Tahniah Shiha Zikir atas kejayaan menjadi Naib Juara Muzikal Lawak Superstar baru-baru ini. Tak sangka, penyanyi bersuara lunak ini sebenarnya ada bakat terpendam sebagai pelawak. Lebih mengejutkan, sense of humor yang dimiliki Shiha turut menarik hati para juri sampai dipilih sebagai Superstar Paling Gempak!

IKLAN

Shiha menerusi media sosial miliknya meluahkan rasa syukur kerana bakatnya diterima ramai. “Alhamdulillah Naib Juara Muzikal Lawak Superstar dan Superstar Paling Gempak. Terima kasih banyak-banyak Ali Putih dan Achey sudi terima Shiha join CILI. Alhamdulillah pengalaman yang sangat best sepanjang 10 minggu ini.

Berkat doa ibu dan Shiha sangat percaya soal rezeki yang Tuhan dah ditetapkan. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih semua. Syukur alhamdulillah.”

‘Berkat Doa Ibu,’ SHIHA ZIKIR Percaya Rezeki Tuhan! Ligat Urus Kerjaya Seni & Bisnes
Credit Instagram @shihazikir

View this post on Instagram

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir)

Walau kian mendaki puncak populariti, Shiha cukup merendah diri, menghormati orang sekeliling dan disenangi ramai. Malah sepanjang pembabitan Shiha sebagai anak seni jarang dengar kisah ‘kurang enak’ mengenai selebriti cantik ini.

Walau bergelar selebriti, anak bongsu daripada tiga beradik ini selesa ibu tersayang menemani dirinya ke mana sahaja. Termasuklah ketika menghadiri undangan persembahan.

Biarlah dilabel anak manja sekalipun yang pasti Shiha lega melihat ibunya, Rohana Ibrahim sentiasa ada di sisi.

IKLAN
‘Berkat Doa Ibu,’ SHIHA ZIKIR Percaya Rezeki Tuhan! Ligat Urus Kerjaya Seni & Bisnes
Credit Instagram @shihazikir
‘Berkat Doa Ibu,’ SHIHA ZIKIR Percaya Rezeki Tuhan! Ligat Urus Kerjaya Seni & Bisnes
Credit Instagram @shihazikir
‘Berkat Doa Ibu,’ SHIHA ZIKIR Percaya Rezeki Tuhan! Ligat Urus Kerjaya Seni & Bisnes
Credit Instagram @shihazikir

Selain aktif dalam bidang nyanyian, Shiha juga bijak mengambil peluang yang terbentang depan mata untuk melebarkan sayapnya ke arah perniagaan. Antara bisnes yang diusahakan figura ini termasuklah kanta lekap atau contact lens.

Dalam temu bual Nona dengan Shiha suatu ketika dulu, dia mendedahkan bisnes Shiha Lens ini turut mendapat sambutan daripada artis terkenal Indonesia seperti Inul Daratista dan Krisdayanti.

IKLAN
‘Berkat Doa Ibu,’ SHIHA ZIKIR Percaya Rezeki Tuhan! Ligat Urus Kerjaya Seni & Bisnes
Credit Instagram @shihazikir
‘Berkat Doa Ibu,’ SHIHA ZIKIR Percaya Rezeki Tuhan! Ligat Urus Kerjaya Seni & Bisnes
Credit Instagram @shihazikir

Shiha juga pernah merangkul tempat ketiga dalam pertandingan akhir D’Academy Asia 2015 di Jakarta, Indonesia dan menjadi satu-satunya wakil Malaysia di peringkat akhir itu.

Shiha memulakan karier seninya sejak tahun 2010.”Saya sedar populariti tu perlu tapi tak terdesak sampai hendak create story kontroversi untuk popular. Alhamdulillah, rezeki saya cukup mungkin sebab saya jaga mak dari dulu lagi sejak arwah bapa meninggal tahun 2008.

Orang fikir dia ni tak popular sangat tapi rezeki saya cukup. Tiap minggu ada saja jemputan persembahan dinner dan rezeki cukup untuk menyara ibu, bayar duit kereta, rumah dan sebagainya.”

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI