Raut wajah yang lembut dan menawan, senyuman manis, lemah lembut serta sopan itu antara pesona yang dimiliki oleh puteri bongsu negeri Terengganu Darul Iman, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’ binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Keperibadiannya juga tidak terperi hebatnya.
Tengku Fatimatuz Zahra’ merupakan puteri bongsu kepada pasangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Ads
Tengku Puteri Daulath yang berusia 20 tahun ini turut memiliki tiga orang kekanda iaitu Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, Duli Yang Teramat Mulia Yang Di Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail, dan Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az.
Ads
Setiap kali muncul di majlis-majlis rasmi, Tengku Fatimatuz Zahra’ sering menjadi sorotan lensa. Ini membuktikan Tengku Fatimatuz Zahra’ antara kerabat diraja di Malaysia yang popular dan sering mencuri tumpuan lensa kamera apabila muncul pada majlis rasmi.
Bukan hanya pesona yang dimilikinya bahkan busana yang disarungnya terutama bercirikan tradisional serta songket Terengganu sering menjadi perhatian perhatian ramai.
Ads
Untuk info, Tengku Fatimatuz Zahra’ dikurniakan Darjah Kemuliaan dan gelaran Tengku Puteri Daulath Raja menurut Adat Istiadat Negeri Terengganu Darul Iman pada 22 Julai 2019 tahun Masihi bersamaan 19 Zulkaedah 1440 tahun Hijrah.
Gelaran itu dikurniakan oleh Ayahandanya, Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Kredit Foto: Instagram @terengganu_royalfamily
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tumpang bahagia tengok kehidupan penyanyi popular, Wany Hasrita sejak bergelar isteri. Kian bahagia melayari alam perkahwinan, rutin harian pelantun lagu Menahan Rindu ini bertambah bermakna dengan kehadiran cahaya mata sulung pada 8 Julai lepas.
Ternyata peminat ternanti-nanti hendak melihat wajah permata hati selebriti cantik berkenaan.
Bersempena pelancaran single terbaharu Cinta Hatiku pada awal November lepas, pemilik nama Nurshazwany Hasrita Hasbullah ini akhirnya terbuka mendedahkan wajah anak tersayang kepada umum.
Bayi perempuan yang diberi nama Aishah Al Iman binti Mohd Al-Adib Fahmi tersebut meraih perhatian ramai khususnya peminat setia ibunya, Wany Hasrita!
Kecomelan Aishah menjadi bualan dan dikatakan mewarisi raut wajah kedua-dua ibu bapa. Malah, makin sihat dan ceria pelengkap rumah tangga Wany dan Mohd Al-Adib.
Berkaitan single Cinta Hatiku, ibu jelita berusia 31 tahun ini menerusi media sosial memberitahu lagu tersebut didedikasikan khas buat Aishah.
“Ibu record lagu ni masa Aishah 37 minggu. Lagi dua minggu Aishah nak lahir dah.
Anak, semoga membesar dengan baik, kuat dan tabah. Suka dukamu, jatuh bangunmu, ibu sentiasa ada.”
Wany yang juga pemenang Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH 31) berkahwin dengan jejaka kelahiran Sarawak iaitu Mohd Al-Adib Fahmi pada 22 Julai 2022 selepas kedua-duanya saling mengenali sejak 2010.
Sebenarnya kalau nak dapat hasil solekan umpama mekap artis profesional, kelengkapan alat solek kenalah lengkap. Siap dengan segala barang daripada berus hingga span. Jalan keluar dengan mudah, beli jer produk tiruan. Rupa pun sebiji macam yang ori harga pun jauh lebih murah. Eh, salah tu!
Lambakan produk kecantikan kini kadang-kadang mengelirukan pengguna kerana bercampur aduk dengan produk kosmetik tiruan. Terpengaruh dengan rakan-rakan dan terpedaya promosi di laman sosial membuat pengguna berani mencuba untuk menggunakan alat solek tiruan ini.
Penggunaan kosmetik tiruan ini mempunyai kesan sampingan dan berbahaya untuk kesihatan. Sejauh mana pengaruh kosmetik tiruan ini memberi kesan?
Sebagai wanita perlu peka dan ambil tahu bahawa setiap kosmetik yang dipakai mempunyai kandungan bahan kimia yang telah diproses. Setiap bahan kimia boleh membahayakan diri terutamanya jika pendedahan yang keterlaluan.
Perbezaan alat solekan tiruan dan asli, sudah tentu lebih ketara pada harga. Jenama ternama sebagai contoh mempunyai reputasi yang penting untuk dijaga. Ini yang menyebabkan potensi untuk barangan mereka menjadi rosak dan risiko mendatangkan masalah kepada pengguna adalah lebih rendah.
Alat solek tiruan memang ada besar kemungkinan menggunakan teknologi pembuatan yang tidak setanding dengan jenama asli dan ini meninggikan lagi risiko seseorang pengguna mendapat masalah sampingan selepas menggunakannya.
Sekiranya terdapat masalah yang berlaku tiada tindakan yang boleh diambil oleh pengguna terhadap penjual kerana sememangnya risiko itu diambil oleh pembeli itu.
Manakala jika masalah berlaku dengan memakai alat solek asli pembeli boleh memulangkan semula produk dan boleh membuat pengaduan. Dengan adanya polisi sebegini jenama-jenama ini lebih prihatin dan berhati-hati dengan kualiti produk kosmetik yang dipasarkan.
Terdapat banyak kandungan kosmetik berbahaya dan memudaratkan kesihatan tetapi di antara bahan yang sering digunakan dalam produk kosmetik yang boleh memudaratkan diri. Di antaranya adalah, apabila diserap daripada kulit akan mengubah struktur kestabilan sel-sel dalam badan.
Apabila perubahan ini berlaku ia mengganggu pelbagai sistem dalam badan seperti sistem endokrin, hormon reproduktif dan saraf.
Perubahan struktur sel juga boleh menyebabkan sel-sel ini mutasi dan seterusnya menjadi sel-sel kanser. Perubahan struktur sel ini juga dinamakan bahan karsinogenik.
TIP ELAK BELI KOSMETIK TIRUAN
Bagi menghindar diri daripada terus memakai kosmetik tiruan ini, apa yang perlu dilakukan adalah:
(a) Beli yang asli
Memang banyak tempat boleh membeli alat kosmetik tetapi untuk membeli yang asli perlu berkunjung ke lokasi yang betul seperti kaunter kosmetik di pasar raya atau butik kosmetik itu sendiri. Membeli di lokasi yang diyakini kecil kemungkinannya untuk membeli produk yang telah dipalsukan.
(b) Pembelian atas talian
Kepesatan dunia teknologi menjadikan jenama terkenal juga terpaksa turut sama menjual secara atas talian. Pembelian atas talian juga perlu berhati-hati dan pilih penjualan laman rasmi sahaja. Jika membeli bukan di laman rasmi produk tersebut siasat dengan teliti produk yang ingin dibeli. Apabila harga yang dijual terlalu rendah, mungkin sahaja produk itu sebenarnya tiruan.
(c) Pilih jenama terkenal
Pilih jenama yang dikenali sama ada jenama mewah atau mampu milik. Kini terdapat banyak produk murah dari China dan Korea yang menjanjikan kesan pantas. Jangan terpedaya dengan produk kosmetik yang murah tetapi belum diketahui hujung pangkal produk tersebut. Periksa pendaftarannya dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengelakkan pemalsuan produk.
(d) Periksa isi kandungan
Isi kandungan sesuatu produk berupaya mengatasi masalah yang dihadapi wanita. Namun, jika digunakan secara berlebihan akan memberi kesan yang buruk. Periksa isi kandungan dengan meneliti apa yang tertera di labelnya. Cuba lihat jika terkandung bahan-bahan berbahaya seperti merkuri, rhodamin B, hidrokinon, elakkan membeli produk ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahun ini, pelakon cantik Nora Danish menginjak usia 42 tahun. Tapi kalau lihat wajah isteri Nedim tersebut macam tak menggambarkan usia sebenar pun. Dari awal kemunculan Nora dalam industri seni dan membintangi drama Puteri sampai sekarang, ibarat tak berubah muka. Awet muda!
Terbaharu, Nora memuat naik gambar mereka sekeluarga menyambut kehadiran tahun 2024. Bukan hanya meraikan tahun baharu, Nora turut menyambut ulang tahun kelahiran anak sulung iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.
Diam tak diam, satu-satunya anak tunggal Nora hasil perkahwinan pertamanya dengan Toh Muda Datuk Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai ini meniti usia 15 tahun.
Kongsi Nora, “Early birthday celebration for my eldest. He is going to be 15 on 7th January. Dia balik KTJ (Kolej Tuanku Ja’afar) on the 3rd. Sob sob! Sebab tu celebrate awal. We love you sayang. Love you love you love you my forever baby.”
Rayqal menyambung pengajian di Kolej Tuanku Ja’afar di Mantin, Negeri Sembilan sejak tahun 2021.
Kemasukan Rayqal ke sekolah persendirian berkelas tinggi berkenaan pernah menjadi bualan hangat warga maya memandangkan harga yuran persekolahan di sekolah itu dikatakan mencecah harga sebidang tanah.
Turut kelihatan meraikan hari lahir Rayqal ialah bapa tiri, Nedim, adik-beradik Rayqal, ibu dan ahli keluarga Nora Danish.
Selepas bercerai dengan Jejai, Nora mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri pada tahun 2017. Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamed Neqayl Nedim berusia enam tahun.
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.