Tahniah buat Yang Amat Mulia (YAM) Sharifah Farah Adriana Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang selamat menamatkan pengajian di Monash University Malaysia baru-baru ini. Bukan hanya seorang puteri yang cantik dan bijak, YAM Sharifah Farah Adriana juga seorang wanita aktif dan cukup menggemari arena sukan.

Baru sahaja menyambut hari ulang tahun keputeraan ke-22 pada 4 Mac lepas, YAM Sharifah Farah Adriana merupakan anakanda puteri kedua Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin.

IKLAN

Menyambung pengajian dari tahun 2021 hingga 2022, beliau akhirnya berjaya menamatkan pengajian Master of International Business.

Berniaga Keria Gula Melaka, Lasak & Bijak, Anakanda Tuanku Raja Muda Perlis Genggam Master!

Berniaga Keria Gula Melaka, Lasak & Bijak, Anakanda Tuanku Raja Muda Perlis Genggam Master! Berangkat menghadiri majlis konvokesyen bagi salah sebuah daripada 50 universiti terbaik di dunia tersebut ialah Tuanku Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut berangkat adalah anakanda puteri sulung Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan anakanda putera bongsu Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Khabar gembira majlis konvokesyen YAM Sharifah Farah Adriana dikongsikan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

Hadir menyambut keberangkatan tiba baginda berdua ialah Presiden merangkap Pro-Naib Canselor (Interim) universiti, Professor Matthew Gordon Nicholson; Ahli Majlis Universiti Geraldine Johns-Putra; dan Naib Presiden (Pendidikan), Professor Beverley Joyce Webster.

Istiadat Konvokesyen selama dua hari yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Selangor ini terbahagi kepada tiga sidang yang melibatkan 270 orang graduan Perniagaan dan Undang-Undang, 295 orang graduan Perubatan, Farmasi & Sains serta 296 orang graduan Sastera, Pendidikan, Kejuruteraan & Teknologi Maklumat.

Skrol graduasi tamat belajar disampaikan Timbalan Canselor, Peter Young AM KC.

Berniaga Keria Gula Melaka, Lasak & Bijak, Anakanda Tuanku Raja Muda Perlis Genggam Master! Berniaga Keria Gula Melaka, Lasak & Bijak, Anakanda Tuanku Raja Muda Perlis Genggam Master! Berniaga Keria Gula Melaka, Lasak & Bijak, Anakanda Tuanku Raja Muda Perlis Genggam Master! Berniaga Keria Gula Melaka, Lasak & Bijak, Anakanda Tuanku Raja Muda Perlis Genggam Master!

YAM Sharifah Farah Adriana juga salah seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) dan Penaung Hermission House Extreme Sports Club (HHESC).

IKLAN

Dilahirkan di Hospital Zollikerberg, Zurich, Switzerland pada tahun 2001, YAM Sharifah Farah Adriana yang baru memulakan kerjaya sebagai Ketua Komunikasi di sebuah syarikat penjualan alat-alat sukan dari luar negara pada 15 Mac lalu.

Selain itu, beliau juga pernah mengikuti beberapa kursus termasuk ‘Disaster Management Workshop’ oleh International Disaster Response Network (IDRN) Humanitarian International Services Group (HISG) dari Colorado Spring Amerika Syarikat; ’First Aid Courses In Every Government Department’ anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perlis; ‘Bengkel Ke Arah Pembinaan Jati Diri Yang Cemerlang’ oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan MAIPs serta ‘Komunikasi Efektif Melalui Lakaran – Mempertingkatkan Prestasi Dan Produktiviti Organisasi’.

Berniaga Keria Gula Melaka, Lasak & Bijak, Anakanda Tuanku Raja Muda Perlis Genggam Master! Berniaga Keria Gula Melaka, Lasak & Bijak, Anakanda Tuanku Raja Muda Perlis Genggam Master!

Menelusuri latar belakang puteri diraja ini, YAM Sharifah Farah Adriana cukup meminati pelbagai jenis sukan dan pernah mewakili sekolah dalam bola sepak, bola jaring, olahraga, bola baling dan bola tampar selain pernah menyertai Persatuan Karate Budokan.

IKLAN

Beliau turut menggemari muzik, aktiviti riadah dan lasak, menonton filem, menyanyi dan berniaga ‘Keria Gula Melaka’ melalui food truck di Kangar.

Untuk rekod, Sharifah Farah Adriana menghadiri majlis konvokesyen ‘Testamur Presentation’ bagi menerima Ijazah Sarjana Muda Bachelor of Business (Management) pada 1 Mac lepas daripada Royal Melbourne Insitute of Technology (RMIT) University di Kampus Melbourne, Australia.

Beliau menuntut di RMIT University dari tahun 2018 sehingga menamatkan pelajaran pada 13 Julai 2021 namun ditangguh acara graduasi disebabkan kekangan wabak pandemik Covid-19.

 

Sumber : Bernama TV

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI