Comelnya keletah penyanyi kelahiran Sarawak ini meluangkan masa dengan anak saudaranya Yaya. Banyak aktiviti mereka yang dikongsi Dayang melalui akaun Instagramnya Dayang Sayang Kamu. Seperti ibu-ibu lain, masa terluang tentunya digunakan sehabis baik untuk anak-anak.

Bergelar IBU ‘INSTANT’, Selain Menyanyi DAYANG NURFAIZAH Sibuk Dengan TUGAS BAHARU

IKLAN

 

Jika dahulu, jarang-jarang sekali Dayang berkongsi aktivitinya selain dari nyanyian. Dia begitu teliti mengatur setiap posting sehingga ramai yang tidak tahu Dayang menjalani kehidupan sebagai ‘ibu’. Dayang agak ‘reserve’ akan kisah peribadi namun begitu teruja menceritakan kisahnya kepada kami. Barangkali, dia inginkan lebih privasi dalam pengendalian hidup dan lebih selesa memaparkan soal kerjaya di laman media sosial.

 

 

“Jika tidak ada show nyanyian, Dayang lebih sukar meluangkan masa di rumah kerana banyak tanggungjawab lain yang Dayang ‘sembunyikan’ di rumah. Kini, Dayang bukan sahaja tinggal bersama kedua ibu bapa saya tetapi saya juga menjaga anak kakak yang saya bawa dari Sarawak.

Kisahnya bermula apabila selepas kakak saya habis berpantang, tidak ada sesiapa yang boleh menjaga Yaya kerana kedua ibu bapa saya tinggal bersama di KL. Jadi, kami bawa Yaya bersama. Bila dah semakin lama, saya terus ambil keputusan untuk ‘meminjam’ tanggungjawab sebagai ibu daripada kakak dan jaga Yaya.

 

Bergelar IBU ‘INSTANT’, Selain Menyanyi DAYANG NURFAIZAH Sibuk Dengan TUGAS BAHARUBergelar IBU ‘INSTANT’, Selain Menyanyi DAYANG NURFAIZAH Sibuk Dengan TUGAS BAHARU

Sekarang Yaya dah berusia 10 tahun dan bersekolah di sini. Apabila cuti panjang, barulah Yaya akan balik ke pangkuan keluarganya ataupun mereka akan datang melawat Yaya di sini. Manjanya Yaya ni sampai kami tidur bersama. Walaupun bilik untuknya sudah disediakan, Yaya tetap nak tidur dengan saya. Mungkin kerana sejak dia bayi lagi saya sudah biasakan kami tidur sekali. Saya memang suka jadi baby sitter!”tawa Dayang.

Saya anggap Yaya macam anak sendiri. Setiap hari jam 6.30 pagi hari saya bermula dengan menyediakan persiapan untuk Yaya. Saya jenis susah tidur malam. Walaupun baru dapat lelapkan mata selama satu jam, saya tetap bangun untuk Yaya. Dapat ucap ‘bye-bye’ pun jadilah. Kalau tidak pun, saya sendiri akan menghantarnya ke sekolah.

 

IKLAN
View this post on Instagram

Fly me to the moon ❤️

A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu) on

Merajuk? Memang selalu sebab bila balik dari sekolah, jarang sekali saya dapat mengambilnya pulang. Nampak ketara perubahan wajahnya bila dia nampak saya di pintu sekolah. Jika saya perlu out-station, awal-awal lagi saya akan beritahu Yaya.

 

Nanti kami kerap video call, untuk lepaskan rindu. Begitu rapatnya kami sehingga Yaya kadang-kadang kekok dengan ibunya sendiri kalau berjumpa. Tapi lama-lama ok lah.

 

IKLAN
View this post on Instagram

Keep supporting #xmissingu 💔

A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu) on

 

Ilmu parenting bukan sesuatu yang kita boleh senang-senang adapt. Saya selalu google di Internet bagaimana untuk berhadapan dengan anak-anak pada usia Yaya. Susah juga nak menjawab semua persoalannya dan kita sebagai orang dewasa perlu tahu bagaimana untuk membentuk anak-anak. They always ask why and how jadi kita perlu fikir jawapan terbaik untuk mereka kerana input itu yang akan masuk ke dalam fikiran mereka.

Bergelar IBU ‘INSTANT’, Selain Menyanyi DAYANG NURFAIZAH Sibuk Dengan TUGAS BAHARU Bergelar IBU ‘INSTANT’, Selain Menyanyi DAYANG NURFAIZAH Sibuk Dengan TUGAS BAHARU Bergelar IBU ‘INSTANT’, Selain Menyanyi DAYANG NURFAIZAH Sibuk Dengan TUGAS BAHARU

 

Saya pula yang akan jadi mentor kepada kedua ibu bapa saya kerana orang dulu-dulu memang akan terus marah anak jika ada kesalahan yang dilakukan. Tetapi anak-anak sekarang, tak boleh macam tu. Kita kena jadi kawan kepada anak-anak tetapi dengan had yang betul supaya boundaries di antara ibu dan anak itu tetap ada. susah juga kan?” senyum Dayang.

Kredit video dan foto: Instagram Dayang Nurfaizah

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI