Gaya Hidup

“Berkat Jaga Anak Yatim…” Dr Sheikh Muszaphar Bangga Anak Saudara Lanjut Pengajian Dalam Bidang Undang-Undang

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor baru-baru ini berkongsi sebuah video yang menyaksikan kegembiraan terserlah di wajahnya apabila anak saudaranya, Aiman berjaya melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang.

Untuk pengetahuan, menurut beliau, Aiman merupakan anak arwah adiknya yang mesra digelar Ajil. Ketika adiknya meninggal dunia, Aiman baru berusia tiga tahun.

“Sebaik saja saya mendarat, dia meninggal dunia. Ajil koma semasa saya berada di angkasa”, itu perkongsian Dr. Shiekh bila ditanya bila beliau mengetahui akan pemergian adiknya.

Sejak dari itu, Dr. Sheikh Muszaphar mengambil tanggunjawab menjaga Aiman sebagai penjaga yang sah. Menerusi hantaran, Dr. Sheikh Muszaphar bersyukur Aiman meraih kejayaan dan melanjutkan pengajian dalam bidang yang diminati.

Tambah Sheikh Muszaphar, Aiman seorang pelajar yang pintar dan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Aiman juga dikhabarkan telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.

Namun, anak saudaranya itu memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang undang-undang. Walau apa jua keputusan yang dibuat, Sheikh Muszaphar sentiasa mendoakan kesejahteraan dan memberi sokongan buat Aiman.

Menjengah di ruangan komen, ramai warganet memberi pujian buat Dr Sheikh Muszaphar kerana berjaya mendidik dan menjaga Aiman dengan baik. “Berkat menjaga anak yatim”, itu antara komen-komen yang diberikan netizen.

Melihat pada kasih sayang yang diberikan oleh Sheikh Muszaphar kepada Aiman sama seperti kasih sayang yang diberikan kepada anak-anaknya sendiri, padanlah Dr.Sheikh Muszaphar sentiasa dimurahkan rezeki, mudah didekati dan dihormati.

IKLAN
Share