Jika anda ke kedai jangan lupa beli lemon kerana lemon mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan badan. Lebih-lebih lagi sepanjang musim wabak Coronavirus (COVID-19) ini. Lemon dipercayai dapat membantu dalam penyembuhan gejala demam dan selesema.

IKLAN

Jus atau perahan lemon seringkali dijadikan sebagai minuman sejuk mahupun panas. Dengan menambahkan sedikit perahan lemon dalam secawan air panas dapat membantu menguatkan sistem daya ketahanan badan.

Serat yang terdapat dalam sebiji lemon yang dikenali sebagai pectin membantu memberikan bakteria microbiome yang bermanfaat menguatkan sistem kekebalan badan.

Selain itu, pectin juga dapat membantu meningkatkan pengeluaran enzim pencernaan di samping meningkatkan fungsi usus secara teratur seterusnya menghilangkan racun dalam badan.

Selain itu, vitamin C yang terkandung dalam sebiji lemon juga membantu mengurangkan kekerapan serta tahap keseriusan jangkitan saluran pernafasan.

Sebaiknya, makanlah lemon dalam bentuk yang masih segar kerana anda akan memperoleh manfaatnya secara maksimum.

Untuk itu, anda disarankan supaya sentiasa mencuci dan mengupas kulit lemon sebelum ia diperah ke dalam air.

Namun begitu, tiada masalah jika anda ingin menyediakan minuman lemon secara panas, sejuk atau dalam bentuk botol sekali pun. Semuanya bagus untuk pencernaan.

MINUM WAKTU PAGI

Waktu terbaik untuk meminum air lemon ialah pada waktu pagi kerana lemon mempunyai manfaat pemulihan.

Caranya, campurkan jus atau perahan lemon ke dalam air panas. Lemon dapat membantu memulihkan semula sistem pencernaan dan menghidrasikan badan.

Selain itu, air lemon juga elok diminun ketika anda sedang mengamalkan diet kerana ia membantu menahan rasa lapar. Anda boleh mencampurkan kulit lemon ke dalam salad, sayuran, ayam atau hidangan ikan. Ini kerana nutrisinya yang bermanfaat di samping aroma yang cukup menggamit selera.