Saharul Ridzwan dan isteri Deena Emir antara pasangan selebriti yang sering menjadi perhatian peminat seni. Bukan hanya kerana dilabel sebagai pasangan sama cantik sama padan, bahkan cara mereka melayari alam rumah tangga dan bijak menjaga privasi keluarga mencetus inspirasi.
Ditambah pula dengan penampilan suri hati kesayangan bintang filem Coast Guard Malaysia ini yang cukup menjaga aurat seorang muslimah membuatkan sejuk mata memandang. Sederhana saja orangnya namun terserlah aura yang tersendiri.
Isteri Saharul Ridzwan Usahawan Sukses
Tahun lalu, Deena Emir atau nama penuhnya Qaabila Deena Emir menerima pengiktirafan atas kejayaan mengemudi bisnes kecantikan iaitu Qaabila Skincare.
Ads
Tidak sekadar bijak menguruskan empayar perniagaan, dia juga melaksanakan tugas sebagai seorang isteri dan ibu dengan sebaik mungkin. Sebelum mendirikan rumah tangga dengan Saharul Ridzwan, Deena Emir sudah pun mempunyai legasi sendiri dan pemilik Wrap Boutique House.
Sepanjang pembabitan Deena dalam perniagaan, dia pernah menjual busana Muslimah termasuk tudung.
Penampilan Suri Hati Saharul Ridzwan Sejuk Mata Memandang
Beruntungnya Saharul Ridzwan dikurniakan isteri yang bukan saja taat tapi pandai berniaga. Deena Emir sememangnya lambang wanita muslimah berjaya dan patut dijadikan inspirasi. Bahkan penampilan Deena yang cukup sopan dan menjaga aurat sebagai wanita juga patut dicontohi.
Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 16 September 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, Fateema Azzahra dan Khadijah Alkubraa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut saja kolesterol, ramai yang maklum tentangnya. Ada yang prihatin, ada juga yang tak ambil pusing tentang risiko kewujudannya.
Sampaikan sanggup bergurau ‘I love cholesterol’ tatkala mengambil makanan kesukaan yang berpotensi sarat kolesterol.
Acap kali juga golongan obesiti dikaitkan dengan kolesterol. Jangan pandang remeh, sebenarnya orang kurus pun berisiko mengalami tinggi kolesterol!
Pendapat kebanyakan pakar kesihatan, kadar kolesterol tidak boleh diukur hanya dengan melihat tubuh secara fizikal. Kegemukan cenderung melibatkan penyimpanan kolesterol di bawah kulit manakala masalah berlebihan kolesterol lazimnya berkait dengan pengumpulannya di dinding saluran.
Kadang-kadang pemeriksaan terhadap pesakit yang gemuk didapati tahap kolesterolnya adalah normal. Justeru, seseorang yang berasa dirinya kurus dan sihat tidak semestinya mempunyai kolesterol yang rendah.
Fenomena ini berkait rapat dengan pelbagai faktor. Meskipun begitu, tidak disangkal bahawa kegemukan boleh mendedahkan seseorang kepada masalah kolesterol berlebihan.
Mati mengejut
Kolesterol merupakan suatu istilah saintifik. Ia merupakan sejenis bahan kimia yang boleh dikategorikan di bawah kelompok lemak. Kandungannya yang melebihi paras normal mengakibatkan seseorang dilanda masalah kardiovaskular seterusnya meningkatkan kebarangkalian kes mati secara mengejut.
Namun kekurangannya pula boleh meninggalkan impak pada tubuh. Acap kali dipandang negatif, kolesterol sebenarnya merupakan komponen penting dalam penghasilan hormon dan pertumbuhan sel saraf badan.
Kolesterol boleh diperoleh daripada pelbagai sumber makanan. Antaranya kulit ayam, kuning telur, daging berlemak, santan dan makanan laut selain ikan.
Walau bagaimanapun, kolesterol dalam badan kebanyakannya dihasilkan sendiri oleh tubuh melalui proses sintesis di hati. Lantaran itu, pengambilan sumber kolesterol dari luar perlu dikawal melalui pengamalan diet yang seimbang agar arasnya tidak berlebihan.
Dalam badan manusia, kolesterol yang disintesiskan di hati akan dibawa ke dalam darah oleh lipoprotein. Kemudian lipoprotein akan membawanya ke sel-sel badan. Jika berlebihan, kolesterol ini akan mendap pada dinding arteri (salur darah). Ini akan menyebabkan berlaku penyempitan dan akhirnya tersumbat.
Pemendapan kolesterol ini dikenali sebagai atheroma. Penyumbatan ini boleh berlaku pada salur darah di jantung, otak, buah pinggang, usus dan bahagian lain di seluruh tubuh.
Proses penyempitan dan penyumbatan lazimnya memakan masa yang lama dan bukan cuma sehari dua. Komplikasi utama ialah penyakit jantung koronari dan strok. Keadaan ini boleh mengakibatkan kematian secara tiba-tiba.
Kolesterol berlebihan dalam darah tidak banyak mempamerkan simptom. Namun, bagi segelintir individu, antara simptomnya adalah seperti kelihatan ada kumpulan lemak pada bahagian bawah kulit di sekitar kelopak mata dikenali sebagai xanthelasma.
Selain itu, ada juga yang memiliki bonjol lemak pada tempat lain di bawah kulit. Antaranya ialah di sendi tangan, siku dan pergelangan kaki. Namun, simptom ini lazimnya dialami oleh individu yang memiliki masalah kolesterol bertitik-tolak daripada faktor genetik.
Ujian paras kolesterol
Aras kolesterol boleh dikesan menerusi ujian darah sama ada disuntik pada pembuluh darah ataupun penghujung jari. Cara ini dianggap paling praktikal serta merupakan satu-satunya kaedah mengesan tahap kolesterol. Ia juga boleh dilaksanakan di mana-mana hospital mahupun klinik.
Melalui ujian darah, paras total kolesterol boleh diketahui. Pemeriksaan lebih teliti biasanya pada paras low density lipoprotein (LDL), high density lipoprotein (HDL) dan triglycerides (TG). Umumnya LDL dan TG merupakan kolesterol tidak baik. HDL pula adalah sebaliknya.
Menyentuh kaitan kolesterol dengan gaya hidup yang kurang sihat, setiap individu khususnya yang berhadapan dengan masalah ini perlu mengamalkan diet seimbang.
Senaman secara berkala juga perlu iaitu sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 30 hingga 40 minit. Kadar metabolisme badan akan menjadi tinggi apabila seseorang aktif dan membuat senaman. Ini membantu merendahkan kadar kolesterol khususnya dalam darah.
Untuk mengawal peningkatan kolesterol, apa yang perlu diambil perhatian adalah kawal pemakanan dan mengamalkan diet seimbang selain senaman. Nampak mudah, namun susah untuk diamalkan.
Sesetengahnya malas untuk bersenam dan diet, sebaliknya lebih bergantung pada ubat sahaja, tetapi, perlu diketahui, ubat cuma untuk sementara waktu dan harganya pun agak mahal.
Menerusi penyelidikan, ubat memang terbukti bagus dan berkesan, namun apabila berhenti mengambilnya, potensi untuk kolesterol naik semula tidak mustahil. Justeru, beringat sebelum kena, bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati? Rosmah Idayu Abu Samah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datin Jaja Che Wan memang seorang wanita yang cantik! Bayangkan, walau sudah pun mempunyai enam anak yang jarak usia rapat tapi ibu jelita ini masih mampu mengekalkan bentuk tubuh ideal. Pendek kata, persis anak dara! Tidak hairanlah ramai wanita menjadikan Datin Jaja sebagai inspirasi.
Berusia 42 tahun, adik kepada selebriti Rozita Che Wan ini sangat menitikberatkan soal penampilan dan penjagaan diri. Tidak hairanlah dia sering kelihatan cantik bergaya dan membuatkan orang ramai ingin menolehnya berkali-kali.
Tidak lokek berkongsi petua kecantikan, pemilik nama Rohaiza Che Wan ini memberitahu Nona dia patuh mengikuti amalan berpantang selepas bersalin seperti yang disarankan ibunda tersayang.
“Sebenarnya saya tidak mempunyai rahsia kecantikan yang khusus. Namun, apa yang boleh saya kongsi adalah amalan ketika berpantang selepas melahirkan anak. Saya jenis seorang yang kuat berpantang selepas melahirkan anak.
Lebih-lebih lagi apabila jarak umur anak-anak saya sangat rapat. Oleh itu penjagaan amalan berpantang sangat penting.
Saya mahu kelihatan cantik dan bertenaga seperti mak. Saya patuh semua pantang-larang yang mak ajar ketika berpantang. Pemakanan sangat penting ketika berpantang, saya cuma amalkan makan nasi panas dan halba serta ulam.
