Bila ada rezeki lebih, tak salah berbahagi kesenangan itu dengan memberi hadiah buat orang tersayang. Kadang-kadang kita tak tahu hikmahnya – boleh buat si penerima gembira dan mendoakan rezeki yang lebih banyak untuk si pemberi.

Tak usah tunggu hari tertentu untuk beri hadiah. Zaman sekarang semuanya di hujung jari, isi nama dan alamat ibu bapa kita, terus sampai hadiah ke rumah mereka. ‘Ingatan’ itu yang sebenarnya, tujuan memberi kerana sayang – tentu sekali bukan nilai hadiah yang menjadi ukuran.

Ads

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Berhadiah-hadiahlah antara
kamu kerana dengan itu dapat menambahkan kasih sayang antara kamu.” (Riwayat Tabrani)

Amalan memberi hadiah menjadi sunnah hidup dan terjadi di mana-mana sejak zaman dahulu hingga sekarang. Kita maksudkan hadiah di sini termasuklah sedekah, pemberian ‘athiyyah dan seumpamanya.

“Berhadiah-Hadiahlah Untuk Tambah Kasih Sayang” Rebut 2 Pahala Ini Bila Suka Memberi – Lebih Disayangi!
Perasaan bahagia bila membahagiakan orang lain

 

Salman bin ‘Amir r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturrahim.” (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)

 

IDEA HADIAH UNTUK YANG TERSAYANG

 

(1) The Pandora Timeless Collection

Hadiah yang menonjolkan refleksi perasaan anda. Himpunan aksesori The Pandora Timeless Collection merangkumi rekaan klasik dan sofistikated agar si pemakai kelihatan sentiasa elegan dengan batuan rona-rona biru, hijau dan merah jambu.

“Berhadiah-Hadiahlah Untuk Tambah Kasih Sayang” Rebut 2 Pahala Ini Bila Suka Memberi – Lebih Disayangi!

 

“Berhadiah-Hadiahlah Untuk Tambah Kasih Sayang” Rebut 2 Pahala Ini Bila Suka Memberi – Lebih Disayangi!

 

(2) Cushion Foundation Maison Kitsune X Laneige

Sesuai untuk anak atau adik-beradik perempuan kesayangan kita! Laneige melancarkan cushion foundation edisi terhad dengan jenama Maison Kitsune dalam dua pilihan matte, bersekali dengan cenderahati beg tote dan pouch sedondon. Paling comel tentunya logo ikonik ‘Chillax Fox’ tu.

Cushion foundation ini mengandungi penapis blue-light yang diperakui, iaitu bahan dari Titanium Dioxide bagi melindungi kulit dari sinar pancaran skrin. Terdapat juga teknologi 24-Hour Sweat Resistant Humid Defense untuk litupan lebih lama, tapi tetap ringan dengan kemasan matte!

“Berhadiah-Hadiahlah Untuk Tambah Kasih Sayang” Rebut 2 Pahala Ini Bila Suka Memberi – Lebih Disayangi!
Kemasan comel ‘Chillax Fox’

 

“Berhadiah-Hadiahlah Untuk Tambah Kasih Sayang” Rebut 2 Pahala Ini Bila Suka Memberi – Lebih Disayangi!
Cushion foundation didatangkan dengan beg tote dan pouch

 

Ads

(3) Fenty Skin Holiday 2021

Didatangkan dalam saiz mini, Fenty Skin melancarkan dua set edisi terhad untuk penjagaan kulit pada waktu tidur dan rutin jagaan tubuh bagaikan superstar, Rihanna. Bungkusan hadiah The Before-Bed Set 3-Piece PM Essentials dan The Body Duo Mini Body Scrub + Moisturizer Essentials ni memang sesuai untuk sesiapa sahaja, seperti teman karib anda!

Dengan saiz yang kecil dan mesra-percutian, anda masih boleh membelai kecantikan kala berpergian dengan dua set ini. Kulit wajah glowing dengan The Before-Bed set, manakala set tubuh gandingan Buff Ryder Exfoliating Body Scrub dan Butta Drop Whipped Oil Body Cream menjadikan kulit tubuhmu selembut satin.

“Berhadiah-Hadiahlah Untuk Tambah Kasih Sayang” Rebut 2 Pahala Ini Bila Suka Memberi – Lebih Disayangi!
Fenty Skin Holiday 2021

 

“Berhadiah-Hadiahlah Untuk Tambah Kasih Sayang” Rebut 2 Pahala Ini Bila Suka Memberi – Lebih Disayangi!
The Before-Bed Set 3-Piece PM Essentials

 

“Berhadiah-Hadiahlah Untuk Tambah Kasih Sayang” Rebut 2 Pahala Ini Bila Suka Memberi – Lebih Disayangi!
The Body Duo Mini Body Scrub + Moisturizer Essentials

 

(4) Koleksi Diwali Poh Kong 2021

Perayaan Diwali yang menjengah November ini, hadiahkan barangan kemas seperti subang, cincin, rantai dan gelang emas rekaan khas buat sahabat yang meraikan. Antara yang menawan hati tentulah Bombay Collection, inspirasi mawar merah yang diukir dari emas 916/22K.

Ads

“Berhadiah-Hadiahlah Untuk Tambah Kasih Sayang” Rebut 2 Pahala Ini Bila Suka Memberi – Lebih Disayangi!

 

(5) Susu Tepung Anlene

Buntu memikirkan hadiah terbaik untuk ibu bapa tersayang? Mungkin pemberian susu tepung dewasa No. 1 di Malaysia, Anlene ini sesuai untuk mereka. Sambil jaga kesihatan tulang, mereka juga perlu diberi galakan supaya rajin bersenam, dapatkan cahaya matahari secukupnya dan ambil diet berkalsium untuk mengelakkan risiko kerapuhan tulang pada usia emas.

Setiap gelas susu Anlene dilengkapi dengan zat-zat utama yang penting untuk menyokong keperluan pemakanan harian orang dewasa. Rangkaian ACTIFIT 3X dilengkapi dengan kalsium tinggi, protein tinggi, kolagen, dan vitamin B2, B6, B12, C, D, dan E. Manakala Anlene GOLD 5X dirumuskan secara saintifik untuk orang dewasa berumur 45 tahun dan ke atas,  ditambah dengan MFGM Active, yang membekalkan membran globul lemak susu. Ia juga tiada gula tambahan.

“Berhadiah-Hadiahlah Untuk Tambah Kasih Sayang” Rebut 2 Pahala Ini Bila Suka Memberi – Lebih Disayangi!
Anlene sempena Hari Osteoporosis Sedunia

 

“Berhadiah-Hadiahlah Untuk Tambah Kasih Sayang” Rebut 2 Pahala Ini Bila Suka Memberi – Lebih Disayangi!
Pilihan susu tepung dewasa pilihan ramai

 

(6) Bvlgari Man Terrae Essence

Khusus buat lelaki kesayangan, hadiahkan mereka pewangi terbaharu Bvlgari Man Terrae Essence yang membayangkan kemewahan sebenar dalam aroma kayu-kayuan. Terrae yang bermaksud ‘of the earth’ dalam bahasa Latin menjelmakan identiti maskulin.

Ramuan sitrus segar dari esen citron hijau pada nota atas menyamankan aroma esen kayu-kayuan flora vetiver pada nota tengah. Akhir sekali, nikmati keharuman esen terrae accord yang cukup segak pada nota bawah, harum laksana lelaki Bvlgari sejati!

“Berhadiah-Hadiahlah Untuk Tambah Kasih Sayang” Rebut 2 Pahala Ini Bila Suka Memberi – Lebih Disayangi!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI