Di sebalik kesibukan tuntutan kerjaya, keluarga tetap menjadi prioriti Datin Sri Lisa Aryanti. Walau sibuk dengan agenda yang telah dirancang namun tugas sebagai seorang ibu tetap menjadi keutamaan.

IKLAN

Berkat Sabar Besarkan Anak Disleksia, DATIN SRI LISA Bangga Puterinya Dah Pandai Baca & Menulis

Tergambar riak wajah gembira di wajah wanita yang pernah dinobatkan sebagai juara Pencarian Ratu Kebaya Jamu Mak Dara 2011 ini saat bercerita tentang sepasang anaknya. Sebelum memulakan tugas di pejabatnya, wanita kecil molek ini tidak melepaskan peluang menghantar anak-anak ke sekolah terlebih dahulu.

Berkat Sabar Besarkan Anak Disleksia, DATIN SRI LISA Bangga Puterinya Dah Pandai Baca & Menulis
Foto: Instagram @dsaryanti18

Melihat sifat keibuan dan kasih sayang yang terserlah dalam dirinya, tiada siapa menduga ujian yang telah ditempuhnya. Bukan semua ibu mampu mengharungi dugaan dikurniakan anak istimewa. Malah ada yang malu dan sanggup menyorokkan anak mereka dari dunia luar.

Berkat Sabar Besarkan Anak Disleksia, DATIN SRI LISA Bangga Puterinya Dah Pandai Baca & Menulis
Foto: Instagram @dsaryanti18
Berkat Sabar Besarkan Anak Disleksia, DATIN SRI LISA Bangga Puterinya Dah Pandai Baca & Menulis
Foto: Instagram @dsaryanti18

“Jika ditanya tak ada seorang ibu pun nak anak yang tak sempurna. Ujian saya dianugerahkan anak disleksia. Sebenarnya saya sendiri tidak menyedari anak sulung saya ini adalah pengidap disleksia.

Berkat Sabar Besarkan Anak Disleksia, DATIN SRI LISA Bangga Puterinya Dah Pandai Baca & Menulis
Foto: Instagram @dsaryanti18

Berkat Sabar Besarkan Anak Disleksia, DATIN SRI LISA Bangga Puterinya Dah Pandai Baca & MenulisSegalanya bermula apabila dia mula menduduki kelas darjah satu. Guru-guru yang mengajar anak saya sering memberi maklum balas, anak saya tidak boleh menerima pembelajaran, sukar menangkap apa yang diajar oleh cikgu dan sering tulis terbalik.

Berkat Sabar Besarkan Anak Disleksia, DATIN SRI LISA Bangga Puterinya Dah Pandai Baca & Menulis

Mula-mula saya tak dapat menerima hakikat kerana dia membesar seperti kanak-kanak lain dan saya langsung tidak melihat sesuatu yang ganjil dalam diri anak saya. Saya bergaduh dengan gurunya dan menegaskan anak perempuan saya sempurna. Saya katakan kepada guru tersebut, apa perasaan seorang ibu bila diberitahu bahawa anaknya cacat. Tentu luluh hati seorang ibu dan saya tetap berdegil mahu dia meneruskan persekolahan di situ.

IKLAN
Berkat Sabar Besarkan Anak Disleksia, DATIN SRI LISA Bangga Puterinya Dah Pandai Baca & Menulis
Foto: Instagram @dsaryanti18
Berkat Sabar Besarkan Anak Disleksia, DATIN SRI LISA Bangga Puterinya Dah Pandai Baca & Menulis
Foto: Instagram @dsaryanti18

Apabila saya sedar bahawa tempat anak saya bukan di situ, maka saya menukarkannya ke sekolah khusus buat kanak-kanak sepertinya. Setelah bertukar sekolah baharu saya melihat perubahan dalam dirinya. Pembelajaran seorang guru seorang murid benar-benar berkesan buat anak-anak istimewa ini.

Berkat Sabar Besarkan Anak Disleksia, DATIN SRI LISA Bangga Puterinya Dah Pandai Baca & Menulis
Foto: Instagram @dsaryanti18

Selepas beberapa ketika saya melihat dia boleh mengira satu hingga seratus, fonetik dan cara bercakap yang betul. Skil motornya juga semakin kuat dan boleh membaca walaupun lambat. Dan sekarang Qaseh dah boleh membaca dan menulis. Syukur kerana kini dia sudah boleh berdikari dan bercita-cita nak jadi model macam Scha AlYahya,” ungkap ibu kepada Raja Ratna Qaseh Aryana Raja Mohd Firdaus, 13 tahun dan Raja Aaron Ruzi Raja Mohd Firdaus, 5 tahun ini.

IKLAN
Berkat Sabar Besarkan Anak Disleksia, DATIN SRI LISA Bangga Puterinya Dah Pandai Baca & Menulis
Foto: Instagram @dsaryanti18

Setiap dugaan pasti akan muncul sebuah kemanisan dalam hidup. Ketabahan Datin Lisa membesarkan anak istimewa ini terbalas dengan kelahiran anak lelakinya, Aaron. Kehadirannya bukan sahaja menceriakan suasana malah anak lelakinya ini dilahirkan begitu pintar. Pada usia tiga tahun dia boleh membaca dengan pantas dan menyebut sesuatu perkataan dan betul tidak seperti kanak-kanak seusianya.

Berkat Sabar Besarkan Anak Disleksia, DATIN SRI LISA Bangga Puterinya Dah Pandai Baca & Menulis
Foto: Instagram @dsaryanti18

Meniti usia awal 40 Datin Sri Lisa kelihatan anggun dalam kelasnya yang tersendiri. Definisi cantik buat wanita yang memandu kereta Ferrari merah ini, “Memang benar cantik perlu dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Tetapi, kecantikan sebenar adalah dari dalam. Cantik juga boleh membawa maksud cara perwatakan kita dan cara kita berpakaian.

Berkat Sabar Besarkan Anak Disleksia, DATIN SRI LISA Bangga Puterinya Dah Pandai Baca & Menulis
Foto: Instagram @dsaryanti18

Kecantikan luaran juga perlu dipeliharan kerana cantik tidak mampu bertahan lama. Peningkatan usia atau gangguan hormon boleh mempercepatkan penuaan dan lambat laun pasti akan timbul kedut sana sini. Bagi saya semua wanita dilahirkan cantik kerana cukup sifat. Tetapi, kita sebagai wanita yang bergelar isteri perlu mengekalkan kecantikan demi suami,” jelas Datin Sri Lisa.

Berkat Sabar Besarkan Anak Disleksia, DATIN SRI LISA Bangga Puterinya Dah Pandai Baca & Menulis
Foto: Instagram @dsaryanti18

Cantik dan sihat perlu seiring, begitu juga dalam memelihara kesihatan tubuh. Datin Lisa tidak pernah culas melakukan senaman demi mengekalkan bentuk badan ideal. Selain bersenam wanita yang bijak mendekorasi kediaman ini juga mengambil makanan tambahan untuk kecantikan kulit dan jamu untuk kecantikan dalaman.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI