cahaya mata pertama.
Sering kali berkongsi perkembangan terkini kehamilannya di Instagram, baru-baru ini tular tentang status kerakyatan anaknya nanti. “Anak kami akan menjadi British”, itu jawapan Dr. Amalina apabila disoal warganet tentang status anaknya nanti di IG Story nya.
Namun, jawapan Dr.Amalina itu mengundang rasa tidak senang segelintir warganet yang menganggap Dr.Amalina tidak menghargai asal-usulnya. Menjawab dakwaan tersebut, Dr. Amalina dengan tenang menyangkal dakwaaan tersebut sekeras-kerasnya.
Dr. Amalina mengakui sudah semestinya beliau gembira jika anaknya berstatus kewarganegaraan Malaysia, namun ada beberapa halangan yang menghalangnya untuk bersalin di tanah air.
“Sudah tentu saya inginkan anak-anak kami menjadi rakyat Malaysia, tetapi suami saya adalah warga British dan kami bekerja dan menetap di United Kingdom (UK).
“Disebabkan komitmen saya di sini, saya tidak dapat pulang ke Malaysia untuk bersalin. Saya kini sedang sarat hamil (trimester) & masih bekerja. Mengambil penerbangan jarak jauh & cuti kerja bukanlah pilihan terbaik untuk kami & bayi. Ini adalah keputusan yang terbaik untuk kami sekeluarga dan ini pilihan kami,” jelasnya.
Jelas Dr. Amalina lagi, dia dan suami sudah semestinya akan membesarkan anak-anak mereka dengan nilai-nilai murni di Malaysia, UK dan yang paling utama Agama Islam.
“Walaupun tinggal di UK dan kewarganegaraan British, anak-anak kami akan tetap berdarah kacukan Melayu. Percampuran dua budaya akan memberikan mereka kehidupan yang berwarna-warni.
“Saya akan membesarkan mereka untuk memahami nilai-nilai Malaysia & Islam, serta mempelajari Bahasa Melayu. Jadi tidak kira di mana mereka tinggal atau passport negara mana yang mereka miliki, yang penting mereka menjadi insan yang mempunyai nilai moral yang baik di mana boleh menyumbang kepada kemanusiaan,” tambahnya lagi.
NONA mendoakan semoga proses kelahiran Dr.Amalina lancar dan dipermudahkan.