Kebanyakkan dari kita apabila mendengar puji-pujian pastinya merasa gembira dan bahagia, namun lain pula yang dialami oleh pelakon jelita, Datin Lisa Surihani yang mengakui sukar baginya menerima puji-pujian melibatkan penghijrahannya.
Sejak memutuskan untuk berhijab dan menutup aurat sepenuhnya, Lisa menjadi sangat takut dengan perkara puji memuji ini. Tidak hairanlah Lisa kelihatan tidak selesa apabila ditanya mengenai penghijrahannya yang telah menerima komen positif peminat dan warganet.
Lisa Bimbang Pujian Bertukar Menjadi Suka
“Macam mana sekali pun, semua ini datangnya daripada Allah. Sejujurnya, saya cukup takut dengan puji-pujian kerana bimbang lahir perasaan suka.
“Saya hanya cuba menjaga tingkah laku dan pertuturan. Tetapi, semua itu datangnya daripada Allah,
“Walaupun positif, tetapi perkara itu mampu melahirkan sifat sum’ah iaitu suka dengan pujian,” ujarnya.
Pelakon Istanbul Aku Datang itu berkata, manusia secara fitrahnya suka dipuji, tetapi kadangkala mereka terlupa dan menikmati perasaan dipuji orang lain.
Ads
Sebagai manusia biasa yang mempunyai hati yang rapuh, kata Lisa, perkara yang paling membimbangkan ialah bagaimana untuk terus istiqamah.
Malah, Lisa mengakui ada ketikanya dia “tersungkur”, namun sempat bangkit agar tidak berputus asa dalam landasan untuk menjadi seorang Muslim yang taat.
Hati Manusia Sifat Rapuh, Perlu Berprinsip Untuk Istiqamah!
“Kita ini manusia biasa, hati sangat rapuh. Apa juga keadaan sekali pun, saya cuba pertahan sesetengah prinsip.
Ads
“Ya, ini suatu pengorbanan yang berat, terutama untuk terus kekal istiqamah. Tetapi, saya harus mencuba sebaiknya.
“Ada momen ‘tersungkur’, tetapi perlahan-lahan saya bangkit agar tidak lekas berputus asa dalam perjalanan ini,” katanya.
Setiap individu yang berhijrah menjalani proses yang berbeza. Sebagai manusia biasa, pelakon ini juga begitu. Katanya, tidak wajar untuk mempersoalkan cara perubahan seseorang dalam perjalanan menjadi lebih baik.
Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia tidak menerima begitu banyak tawaran setelah berhijab namun dia tidak risau akan perkara itu kerana dia mahu memberi fokus kepada bidang pengacaraan.
Ads
“Sejak tampil berhijab, secara semula jadi, tawaran lakonan menjadi berkurangan. Mungkin sudah tertulis begitu, namun saya tidak terlalu kisahkan.
“Pada peringkat sekarang, minat saya lebih berat ke arah pengacaraan. Saya ingin belajar untuk memperbaiki skil itu.
“Bagi kerjaya lakonan, jika ada tawaran menarik yang boleh membantu perjalanan kerohanian saya, insya-Allah saya pertimbangkan,” katanya lagi.
Sekadar info, Isteri pengarah terkenal Malaysia Yusry Abdul Halim sejak memakai tudung sekitar tahun 2019, dia mula mendapat banyak pujian dalam talian kerana penampilannya yang lebih sederhana.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Baru-baru ini, tular di media sosial berita sayu yang melibatkan keadaan seorang kanak-kanak 9 tahun yang hilang daya penglihatan selepas terpaksa menanggung derita akibat barah saraf. Keadaan adik Afrina Sofia itu nyata meruntun hati ramai pihak termasuklah Ustazah Asma’ Harun yang dilihat meluangkan masanya menziarah kanak-kanak tersebut.
Menerusi perkongsian di laman sosialnya, kanak-kanak tersebut kehilangan nikmat penglihatan kedua-dua belah matanya kerana barah saraf yang dihidapinya kini.
Apa yang lebih menyentuh hatinya sebagai seorang ibu, ibu kepada Sofia turut mendedahkan kanak-kanak itu teringin sangat magu bertemu dengan Ustazah. Malangnya, dia kini tidak lagi boleh melihat dengan kedua-dua belah matanya biarpun sudah mempunyai peluang untuk bertemu.
“Allahu Akbar.. petang yang sarat dengan deraian air mata. Ziarah anakanda Afrina Sofia yang telah buta kedua mata kerana barah saraf.
Mama Sofia turut berkongsi bahawa akhir-akhir ini Sofia selalu memaklumkan yang dirinya ingin jumpa Ustazah, yang dimaksudnnya ialah saya. Sebab itu bila saya masuk sahaja ke rumah ini tadi, semua berkata “akhirnya Sofia dapat jumpa ustazah, ustazah dah datang ni…”
Tapi, Sofia tak boleh melihat Ustazah lagi, kedua matanya telah buta, bulan lepas masih boleh melihat lagi,” tulisnya pada hantaran di laman Facebooknya.
Selain itu, Ustazah Asma’ turut mendedahkan yang kanak-kanak malang tersebut merupakan nak jiran mentuanya yang terletak di Besut, Terengganu. Difahamkan, Sofia sewaktu itu berumur 6 tahun dan disahkan menghidap kanser sarah pada penghujung tahun 2020. Lebih malang, kanak-kanak tersebut terpaksa menanggung kesakitan dan derita kanser selama hampir 3 tahun.
“Sudah tiga tahun Sofia diuji kanser saraf yang menunggu saat pergi, tiada lagi ubat atau rawatan untuk barah di tahap dan jenis ini. Sofia tak berhenti mengesat matanya, rupanya itu yang terjadi bila dia menangis tapi air mata tidak boleh keluar lagi, lalu matanya menjadi pedih,” tulisnya lagi.
Penceramah bebas yang juga penerima anugerah NONA Superwoman Award tahun lepas itu juga turut sama mendoakan agar Sofia diberi kesembuhan dan kembalimelihat semula agar dirinya dapat menikmati kegembiraan seperti kanak-kanak lain di luar sana.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri kepada vokalis band Indonesia, Pasha Ungu iaitu Adelia Wilhelmina atau lebih mesra disapa sebagai Adel yang juga merupakan bekas pramugari Lion Airlines ini nekad mengubah penampilan dan memberi sepenuh tumpuan kepada keluarga sejak berumah tangga 14 tahun yang lalu.
Adelia yang meniti usia 35 tahun pernah menjadi sorotan dan ‘buah mulut’ netizen dek kerana raut wajahnya yang cantik terutamanya ketika muncul dalam klip video nyanyian duet ‘Penghujung Cintaku’ sebelum mereka bernikah.
Adelia Kacukkan Belanda – Cina
Waktu itu, Adelia belum lagi berhijab namun pesona dan rupa paras menawannya menarik perhatian ramai. Dia juga dilapor berketurunan Sunda, Belanda dan Cina.
Kini selepas 14 tahun mendirikan rumah tangga dan memiliki anak, suri hati Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Syamsuddin Said masih menawan. Malah penampilannya lebih sopan sejak memakai tudung.
Pastinya ramai yang turut terpegun dengan kecantikan asli Adelia. Mana tidaknya, walau sudah dikurniakan empat orang anak namun tetap ramping. Ditambah pula penampilan Adelia yang anggun berhijab bagai tidak puas mata memandang!
Fokus Keluarga Buat Adelia Nekad Bersara Di Awan Biru
Tampil lebih matang dan sopan, ibu berusia 35 tahun ini dilaporkan membuat keputusan untuk berhijab kira-kira tujuh tahun lalu. Sejak itu, jelitawan ini dilihat selesa menyarung busana labuh dan bertudung litup setiap kali berada di khalayak.
Pernah berkhidmat sebagai pramugari, Adelia bagaimana pun nekad berhenti daripada kerjaya di awan biru semata-mata mahu memberi sepenuh tumpuan menguruskan keluarga dan anak-anak.
Pasangan romantis ini bernikah pada 23 Mac 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Dewa Hikari Zaidan Ibrahim, Sakha Dyandra Sultan Yusuf, Aliyan Akhtar Raja Sulaiman dan Kayla Mutiara Pasha.
Terdahulu Pasha pernah berkahwin dengan Okie Agustina dan mereka mempunyai tiga anak iaitu Kiesha Alvaro, Shakiena Azalea Putrina, Nasha Anaya Putri Valentina.
Adelia nyata seorang sosok ibu penyayang. Dia tidak hanya mengasuh dan menjaga semua anak-anak dengan baik bahkan akrab dengan tiga lagi anak Pasha hasil perkahwinan sebelumnya.
Pasha kini aktif menceburi bidang politik Indonesia dan turut mempengaruhi isteri tercinta untuk turut berkecimpung dalam kerjaya berkenaan.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Sudah menjadi lumrah, apabila memiliki rupa paras yang cantik seiring dengan kehebatan tersendiri pasti akan menjadi tumpuan serta bualan ramai.
Seperti gadis jelita berusia 22 tahun ini. Bukan calang-calang gadis ya, Ana Maria Markovic merupakan pemain bola sepak wanita tercantik di dunia!
Biarpun sering tampil lasak dan lincah di padang, ada juga yang melabelnya sebagai wanita seksi. Namun begitu, Ana Maria Markovic kurang senang dengan gelaran itu sebaliknya dia lebih suka jika digelar wanita tercantik.
Ia dibuktikan oleh media Eropah bahawa penyerang pasukan kebangsaan wanita Croatia ini adalah pemain bola sepak tercantik di dunia.
Ana Maria Markovic juga sering berkongsi gambar-gambarnya di media sosial yang membuatkan para pengikut dan netizen terpegun. Gambar-gambar tersebut kebanyakannya berkaitan dengan aktiviti bola sepak serta swafotoya sendiri.
Dengan kelebihan bakat serta kecantikan yang dimiliki, Ana Maria Markovic berjaya meraih 1.1 juta pengikut di Instagram (setakat artikel ini ditulis).
“Saya suka artikel yang menggelarkan saya sebagai pemain tercantik kerana saya gembira mendengar saya cantik,” katanya seperti yang dipetik dari BolaSport.com dari Daily Star.
“Bagaimanapun, ada juga artikel yang menggambarkan saya sebagai pemain bola sepak yang seksi. Saya tidak menyukainya,” kata Ana Maria Markovic.
Untuk info, Ana Maria Markovic memulakan kerjaya profesionalnya bersama kelab Switzerland FC Zurich pada tahun 2017.
Dia bermain selama dua tahun di sana sebelum berpindah ke Grasshopper.
Persembahan cemerlang di peringkat kelab telah membawa gadis jelita ini ke pasukan kebangsaan Croatia.
Ana Maria Markovic membuat penampilan sulung antarabangsa pada tahun 2021 dan kini telah membuat lima penampilan ditambah satu gol.
Malangnya, dia disahkan tidak hadir ke Piala Eropah Wanita 2022 selepas Croatia gagal layak ke pusingan akhir.
Kredit Foto: Instagram Ana Maria Markovic
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!