Bila bertanya kepada bakal ibu, ramai yang takut untuk menghadapi detik melahirkan anak, lebih-lebih lagi anak pertama. Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Times Square, Cryseis Tan, yang baharu sahaja melahirkan puteri sulung Arianna Kyla Tan Sri SM Faliq,  pembedahan ceaserean yang dilalui menyimpan memeori berbeza.

Bersalin Secara C-SEC, CHRYSEIS TAN Lega Pengalaman BERSALIN Tidak SERAM Seperti Disangka

IKLAN

Melalui perkongsian Chryseis di akaun Instagram, dia terpaksa bersalin secara C-sec kerana Arianna berada dalam kedudukan songsang.

“Memandangkan ramai yang bertanya sama ada saya melalui kelahiran normal atau pembedahan, di sini saya kongsikan pengalaman melahirkan anak. Kedudukan Arianna adalah songsang dan cara paling selamat untuk saya ialah dengan kelahiran secara cesaerean.

Sejak kandungan berusia enam bulan, Dr. Kiren (doktor Gynea) sudahpun mempersiapkan saya dengan kelahiran secara C-sec, kecuali jika bayi berpusing dan berada pada kedudukan normal. Namun sehingga ke akhirnya, Arianna masih lagi songsang walaupun saya sangat berharap saya dapat melalui kelahiran secara normal.

I was very nervous about the surgery (and obviously hearing some bad experiences from my friends didn’t help). But anyway it has to be done. We checked into Pantai Hospital the night before the planned surgery date and I couldn’t sleep at all because I was actually already having mild contractions. The next day I got ready, got rolled down on the bed from the ward to a room near the OT, got epidural done and was numb from my hip downwards.

Before I knew it, I was already in the OT with Faliq by my side, 70’s classic love songs playing and within minutes Arianna was out and shown to us (Simba style). I instantly felt relief that she’s finally here safe and sound.”

Sambung Chryseis lagi, Arianna kemudian diletakkan di dadanya dan mereka sempat merakam foto kenang-kenangan. Chryseis kemudian terus ‘ditidurkan’ agar jahitan terakhir dapat dilakukan. Dua jam kemudian, Chryseis bangun dan melihat Arianna sudahpun berada di sisinya bersama dengan ahli keluarga lain yang datang menziarah. Ala…bahagianya!

Bersalin Secara C-SEC, CHRYSEIS TAN Lega Pengalaman BERSALIN Tidak SERAM Seperti Disangka

 

Pengalaman bersalin secara caesarean yang dilalui Chryseis merupakan sesuatu yang cukup indah. Terima kasih kepada Dr. Kiren, Dr. Uma, Dr. Kamaljit, Datuk Dr. Satber, Dr. Kim dan jururawat-jururawat serta bidan yang turut membantu.

“For those who asked if I was in pain, I felt almost no pain up till today (maybe just some discomfort when I had to walk for the first time after surgery). I was terrified before the surgery but it all turned out so well. If I can do it, I think anyone can!

 

Bersalin Secara C-SEC, CHRYSEIS TAN Lega Pengalaman BERSALIN Tidak SERAM Seperti Disangka

“It all felt so surreal and now I hope my future experience will be exactly the same as this. I still can’t believe I’m now a mother but I guess this will be the start of a new beautiful chapter for Faliq and I. Alhamdulillah.”

Bersalin Secara C-SEC, CHRYSEIS TAN Lega Pengalaman BERSALIN Tidak SERAM Seperti Disangka Bersalin Secara C-SEC, CHRYSEIS TAN Lega Pengalaman BERSALIN Tidak SERAM Seperti Disangka

 

FAKTA DAN MITOS MENGENAI PEMBEDAHAN CEASEREAN

MITOS

Jika anda sudah melepasi tarikh due, anda perlu berhadapan dengan kaedah pembedahan atau caesarean.

 

FAKTA

Induksi adalah cara alternatif yang boleh menjadi pilihan anda sekiranya kontraksi tidak berlaku

 

MITOS

Kaedah caesarean sangat selesa dan lebih rendah risiko dari bersalin normal

IKLAN

 

FAKTA

Pembedahan caesarean tetap berhadapan dengan pendarahan, komplikasi terhadap ubat, jangkitan kuman serta kemalangan yang berlaku ketika pembedahan. Jadi, pilihlah kaedah untuk bersalin dengan betul.

 

MITOS

Hubungan ibu dengan anak lebih renggang sekiranya si ibu memilih untuk melakukan pembedahan caesarean.

 

FAKTA

Hubungan erat di antara ibu dan anak boleh sahaja menjadi rapat. Sebaik selesai pembedahan, si ibu tetap boleh melihatnya si kecil dan memanjakannya bermula dengan memberikan susu badan.

 

IKLAN

Kegembiraan menerima ‘orang baru’ bukan sahaja untuk pasangan ini dan keluarga, bertalu-talu ucapan tahniah diberikan dalam ruangan komen. Selepas dua tahun perkahwinan, mereka akhirnya mengecapi lebih kebahagiaan dengan kehadiran si kecil. Mungkin bakal menjadi seorang ahli perniagaan berjaya seperti kedua ibu bapanya!

Bersalin Secara C-SEC, CHRYSEIS TAN Lega Pengalaman BERSALIN Tidak SERAM Seperti Disangka Bersalin Secara C-SEC, CHRYSEIS TAN Lega Pengalaman BERSALIN Tidak SERAM Seperti Disangka

Hampir sebulan lebih majlis baby shower dan gender reveal diraikan, kemeriahannya masih tetap diperkatakan. Dekorasi yang dipilih pasangan ini menarik perhatian tetamu yang datang dan pembaca alam maya.

 

Majlis yang diadakan di salah sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur bertemakan belon-belon putih dan rona pastel seperti baby pink dan baby blue, selembut mata memandang. Paling istimewa, tetamu yang hadir perlu membuat tekaan jantina bayi yang bakal dilahirkan.

 

Dalam dua buah beg berjenama Gucci yang disediakan, undian tekaan tetamu dimasukkan. Malah, terdapat mini donut berwarna baby pink dan baby blue dijadikan papan untuk mengundi.

Bersalin Secara C-SEC, CHRYSEIS TAN Lega Pengalaman BERSALIN Tidak SERAM Seperti Disangka Bersalin Secara C-SEC, CHRYSEIS TAN Lega Pengalaman BERSALIN Tidak SERAM Seperti Disangka

 

Chryseis Tan, anak kepada jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan dan Puan Sri Esther Tan sah bergelar isteri kepada anak Allahyarham Tan Sri Nasimuddin Amin, SM Faliq SM Nasimuddin pada Februari 2018. Mereka saling mengenali sejak bersama-sama bersekolah di sebuah sekolah antarabangsa.

Kedua-duanya memegang jawatan tinggi di dalam syarikat milik keluarga masing-masing. SM Faliq kini merupakan Timbalan Pengerusi Eksekutif di Naza TTDI manakala Chryseis pula merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Times Square Berhad. Pemilik empayar dua syarikat gergasi ini bukan sahaja memiliki rupa paras yang menawan malah mempunyai kehebatan dalam mengendalikan syarikat masing-masing.

Bersalin Secara C-SEC, CHRYSEIS TAN Lega Pengalaman BERSALIN Tidak SERAM Seperti Disangka Bersalin Secara C-SEC, CHRYSEIS TAN Lega Pengalaman BERSALIN Tidak SERAM Seperti Disangka

Bersalin Secara C-SEC, CHRYSEIS TAN Lega Pengalaman BERSALIN Tidak SERAM Seperti Disangka

Bersalin Secara C-SEC, CHRYSEIS TAN Lega Pengalaman BERSALIN Tidak SERAM Seperti Disangka