Berjam-jam menonton TV sambil berbaring atau duduk saja di sofa dengan mulut mengunyah kudap-kudapan tanpa sedar ianya boleh menjejaskan kesihatan dek kerana tabiat duduk yang terlalu lama ketika menonton. Amalkan 4 senaman ringan ini. Hanya dengan beberapa gerakan saja sudah cukup untuk mengurangkan risiko penyakit.

IKLAN
  • PLANK

Semasa iklan TV muncul anda bolehlah melakukan gerakan plank. Ia membantu menguatkan otot-otot bermula dari lengan, perut sehinggalah kaki. Malah, gerakan sederhana ini juga membantu membaiki postur badan dan meratakan perut.

Bersenam Sambil MENONTON TV, Mengapa Tidak? Jom Mulakan!

Sambil melakukan gerakan ini anda masih boleh fokus untuk menonton. Lakukan setiap kali munculnya iklan TV.

  • SQUAT

Biasanya gerakan ini dilakukan ketika berada di kelas-kelas olahraga namun kali ini apa kata anda mencubanya sambil menonton TV pula. Gerakan squat ini mudah saja dilakukan yang dapat menjadikan otot betis, belakang dan perut lebih kencang dan kuat. Squat juga dapat membantu melancarkan pencernaan. Buat selama 2-3 minit.

Bersenam Sambil MENONTON TV, Mengapa Tidak? Jom Mulakan!

  • WALL SIT

Senaman ini memerlukan anda bersandar di dinding. Mulakan dengan berdiri sekitar setengah meter dari dinding dengan bahagian punggung membelakanginya. Kemudian, turunkan badan sehingga lutut membentuk 90 darjah sementara punggung terus ditempelkan ke dinding.

IKLAN

Jaga bahu, punggung atas dan belakang kepala agar kekal lurus. Tahan gerakan ini selama 30 saat. Bila anda sudah biasa dengan senaman ini, bolehlah menambah durasi sesuai dengan kemampuan.

  • YOGA

Terdapat banyak gerakan yoga yang sederhana boleh dibuat sambil menonton TV. Salah satunya dengan berbaring bertelangkup di atas lantai sementara jari jemari berada di bawah bahu.

IKLAN

Bersenam Sambil MENONTON TV, Mengapa Tidak? Jom Mulakan!

Regangkan kaki sehingga hujung jari kaki menyentuh lantai. Senaman ini membantu mengencangkan bahagian perut. Tekan bahu ke atas dengan menekan ibu jari dan terlunjuk. Arahkan dada ke depan, pastikan posisi tangan lurus selari dengan lantai dan tahan agar bahu tidak membongkok. Lakukan selama 30-60 saat. Selamat mencuba!

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI