Biskut Raya Moden Mudah Disediakan

468

Dalam menyediakan aneka biskut raya di musim perayaan, pelbagai bahan sampingan boleh dijadikan pilihan. Selain bahan asas seperti tepung, mentega dan gula, penambahan aneka bijirin menambahkan lagi kelazatan biskut raya. Selain enak, ia juga lebih ranggup dan berkhasiat. Boleh dicuba! Pastry Chef Hotel One World Petaling Jaya, Chef Ghouse berkongsi resipi hasil ciptaannya!

 

  1. BISKUT GULA MELAKA

BAHAN-BAHAN:

400gm mentega

300gm gula perang

120gm gula Melaka

10gm serbuk penaik

2 biji telur

800gm tepung gandum

Secubit garam

 

CARA MEMBUAT:

Pukul mentega, gula, tepung dan serbuk penaik sehingga sebati. Campurkan telur dan gula Melaka yang telah dicairkan terlebih dahulu. Pukul perlahan-lahan sehingga menjadi doh. Ratakan doh di atas dulang dan simpan di dalam peti sejuk. Bekukan selama 1 jam. Canaikan doh tadi hingga ketebalan 4mm dan potong bentuk mengikut kesukaan masing-masing. Letakkan di atas dulang dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 170C selama 18 minit atau 20 minit.

  1. BISKUT KELAPA BERJAM OREN

BAHAN-BAHAN:

90 gm mentega

70gm gula halus

170gm tepung gandum

50gm kelapa kering

2 biji kuning telur

Sedikit esen vanilla

BAHAN-BAHAN UNTUK JEM OREN

200gm jem oren

Sedikit air

CARA MEMBUAT:

Putar mentega Bersama gula halus sehingga ia menjadi sebati. Masukkan pula kuning telur bersama esen vanilla. Gaulkan Bersama tepung dan kelapa kering sehingga adunan menjadi sekata.Simpan di dalam peti sejuk selama 6 jam. Canai dengan ketebalan 3mm dan susun di atas dulang. Manakala separuh lagi biskut ditekapkan lubang di bahagian tengah. Sapu dengan putih telur dan taburkan kelapa kering. Bakar di dalam ketuhar selama 20 minit atau sehingga biskut bertukar warna keperang-perangan pada suhu 170C. Akhir sekali, cantumkan biskut yang telah dibakar dengan lapisan jam oren.

 

  1. BISKUT RED VELVET CIP COKLAT

BAHAN-BAHAN:

500gm shortening

350gm gula perang

350gm gula halus

4 biji telur ayam

650gm tepung gandum

50gm serbuk koko

2 sudu kecil cip coklat

2 sudu kecil serbuk koko

150gm kacang walnut|dicincang

Sedikit pewarna merah

1 sudu kecil esen vanilla

Secubit garam halus

CARA MEMBUAT:

Ayak tepung gandum bersama  serbuk koko dan serbuk soda. Ketepikan. Pukul pula shortening Bersama gula perang, gula halus, garam dan esen vanilla sehingga adunan menjadi sekata. Masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti dengan adunan tepung, serbuk koko dan serbuk soda. Campurkan cip coklat, kacang walnut dan sedikit pewarna merah sehingga adunan menjadi sebati. Sudukan adunan atau bentuk dengan menggunakan jari di atas dulang pembakar dan bakar selama 15 hingga 18 minit pada suhu 175C.

  1. BISKUT COKLAR DAN TEH HIJAU

BAHAN-BAHAN:

400gm mentega

200gm gula aising

1 biji telur

2 biji kuning telur

570gm tepung gandum

Secubit garam halus

1 sudu kecil esen vanilla

570gm serbuk teh hijau

Sedikit pewarna hijau

BAHAN-BAHAN DOH COKLAT:

400gm mentega

200gm gula aising

1 biji telur

2 biji kuning telur

570 gm tepung gandum

30gm serbuk koko

Secubit garam

1 sudu kecil esen vanilla

CARA MEMBUAT:

Pukul mentega dan gula aising sehingga sebati dan keputihan. Masuk telur perlahan-lahan diikuti esen vanilla. Campurkan tepung dan serbuk koko dan teh hijau yang telah diayak terlebih dahulu dan kacau sehingga dunan menjadi sekata. Sejukkan di dalam peti sejuk beku selama 1 jam. Canai doh setebal 1cm dan bentukkan ia menjadi segi empat. Susun kepingan doh coklat berselang-seli dengan doh teh hijau dan setiap kepingan disapu dengan kuning telur. Sejukkan kembali di dalam peti sejuk beku selama 30 minit. Kepingan doh tadi boleh dipotong mengikut corak masing-masing. Susun di atas dulang pembakar dan bakar selama 18 hingga 20 minit pada suhu 170C.

5.BISKUT MENTEGA KACANG

BAHAN-BAHAN:

300gm mentega kacang

500gm mentega

400gm gula aising

8 biji kuning telur

800gm tepung gandum

30gm serbuk penaik

Sedikit esen vanilla

CARA MEMBUAT:

Pukul mentega bersama mentega kacang dan gula aising sehingga ia menjadi sebati. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji dan seterusnya esen vanilla. Gaulkan tepung gandum bersama serbuk penaik yang telah diayak terlebih dahulu ke dalam adunan. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan menggunakan acuan bintang. Paipkan di atas dulang pembakar mengikut corak pilihan. Hiaskan dengan kacang tanah dan bakar pada suhu 170c selama 18 hingga 20 minit.

6.BISKUT KEJU

BAHAN-BAHAN:

275 gm krim keju

480gm mentega

180gm gula halus

480gm tepung gandum

60gm susu tepung

2 biji telur

Sedikit esen vanilla

200gm keju Cheedar

CARA MEMBUAT:

Pukul mentega bersama krim keju dan gula sehingga sebati. Masukkan kuning telur diikuti esen vanilla.Gaulkan tepung gandum dan tepung susu yang telah diayak terlebih dahulu sehingga menjadi doh. Simpan di dalam peti sejuk beku selama satu jam. Canaikan dengan ketebalan 4mm dan terap dengan acuan mengikut citarasa masing-masing. Sapukan kuning telur diatasnya. Susun di atas dulang pembakar dan taburkan keju cheedar yang telah diparut halus. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170C selama 20 minit.