Di samping itu saya juga banyak makan pegaga untuk memperbanyakkan aliran susu sebab saya menyusukan anak secara eksklusif selama dua tahun. Mungkin menyusukan anak ini merupakan ‘perancang keluarga’ saya sementelah saya tidak mengamalkan apa-apa jenis perancang keluarga.”
Tahun ini Datin Jaja bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-14. Berkahwin dengan Datuk Wira Haji Muhammad Faizal Zainol, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Nur Fa’iqah Faiza Muhammad Faizal, Nur Fa’izah Faiza Muhammad Faizal, Muhammad Fareez Faiza Muhammad Faizal, Nur Fareeqah Faiza Muhammad Faizal, Nur Fareeda Faiza Muhammad Faizal dan Muhammad Al Fateh.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon jelita Korea Selatan ini sentiasa memukau dengan kecantikannya yang awet muda. Tidak sekadar bakat lakonan, pesona Song Hye Kyo juga terletak pada kulitnya yang glowing dan tubuh yang sihat.
Penjagaan kulit, gaya hidup sihat dan diet seimbang yang dilakukan secara konsisten adalah rahsia kecantikan sebenar selebriti berusia 43 tahun ini.
Salah satu petua yang diamalkan Song Hye Kyo ialah membersihkan wajahnya dengan susu suam. Kaedah unik ini membantu menanggalkan sel kulit mati dan memastikan kulit sentiasa bersih.
Song Hye Kyo juga rajin melakukan double cleansing untuk menanggalkan solekan secara menyeluruh. Selepas membersihkan wajah, dia menggunakan esen dan sheet mask bagi mengekalkan kelembapan kulit.
Selain penjagaan kulit, Song Hye Kyo turut mengamalkan gaya hidup sihat. Dia jarang mengenakan solekan tebal pada masa lapang dan lebih suka penampilan minimalis setiap hari.
Makanan sihat adalah keutamaannya. Senaman yang kerap seperti yoga juga merupakan sebahagian daripada rutin kesihatannya. Malah, Song Hye Kyo turut mengambil minuman kolagen bagi mengekalkan keanjalan kulit.
Song Hye Kyo mengurut wajahnya dengan ais untuk menegangkan kulit dan mengecilkan pori-pori. Ais tersebut ditutup dengan kain kapas bagi mengelakkan kerengsaan pada kulit wajah.
Double cleansing adalah kunci untuk menanggalkan solekan sepenuhnya. Ini penting untuk mengelakkan pori-pori tersumbat yang boleh menyebabkan jerawat dan masalah kulit yang lain. Song Hye Kyo turut memilih produk penjagaan kulit yang sesuai.
Bukan itu sahaja, Song Hye Kyo juga rajin menggunakan sunscreen bagi melindungi kulitnya daripada terdedah kepada cahaya matahari. Cahaya matahari adalah salah satu punca utama penuaan pramatang.
Rahsia awet muda Song Hye Kyo juga terletak pada gaya hidup sihatnya. Dia memilih makanan seimbang, mengelakkan makanan diproses dan tinggi lemak. Sayur-sayuran dan buah-buahan segar adalah pilihan utamanya. Dia juga rajin bersenam seperti yoga bagi mengekalkan kecergasan badan dan minda yang sihat.
Tidur dan rehat yang cukup turut menjadi keutamaan Song Hye Kyo untuk pertumbuhan semula sel kulit serta mengekalkan kesihatan badan secara keseluruhan. Dehidrasi juga dapat dielakkan dengan meminum air putih secukupnya setiap hari.
Manakalaa solekan minimalis turut menjadi pilihan Song Hye Kyo. Dia lebih suka penampilan semula jadi dan mengelak menggunakan solekan tebal setiap hari. Ini membantu kulit bernafas dan mengurangkan risiko kerengsaan.
Song Hye Kyo merupakan duta jenama untuk minuman kolagen. Pengambilan kolagen sahaja tidak mencukupi untuk mendapatkan kulit yang awet muda. Penjagaan kulit yang betul, diet yang sihat, dan senaman yang kerap juga sangat penting.
Setiap orang memiliki jenis dan keperluan kulit yang berbeza. Cari rutin penjagaan kulit serta gaya hidup sihat yang sesuai dengan jenis kulit dan kondisi. Selalulah bertemu pakar dermatologi jika mempunyai masalah kulit.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.