Penggunaan kunyit sebagai salah satu rempah masakan penting di Malaysia sememangnya sudah tidak asing lagi. Namun ada satu lagi jenis kunyit yang sangat baik untuk kesihatan iaitu kunyit hitam dan kini, ia dipasarkan selepas melalui pelbagai proses pembangunan dan penyelidikan.

Dengan nama saintifik Curcuma caesia, kunyit hitam berasal daripada spesis kunyit dan mempunyai daun berjalur ungu kehitaman di bahagian tengah. Ayuh ketahui 10 khasiat kunyit hitam.

IKLAN

 

(1) Kesan antioksidan

Antara khasiat utama kunyit hitam ialah antioksidan yang dapat menghalang oksidasi sel dalam badan dan pembentukan radikal bebas yang berlebihan. Proses ini penting bagi mencegah rantaian tindak balas yang boleh merosakkan sel dan menyebabkan masalah kesihatan.

Radikal bebas yang berlebihan akan mencetuskan keadaan tekanan oksidatif. Sekiranya keadaan ini berlanjutan, kerosakan DNA dan molekul penting dalam badan berisiko untuk terjadi.

Pembentukan radikal bebas yang berlebihan boleh berlaku atas beberapa faktor:

  1. Asap rokok
  2. Pencemaran udara
  3. Paras gula yang tinggi dalam darah

Bukan Kunyit Biasa, Semak 10 Khasiat KUNYIT HITAM Yang Tinggi Antioksidan!

 

(2) Kesan anti-radang

Selain mampu menghalang proses oksidasi sel, kunyit hitam juga mempunyai kesan anti-radang yang ketara.

Keradangan adalah tindak balas normal dalam tubuh badan yang menghalang jangkitan serta kecederaan. Walau bagaimanapun, radang yang kronik berisiko menyebabkan kenaikan berat badan serta masalah kesihatan yang lain. Makanan yang mempunyai kesan anti-radang seperti kunyit hitam ini mampu mencegah risiko keadaan tersebut.

 

(3) Mencegah asma

Asma adalah satu masalah kesihatan di mana saluran pernafasan menjadi sempit. Kajian terhadap ekstrak kunyit hitam mendapati ianya dapat memberi kesan pengenduran otot lantas mengurangkan penyempitan salur nafas dan membantu mengawal asma.

 

(4) Memberi kesan analgesik

Kesan analgesik ialah kesan melegakan kesakitan. Salah satu kajian yang pernah dijalankan berkaitan kunyit hitam membuktikan kesan analgesiknya. Dalam kajian tersebut, rasa sakit pada model haiwan telah didapati berkurangan kesan daripada ekstrak kunyit hitam.

Bukan Kunyit Biasa, Semak 10 Khasiat KUNYIT HITAM Yang Tinggi Antioksidan!

 

Selain itu, melalui kajian yang sama, kunyit hitam didapati mempunyai kesan antipiretik (mengurangkan demam) kerana mampu mengurangkan suhu badan yang tinggi.

 

IKLAN

(5) Mencegah pertumbuhan kulat

Kesan anti-kulat daripada minyak pati kunyit hitam telah dibuktikan melalui kajian sejak pertengahan tahun 70-an. Jangkitan kulat pada kebiasaannya hanya berlaku pada kawasan kulit dan kuku, namun sesetengah daripadanya boleh mengakibatkan keadaan yang lebih serius dan mengancam nyawa seperti pneumonia. Melalui kesan anti-kulat ini, kunyit hitam berupaya mencegah pertumbuhan kulat daripada merebak.

 

(6) Mencegah pertumbuhan bakteria

Ubat antibiotik yang sering diberi di hospital mahupun klinik digunakan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. Tetapi tahukah anda, antiobiotik semulajadi juga wujud? Ia terdiri daripada minyak pati dan ekstrak tumbuh-tumbuhan, termasuk kunyit hitam.

Rizom atau bahagian batang pada kunyit hitam bukan sahaja memiliki kesan antioksidan yang tinggi, malah turut mempunyai kesan antibakteria. Ia mampu membantutkan pertumbuhan bakteria seperti E. coli dan S. aureus. Akan tetapi masih lagi kurang pembuktian secara klinikal berkenaan kompoun di dalam kunyit hitam mampu membunuh bakteria di dalam badan manusia. Kajian yang disebutkan ini lebih kepada bakteria yang berada di dalam piring petri. Oleh itu, penggunaan kunyit hitam untuk penyembuhan penyakit disebabkan jangkitan bakteria tidak digalakkan.

Bukan Kunyit Biasa, Semak 10 Khasiat KUNYIT HITAM Yang Tinggi Antioksidan!

 

IKLAN

(7) Mengawal gangguan kemurungan

Berdasarkan anggaran, kira-kira 30% daripada golongan dewasa menghidap kemurungan sekali atau lebih semasa hayatnya. Kunyit hitam mempunyai potensi nilai perubatan dalam mengawal gangguan kemurungan. Komponen di dalam tumbuhan ini berupaya melindungi fungsi otak daripada gangguan.

 

(8) Mengawal gejala muntah dan loya

Terdapat satu kajian tentang fungsi mengawal muntah dan loya yang pernah dijalankan terhadap 10 tumbuhan perubatan aromatik, termasuk asam kerenda, kayu manis, serta kunyit hitam. Di akhir kajian ini, kunyit hitam direkodkan sebagai tumbuhan yang mempunyai peratusan tertinggi dalam mencegah muntah dan loya.

 

(9) Mencegah ulser perut

Ekstrak kunyit hitam yang diberi kepada model haiwan dalam kajian didapati dapat mengurangkan indeks ulser dalam perut haiwan tersebut.

 

(10) Mencegah cacing parasit

Kunyit hitam juga berkesan untuk mencegah serta membunuh cacing parasit. Dalam satu kajian terhadap cacing, kunyit hitam mencatatkan kesan yang paling efektif dalam melumpuh serta membunuh cacing tersebut.

 

Sumber: Root of Science

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI