Oh, senang sangat rupanya. Jadilah ni walaupun tak dapat aroma buluh asli. Menjelang nak raya nanti bolehlah kita cuba buat lemang sendiri di rumah.

IKLAN

Khusus untuk mereka yang tinggal bujang, wanita-wanita hebat yang tinggal dengan kawan-kawan atau isteri-isteri yang suami teringin nak makan lemang… anda boleh cuba resipi mudah ni.

Walaupun hanya dikongsi melalui WhatsApp tapi tetap memberi inspirasi kepada kita yang tidak penah buat lemang. Sebelum ini, rasa macam susah nak buat dan leceh. Rupanya senang sangat. Nona pun nak cuba bila dekat raya nanti.

Ilmu dunia boleh je diubah suai ikut mana yang memudahkan… Bagi yang susah nak cari lemang, boleh cuba. Asalkan ada rupa lemang, rasanya enak dan lepas teringin tekak tu!

IKLAN

Cara-Cara Membuat:

IKLAN
Bila Teringat Kampung, Terus Mengidam Lemang! Ini Cara-Cara Mudah Buat Sendiri Di Rumah
Pulut dibasuh dan tos. Santan kalau nak sedap, pastikan pekat dan letak lebih sikit.
Bila Teringat Kampung, Terus Mengidam Lemang! Ini Cara-Cara Mudah Buat Sendiri Di Rumah
Isi beras pulut (jangan penuh) dan jangan ketuk cawan kertas tersebut untuk bagi mampat. Santan biar sedikit lebih dari paras pulut.
Bila Teringat Kampung, Terus Mengidam Lemang! Ini Cara-Cara Mudah Buat Sendiri Di Rumah
Kukus selama 2 jam.
Bila Teringat Kampung, Terus Mengidam Lemang! Ini Cara-Cara Mudah Buat Sendiri Di Rumah
Bila pulut dah masak, gunting cawan kertas dan keluarkan.
Bila Teringat Kampung, Terus Mengidam Lemang! Ini Cara-Cara Mudah Buat Sendiri Di Rumah
Potong lemang dan sedia dihidang.
Bila Teringat Kampung, Terus Mengidam Lemang! Ini Cara-Cara Mudah Buat Sendiri Di Rumah
Boleh dimakan dengan serunding atau rendang kesukaan.

Selamat mencuba!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI