Baru-baru ini telah berlangsung Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Istana Anak Bukit, Kedah. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara kerabat diraja Kedah dan rakyat jelata.

IKLAN

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah turut berkenan meluangkan masa beramah-mesra dan bersalaman dengan pengunjung.

Bijak & Cantik! Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Kebanggaan Rakyat Kedah
Sumber gambar: Instagram @warta_kedah

Turut berangkat, Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff; Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin; Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff; Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin.

Bijak & Cantik! Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Kebanggaan Rakyat Kedah
Sumber gambar: warisanpermaisuri.blogspot.com

Kelibat Raja Muda Kedah dan Raja Puan Muda Kedah menncuri tumpuan tetamu yang hadir ke majlis tersebut. Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin telah dimahsyurkan pada tahun 2017.

Wanita cantik yang setia di sisi menemani Raja Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Arif. Raja Muda Kedah berkenalan dengan Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff Ketika berkhidmat di SKMM pada 1999.

IKLAN
Bijak & Cantik! Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Kebanggaan Rakyat Kedah
Sumber gambar: Instagram @warta_kedah

Baginda berdua melangsungkan perkahwinan pada 27 Februari 2003 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tunku Zara Bahiyah dan Tunku Sulaiman Badlishah.

Che Puan Muda Zaheeda yang dilahirkan di Ipoh, Perak merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) daripada University of Wales, College of Cardiff, Ijazah Sarjana Undang Undang daripada University of Bristol dan mendapat Sijil Amalan Guaman daripada Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia.

IKLAN

Baginda telah diterima masuk sebagai Peguamcara dan Peguambela pada tahun 1996 dan juga adalah ahli bersekutu Chartered Institute of Arbitrators.

Bijak & Cantik! Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Kebanggaan Rakyat KedahBaginda berkhidmat sebagai Ketua, Jabatan Perundangan dan Kesetiausahaan Syarikat di Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dan Pemangku, Ketua Jabatan Perundangan dan Kesetiausahaan Syarikat di Kumpulan Darul Ehsan Berhad.

Bijak & Cantik! Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Kebanggaan Rakyat Kedah
Sumber gambar: Instagram @suriasteffan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI