Rezeki wanita yang mempunyai nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ini semakin mencurah-curah sejak tular tentang kisah peribadinya sekitar hujung tahun 2016 dulu. Sejak itu, karier seninya semakin cemerlang dan menjadi pilihan producer stesen televisyen dan radio serta dilantik menjadi duta beberapa produk terkenal tanahair.

IKLAN
Berkat Sabar & Kekal Positif, Rezeki Elly Mazlein Makin Mencurah-Curah Lepas TULAR
Foto: Instagram @iamellymazlein
Berkat Sabar & Kekal Positif, Rezeki Elly Mazlein Makin Mencurah-Curah Lepas TULAR
Foto: Instagram @iamellymazlein

Di usia 39 tahun ini pelbagai cabaran telah dilalui oleh pelantun lagu Janji Kekasih ini. “Saya selalu bercakap dengan diri sendiri, setiap titipan dugaan yang hadir adalah kerana Allah sayangkan kita. Memang payah untuk melaluinya tetapi setelah berjaya mengharunginya kita tidak akan percaya dengan keupayaan diri sendiri.

Berkat Sabar & Kekal Positif, Rezeki Elly Mazlein Makin Mencurah-Curah Lepas TULAR
Foto: Instagram @iamellymazlein
Berkat Sabar & Kekal Positif, Rezeki Elly Mazlein Makin Mencurah-Curah Lepas TULAR
Foto: Instagram @iamellymazlein

Setiap dugaan ini sebagai penguat semangat untuk terus menghadapi hari-hari yang mendatang. Jika dugaan sehebat ini boleh diharungi sudah pasti dugaan kecil boleh dihadapi dengan penuh positif,” kata isteri kepada Mohamad Azlan yang kini sedang mengecap bahagia hidup bersama.

Berkat Sabar & Kekal Positif, Rezeki Elly Mazlein Makin Mencurah-Curah Lepas TULAR

Berkat Sabar & Kekal Positif, Rezeki Elly Mazlein Makin Mencurah-Curah Lepas TULAR
Foto: Instagram @iamellymazlein

Sebagai manusia biasa kita pasti melalui saat yang menguris hati, Elly Mazlein juga tidak terkecuali. “Kadang-kadang kita sebagai manusia tentu mempunyai hari yang sedih. Jika saya berada dalam keadaan sedih, biasanya saya akan memberi ruang kepada diri sendiri dengan menangis.

Berkat Sabar & Kekal Positif, Rezeki Elly Mazlein Makin Mencurah-Curah Lepas TULAR
Foto: Instagram @iamellymazlein/@afinisyahera_
Berkat Sabar & Kekal Positif, Rezeki Elly Mazlein Makin Mencurah-Curah Lepas TULAR
Foto: Instagram @iamellymazlein

Saya tidak keluar ke mana-mana dan menangis semahunya. Cara ini sangat efektif buat diri saya dan apabila bangun tidur keesokan hari saya akan menjadi bersemangat kembali. Bagi saya sifat memendam perasaan akan merosak diri sendiri.

IKLAN
Berkat Sabar & Kekal Positif, Rezeki Elly Mazlein Makin Mencurah-Curah Lepas TULAR
Foto: Instagram @iamellymazlein/@afinisyahera_

Sifat memendam rasa akan mengganggu emosi lebih-lebih lagi jika dijolok dengan perkara yang boleh mengguris hati,” ungkap wanita yang mula mencebur diri dalam dunia lakonan apabila dilamar Pelakon dan Pengarah terkenal Datuk Yusuf Haslam untuk membintangi drama Gerak Khas.

IKLAN
Berkat Sabar & Kekal Positif, Rezeki Elly Mazlein Makin Mencurah-Curah Lepas TULAR
Foto: Instagram @iamellymazlein

Bagaimana pula ibu kepada Putri Sara Sefhia ini berhadapan dengan keyboard warrior? “Memang benar kita sukar untuk menggembirakan hati semua pihak. Tidak semua orang akan suka kita begitu juga sebaliknya. Walaupun, masih ada juga yang membenci diri ini tetapi, pada kiraan saya hanya sekitar 15 peratus sahaja.

Berkat Sabar & Kekal Positif, Rezeki Elly Mazlein Makin Mencurah-Curah Lepas TULAR
Foto: Instagram @iamellymazlein

Manakala yang selebihnya adalah penyokong setia. Saya sangat terhutang budi kepada mereka yang sanggup menghulurkan tangan di saat saya amat perlukan sokongan. Tidak tahu bagaimana hendak membalasnya.

Berkat Sabar & Kekal Positif, Rezeki Elly Mazlein Makin Mencurah-Curah Lepas TULAR
Foto: Instagram @iamellymazlein/@afinisyahera_

Saya tidak kisah dengan haters dan mahu kekalkan sifat pemaaf saya. Saya tidak pernah berkecil hati dengan mereka dan sentiasa berdoa agar suatu hari nanti mereka akan menyokong perjuangan saya,” ungkap Elly Mazlein di zaman kegemilangannya dahulu pernah mencipta rekod tersendiri melalui album ketiganya berjudul Elly berjaya menjadi antara 10 buah album Malaysia terlaris pada tahun 2001 dengan jualan melebihi 60,000 unit.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI