Jarang kita mendengar selebriti-selebriti terkenal antarabangsa apatah lagi model untuk menyuarakan pendapat secara lantang tentang pencerobohan Israel di Palestin. Namun tidak bagi model terkenal ini, beliau yang merupakan pilihan pelbagai jenama fesyen antarabangsa merupakan seorang wanita yang berdarah keturunan Palestin dari sebelah bapanya, Mohamed Hadid.
Sedih dengan apa yang menimpa Palestin berikutan pengumuman Donald Trump mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel, Bella yang baru selesai menghadiri majlis jam tangan Tag Heuer di Kota London meluangkan masa menyertai perarakan berdekatan kedutaan Amerika Syarikat bagi membantah keputusan presiden tersebut dalam balutan busana gaun rona merah hati dan juga kot bulu putih.
Ads
Ads
Tindakan Bella yang tidak gentar dikritik oleh puak pro-Israel ini menunjukkan bahawa kesungguhannya yang mahu usaha menyedarkan dunia apa yang terjadi di Palestin menerusi statusnya sebagai seorang bintang terkenal. Tahniah diucapkan kepada wanita berusia 21 tahun yang masih berpijak di bumi nyata dan menghargai mereka yang tertindas di Palestin. Sekurang-kurangnya pihak media barat membawa cerita ini lebih meluas dengan kehadirannya.
Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam mendedahkan dirinya kini sedang hamil cahaya mata keenam. Selebriti berdarah kacukan Jawa, Cina dan Arab ini berkongsi berita kehamilannya menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
“Assalammualaikum daripada saya dan baby bambam. Doa yang baik-baik, cakap yang baik-baik,” tulisnya dengan meletakkan emoji ibu hamil dan tersenyum.
Hantaran itu memaparkan foto Rebecca atau mesra dipanggil MummyBecca memegang bahagian perut yang sudah mula menampakkan bentuk ‘baby bump’.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan syukur dan tahniah selain turut teruja apabila mengetahui tentang berita kehamilan tersebut. Namun begitu, Rebecca tidak memaklumkan secara terperinci usia kandungannya itu.
Namun disebalik perkongsian mengenai kehamilan, rupanya ada kisah duka yang pahit hendak ditelan oleh wanita ini
“Esok baru dapat tahu sama ada saya boleh simpan kandungan ini atau terpaksa ‘lepaskan’.”
Demikian kata selebriti dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam Ahmad mengenai keadaan dirinya yang kini hamil anak keenam dengan usia kandungan mencecah dua bulan. Rebecca, 36, atau mesra disapa Becca berkata, kesemua lima anak sebelum ini dilahirkan melalui proses pembedahan caesarean.
“Alhamdulillah, usia kandungan baru nak masuk dua bulan. Alahan dah ada iaitu memilih makanan dan ‘morning sickness’. Tapi itu lah kena tunggu esok yang mana saya perlu berjumpa doktor dulu.
“Ini kerana, kehamilan kali ini doktor agak risau sebab kena putuskan dan berhati-hati. Sebab semua anak anak sebelum ini dilahirkan menerusi kaedah caesarean. Jadi, doktor takut sangat bila saya simpan kandungan ini dan kalau saya tak kuat sampai hujung sembilan bulan, ia membahayakan nyawa saya. Bayi dalam kandungan insya-Allah okay,” katanya lagi.
Situasi dialami itu membuatkan dia kini dalam dilema.
“Keadaan saya boleh menjadi sebaliknya kalau saya tak kuat. Saya pun dalam dilema juga. Itu yang sedih. Apa pun keduanya iaitu saya dan bayi doktor jamin dengan selamat. Doakan yang baik-baik buat saya. Tapi saya gembira sebab Allah bagi lagi rezeki,” katanya yang mengharapkan kekuasaan dariNya yang mampu memberikan jawapan terbaik terhadap keadaan dirinya kini.
Walaupun kehidupan Datin Rebecca dilihat cukup sempurna dengan gelaran seorang ibu serta dilimpahkan dengan kehidupan mewah yang serba-serbinya cukup namun wanita berusia 36 tahun ini tetap mahu membina empayar perniagaan sendiri.
Datin Rebecca juga beruntung kerana sentiasa mendapat sokongan daripada suami tercinta, anak-anak. Semoga Datin Rebecca berjaya dalam setiap aspek kehidupan. Kagum melihat bagaimana beliau mengatur masanya menyeimbangkan tugas sebagai seorang usahawan dan tugas hakiki sebagai isteri dan ibu.
Dalam salah satu hantaran di laman Instagram miliknya, dia memaklumkan anggota keluarganya juga bakal bertambah dengan kehadiran menantu tidak lama lagi.
Nampaknya kegembiraan berganda buat famili ini tidak lama lagi!
Untuk rekod, Rebecca berkahwin dengan Datuk Nur Azam Sulaiman pada 2011 dan dikurniakan lima anak iaitu Nor Anggun Raverra, 10, Nor Anggerik Renesmee, 9, Nor Aliff Al- Raffael, 6, Nor Ahmed Al- Reaggan, 3, dan Nor Aurora Riana, 3.
Selain itu, dia juga memiliki seorang anak angkat Nor Adam Daniel, 14, serta dua anak tiri yang masing-masing berusia 26 dan 19 tahun.
Foto: Instagram @rebeccanuralislamahmad
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sering tampil anggun dan menawan dengan baju kurung moden atau suit membuat penampilan Dato’ Suriani Dato’ Ahmad sering mencuri tumpuan. Wanita yang bakal menyambut ulang tahun ke 51 pada 25 Julai ini benar-benar cantik dalam kelasnya yang tersendiri.
Pada 1 Julai lalu Dato’ Suriani telah memulakan tugas sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang baharu.
Sebelum ini Dato’ Suriani merupakan Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan pernah menyandang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada November 2017.
Dato’ suriani berkelulusan Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) Universiti Sains Malaysia (USM) dan Sarjana Strategi dan Diplomasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Walaupun minatnya begitu mendalam di bidang komunikasi tetapi, sanggup berkorban demi memenuhi permintaan ibu bapa yang mahu Dato’ Suriani mewarisi kerjaya bapanya sebagai penjawat awam.
“Saya terpaksa melupakan kerjaya sebagai Eksekutif Editorial di Bernama PR walaupun sangat menyukai kerjaya itu yang memberikan saya peluang keluar berjumpa orang ramai dan mengatur pelbagai program.
Bagi saya, restu ibu bapa lebih penting dalam semua perkara yang ingin dilakukan kerana ia adalah doa dan hasilnya, di sinilah saya berada kini,” katanya yang pernah menyandang beberapa jawatan penting termasuk sebagai Pengarah Dasar dan Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).
Pernah berkhidmat selama 23 tahun sebagai pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD), Dato’ Suriani merupakan anak kelahiran Perlis Indera Kayangan.
Mempunyai tiga orang anak, Dato’ Suraini juga pernah dianugerahkan Anugerah Pekerja Contoh 2005 (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri).
Sepanjang perkhidmatan, Suriani juga pernah menjawat jawatan penting di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Pertahanan.
Nampaknya Dato’ Suriani juga aktif bersukan. Mungkin ini adalah salah satu rahsia awet mudanya. Dato’ Suriani juga merupakan pencinta kucing.
Sumber: BERNAMA & Berita Harian
Foto: Instagram @surianibintiahmad & www.kkmm.gov.my
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di saat seluruh dunia sedang diuji pandemik COVID-19 dan angka kematian semakin meningkat saban hari, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa juga turut terpanggil mengajak masyarakat untuk mematuhi arahan yang telah di keluarkan oleh kerajaan.
“Jika kita tak boleh menyenangkan, janganlah menyusahkan,” coret Ustazah Datuk Dr Norhafizah di laman Instagram milik peribadinya ekoran laporan mengatakan ramai yang engkar untuk berada di rumah dan meneruskan aktiviti harian mereka.
Setakat 23 Mac 2020, sebanyak 14 kematian akibat pandemik COVID-19 ini dan kasihanilah para petugas di barisan hadapan yang bertarung nyawa untuk memutuskan rantaian COVID-19 ini seperti kata-kata dari Ustazah Datuk Dr Norhafizah, “Bersabarlah mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan. Jika kita tak boleh menyenangkan, janganlah menyusahkan.
Kasihanlah pada sahabat-sahabat kita yang berjuang di barisan hadapan. Duduklah rumah banyakkan zikrullah, berdoa pada Allah agar Allah angkat musibah ini. Jangan lupa baca qunut nazilah juga. Andai benar teori yang mengatakan virus ini hasil cipta manusia yang rakus di dunia ini, serahkanlah mereka pada Allah. Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya.
Tolonglah duduk rumah, perbaiki diri dan keluarga. Bagi yang mampu wang ringgit, ini masanya kita menyumbang kerana ramai yang sangat memerlukan. Ya Allah, hapuskanlah wabak ini Ya Allah,” coret Ustazah Datuk Dr Norhafizah.
QUNUT NAZILAH
Merujuk kepada situasi semasa negara kita khususnya dan dunia secara umumnya yang diuji dengan pandemik Covid-19 ini, adalah dituntut bagi umat Islam untuk membaca qunut nazilah di dalam solat mereka.
Berikut kami nyatakan beberapa hukum hakam qunut nazilah secara ringkas :
Muabellaz menerima Anugerah Tokoh Belia dalam Program Dari Akar Umbi Ke Jaguh Dunia, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai usahawan kosmetik dan ikon belia yang berjaya membina empayar perniagaan dari Kedah.