Penyanyi, pelakon serta model Dr Soo Wincci dan akademik sememangnya tidak dapat dipisahkan. Terbaharu, Dr Soo Wincci telah dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang muzik.
Ads
Pencapaian terbesar itu telah melayakkan dirinya mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR).
Paling membanggakan, Dr Soo Wincci menjadi Miss World pertama yang menerima pengiktirafan tersebut.
Bermula dari seorang ratu cantik kini bergelar seorang profesor. Inspirasi!
“Hari ini secara rasminya saya dilantik sebagai Profesor Madya (Bermula daripada seorang ratu cantik sekarang satu demi satu lagkah ke alam professor).
(Jutaan penghargaan kepada semua yang selalu menyokong perjalanan saya. terima kasih juga kepada semua yang mentertawakan, mengkhianati & melukakan saya).”
“Segalanya pasti ada hikmah tersirat. Ini merupakan satu bab yang baru. Jangan menyerah kalah terhadap impian anda dan sentiasa bangkit lebih kuat selepas setiap kejatuhan.”
Ads
Dr Soo Wincci juga menyatakan segala yang dikecapinya selama ini bukan mudah serta tiada jalan pintas. Hanya usaha yang gigih dan kental dapat merealisasikan impian. Akan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Muzik UiTM Shah Alam, rata-rata warganet mengucapkan tahniah dan berbangga dengan pencapaian yang dikecapi Dr Soo Wincci.
Tahniah dan teruskan memberi inspirasi kepada semua khususnya buat golongan wanita di luar sana.
Ads
Untuk infio, Dr Soo Wincci memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Unadng dari University of Reading, United Kingdom. Beliau juga pemegang 3 sarjana iaitu Sarjana Pentadbiran Perniagaan (University of Sunshine Coast, Australia), Sarjana Produksi Muzik, Teknologi dan Inovasi (Berklee Valencia, Sepanyol) dan Sarjana Fellowship Live Music Production (Berklee Valencia, Sepanyol).
Selain itu, dalam tempoh 15 tahun Dr Soo Wincci berjaya menggenggam PhD Pentadbiran Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia. Beliau mencipta rekod apabila menerima 2 pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai Most Number of Academic Degrees Obtained by A Beauty Queen, dan Most Number of Academic Degrees Obtained by a Recording Artist.
Kredit Foto: Intstagram Dr Soo Wincci
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cantik luar dan dalam, itulah ayat yang sesuai untuk menggambarkan selebriti ini. Pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura memang dikenali dengan perwatakannya yang sangat lembut serta sering merendah diri.
Terdahulu, tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan gelagat mesra Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin bersama suaminya, Fattah Amin yang tampak sangat penyayang melayan pesakit-pesakit kanser di Institut Kanser Negara.
Menerusi video pendek berdurasi 12 saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna @fazuralovers di laman TikToknya itu; aktres itu tidak dapat menahan sebak ketika sedang melawat seorang pesakit dan terlihat mesra melayani staf di institut berkenaan.
Video ini telah berjaya menarik perhatian netizen. Ramai berpendapat bahawa Fazura seakan tidak kekok dan begitu merendah diri dalam melayan pesakit kanser meskipun dirinya merupakan seorang selebriti berpengaruh besar dalam industri hiburan.
Disamping itu, Fazura turut dilihat selesa melayan staf-staf Institut berkenaan yang mahu mengambil gambar dengannya.
‘Queen’ Di Hati Semua..
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan peminat Fazura kagum melihat sikap aktres Gol dan Gincu yang cuba membahagiakan setiap pesakit kanser ini.
Bukan itu sahaja, ramai netizen berharap untuk berjumpanya lagi dan mendoakan agar urusan Fazura sentiasa dipermudahkan. Video tersebut telah mendapat 8404 kesukaan dan 316 komen daripada netizen.
Selain itu, sebelum ini juga pernah tular dimana Fazura telah berbelanja lebih puluhan beg jenama mewah, Coach untuk dihadiahkan buat staf dibawah seliaanya.
Wah, memang sememangnya queen di hati semua orang. Personaliti Faz yang baik ini sememangnya wajar untuk dipuji serta dijadikan sumber inspirasi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Meskipun berstatus anak kepada bekas Perdana Menteri dan isteri ahli politik namun Nori Abdullah enggan kejar populariti. Selesa mengembangkan karier dan cukup menjaga privasi, tidak dinafikan ramai yang ingin mengetahui wanita di sebalik kejayaan Yang Berhormat Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ ini.
Turut kelihatan memberi sokongan kepada suami tercinta ketika hari penamaan calon bagi Parlimen P107 Sungai Buloh pada 5 November lalu, Nori yang setia di sisi KJ saat ditemui media sempat melempar senyuman kepada khalayak. Personaliti Nori yang sederhana dan tidak begitu mencampuri kerjaya suami membuatkan dia disenangi ramai.
Terkenang kembali momen Nona bersama Nori sewaktu ibu penyayang ini menjadi penghias muka depan bagi Edisi Sihat & Cantik kira-kira enam tahun lepas. Disifatkan seorang wanita sofistikated dan berdikari, Nori menyambung legasi Allahyarhamah ibu tersayang Tun Endon Mahmood yang memartabatkan batik dan pejuang kanser payu dara.
Malah, dia juga merupakan Pengerusi Yayasan Budi Penyayang.
Tatkala diminta berkongsi peribadi suami di matanya, anak kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi ini menjelaskan, “Kalau saya diperlukan untuk menyokong acara atau kempen yang dijalankan oleh Khairy, pasti saya akan turun padang begitulah juga dengan Khairy, dia akan sentiasa menyokong acara yang dilakukan oleh Yayasan Budi Penyayang jika kehadirannya diperlukan.
Bagi saya dia ialah seorang yang memberi inspirasi. Dia sangat berdisiplin, rajin bekerja dan paling penting dia seorang yang sangat komited dengan kerjayanya. Sebagai contoh, bila dia kata dia nak buat sesuatu memang apa yang dikatakan itu menjadi, bukan setakat seratus peratus tapi lebih dari itu usaha yang akan diberikan.”
Nori dan Khairy mendirikan rumah tangga sejak tahun 2001 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Jibreil Ali, Timor Abdullah dan Raif Averroes.
Anak kedua mereka iaitu Timor Abdullah merupakan seorang kanak-kanak autistik dan mereka sekeluarga menerima keadaan itu dengan penuh reda. “Setelah didiagnosis pakar perubatan, pada usia tiga tahun Timor disahkan menghidap ASD iaitu Autism Spectrum Disorder, maka boleh dikatakan ia banyak mengubah kami.
Saya juga memberikan tumpuan yang lebih sedikit kepada Timor memandangkan dia memerlukan perhatian yang lebih. Tiada apa yang perlu kita malukan dengan anak-anak autistik kerana mereka anugerah Tuhan yang paling indah.”
Pada 13 November lalu, Nori menghadiri Majlis Perasmian Sidang Kemuncak Kelab Penyayang 2022 dan Pelancaran Piala Sukarelawan Menteri Pendidikan Malaysia 2023 di Kajang. Selaku Pengerusi Yayasan Budi Penyayang juga, Nori turut mengikuti sesi lawatan ke Hospital Sungai Buloh dan aktif menjayakan program Yayasan Budi Penyayang dengan agensi berkaitan bagi membantu golongan kurang bernasib baik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasti ibu bapa pasangan adik-beradik ini bangga melihat kejayaan anak mereka sebagai usahawan. Iyalah, bukan mudah hendak bekerjasama di bawah satu bumbung. Apatah lagi mempunyai pertalian darah. Walau ada ketika mereka berselisih pendapat namun kerana berkongsi misi untuk berjaya dalam bidang yang diminati, dua usahawan muda ini cekal mengharungi cabaran.
Minat mendalam terhadap dunia perniagaan telah membuatkan dua beradik berjiwa optimis, Dr Mohammad Syafiq Lokman Hakim dan Nur Izzati Aqilah Lokman Hakim mengejar cita-cita bergelar usahawan pada usia muda. Bergerak di bawah satu syarikat yang sama iaitu BX Group, tumpuan Dr Mohammad Syafiq lebih cenderung kepada bidang kecantikan dan estetik.
Sementara adiknya pula tertarik memonopoli pasaran bakeri. Hasil usaha sama tersebut BX Group kini mempunyai cabang perniagaan BX Beaux Clinic, BX Beaux Laser Centre dan BX Café DessertsByKakti.
BX Café DessertsByKakti merupakan perusahaan sulung yang ditubuhkan pada tahun 2016. Meskipun sudah memasuki tahun keempat penubuhannya namun selaku peneraju BX Café, Nur Izzati sama sekali tidak menyangka impian memiliki kedai bakeri sendiri akhirnya menjadi nyata.
“Sejak belajar di UPM, cita-cita saya memang mahu ada kerjaya yang membolehkan saya jaga anak depan mata. Lepas 9 bulan mengganggur pada tahun 2015, sebagai wanita saya terfikir untuk ada pendapatan sendiri. Tak boleh bergantung sepenuhnya kepada suami. Satu hari saya cuba buat brownies dan beri suami makan, dia cakap sedap!
Bermula dari situ saya dapat idea untuk jana income bulanan sendiri. Dessert pertama yang saya jual ialah Cheese Tart Gergasi berharga hanya RM1 sebiji. Alhamdulillah, saya berjaya ‘tarik’ sejumlah pelanggan dan sehingga ke hari ini BX Café DessertsByKakti sudah pun mempunyai 8 orang pekerja,” ujar usahawan berusia 28 tahun ini yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Pemakanan dan Kesihatan Komuniti.
Jelasnya lagi, sebelum sesuatu produk dipasarkan ia akan melalui proses penyelidikan terlebih dahulu demi memberikan yang terbaik kepada para pelanggan. Atas komitmen tinggi terhadap minat berniaga, Nur Izzati terpilih menjadi tetamu jemputan dalam sebuah program masakan cef terkemuka, Biscotti by Chef Zam.
“Bayangkan dari beratus-ratus penyertaan, menu produk saya telah berjaya menambat hati cef terkenal Malaysia. Dalam rancangan itu, saya diminta berkongsi menu dessert yang dihasilkan BX Café DessertByKakti,” bicara Nur Izzati yang kini rancak menyertai pelbagai program dan kelas masakan bersama cef popular.
Kejayaan Nur Izzati mengembangkan empayar BX Group menerusi bidang bakeri adalah cetusan ilham daripada abangnya sendiri, Dr Mohammad Syafiq. Selaku peneraju BX Group yang memiliki pengalaman dan kepakaran dalam bidang perubatan dan estetik, Dr Mohammad Syafiq berjaya membuka BX Beaux Clinic pada Mei 2019.
Beliau yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Mansoura, Mesir pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di sebuah hospital kerajaan selama empat tahun. Ujar Dr Mohammad Syafiq, wang simpanan yang dikumpul selama ini bernilai ratusan ribu ringgit digunakan sebagai modal permulaan.
“Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah SWT beri, saya dapat memulakan perniagaan estetik ini dan mendapat sokongan daripada ahli keluarga, sahabat, rakan media dan klien setia. Ramai yang berpendapat bidang estetik hanya fokus kepada kecantikan. Namun pada pendapat saya, ia sebenarnya merangkumi unsur yang lebih daripada hanya kecantikan meliputi kesihatan secara am, kesejahteraan hidup, kesihatan mental dan emosi.”
Biarpun masih bertatih dalam industri tetapi keberkesanan rawatan di BX Beaux Clinic mendapat kepercayaan ramai pelanggan. Antaranya termasuklah beberapa selebriti terkenal tanah air seperti Mas Idayu, Azharina, Amy Mastura, Ramlah Ram, Aina Abdul, Atilia Haron, Black Hanafiah dan Mark Adam.
“Saya terdetik menceburi bidang ini kerana ia salah satu cabang perubatan yang mampu mengubah dan membantu kehidupan secara holistik di samping memberi kesan positif dalam menjalani kehidupan harian. Lebih setahun mengusahakan BX Beaux Clinic, kami sudah mempunyai tiga cawangan estetik di Klang, Selangor; Segamat, Johor dan terbaharu di Johor Bharu.
Kami juga bakal membuka sebuah lagi cawangan di Bangsar yang dinamakan BX Beaux Clinic and Physiotherapy pada Januari 2021. Diikuti cawangan kelima dan keenam pada Jun 2021 di Kota Bharu, Kelantan.
Saya percaya bidang estetik membenarkan saya membantu mereka yang mempunyai masalah kulit, berat badan dan masalah kesihatan lain supaya boleh ditangani. Secara tidak langsung, dengan penampilan yang menarik serta kesihatan diri yang lebih terjaya, saya mampu membina keyakinan diri mereka dengan lebih efektif dan selesa. Kami di BX Beaux Clinic and Physiotherapy percaya kecantikan bukan hanya pada kulit,” ungkap Dr Syafiq yang turut berjaya menghasilkan produk kecantikan sendiri, Beauxceutix.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!