Bukan Lamborghini, Hermes Birkin Tapi Level Kaya Terkini Mesti Miliki Jet Peribadi – 5 Selebriti Ini Bukti Sukses!

Level up your life, ladies! Kini bukan lagi trend tayang kereta mewah di garaj atau koleksi beg tangan Hermes Birkin di kamar, tapi aras kemewahan sekarang diukur dari kemampuan memiliki jet peribadi.

Inilah yang sedang berputar di Hollywood apabila majoriti nama-nama besar di Amerika Syarikat dilihat ‘menayang’ pesawat mewah masing-masing di media sosial.

Memiliki jet peribadi barangkali cara terbaharu membuktikan kejayaan seseorang dalam bidangnya. Meskipun terlihat hebat namun ia mencemari alam sekitar. Emisi karbon yang dihasilkan daripada pembakaran bahan bakar fosil – seperti bensin dan avtur (bahan bakar pesawat) – meningkatkan suhu bumi.

Walau bagaimanapun, masih ramai selebriti Hollywood yang memilih berkelana ke destinasi kesukaan mereka dengan jet peribadi. 5 selebriti wanita ini antara yang kerap berkongsi tentang jet peribadi mereka dengan peminat.

 

(1) Kim Kardashian

Kim ‘terbangkan’ anak dan rakan-rakannya untuk sambutan hari jadi

 

Pesawat dihias menepati tema hari jadi anaknya, North ‘Nori’ West

 

Pesawat mewah Kim lengkap kamar tidur

 

Kerap berpergian dan berlibur dengan rakan

Peminat setia Kim tentu sekali kerap melihat wanita jelita ini melancong dengan jet peribadinya. Beliau adalah pemilik jet mewah Gulfstream G650ER.

Menurut rekod, Kim sudah melakukan penerbangan sebanyak 57 kali dalam tujuh bulan terakhir dengan penerbangan tersingkat selama 23 minit, dari San Diego, California ke Camarillo, California. Eh, dekat pun nak naik jet.

 

(2) Celine Dion

Pesawat Celine Dion digunakan untuk persembahan konsertnya di AS

 

Bersama ibu kesayangan

 

Jet peribadi memberikan privasi buat artis Hollywood

 

 

Penyanyi hebat ini tersenarai dalam daftar selebriti yang memiliki jet mewah jenis Bombardier BD 700 bernilai USD 42 juta (RM 187 juta).

Jet dengan kapasiti 14 penumpang itu dilengkapi dengan kamar tidur, bilik mandi peribadi, mini pawagam, dapur, ruang makan serta sudut kerja.

 

(3) Kylie Jenner

Kylie dan Travis Scott bersama jet peribadi mereka

 

Nilai kekayaan Kylie dianggarkan mencecah USD900 juta

 

Tugas sebagai pengusaha kosmetik menuntut Kylie agar sering ke luar negara

 

Pemandangan senja dari jendela pesawat Kylie

 

Usahawan kosmetik muda ini kerap berkongsi pelbagai momen dalam jet peribadinya, termasuk bersama kekasih Taylor Scott yang turut memiliki jet sendiri. Kylie adalah pemilik jet jenis Bombardier BD 700, juga seperti jet Celine Dion tapi bernilai lebih tinggi iaitu USD 70 juta (RM 312 juta).

Kylie kerap kali menggunakan jet peribadi meskipun hanya untuk penerbangan jarak dekat contohnya dari Van Nuys, California ke Camarillo, California. Penerbangan singkat itu hanya memakan masa 17 minit! Kalau naik kereta cuma 40 minit saja.

 

(4) Oprah Winfrey

Oprah tekad memiliki jet peribadi selepas insiden ‘dipeluk’ peminat

 

Oprah merupakan selebriti Hollywood terkaya

 

 

Selebriti terkaya di dunia dan hos rancangan The Oprah Winfrey Show itu merupakan pemilik jet mewah Gulfstream G650 yang bernilai USD 75 juta (RM 334 juta).

Dikatakan beliau lebih memilih menaiki jet peribadi berbanding menggunakan pesawat komersial selepas berlaku satu insiden di Chicago. Dalam insiden tersebut, wanita tersebut telah dihampiri oleh seorang peminat fanatik yang mahu memeluknya. Sejak itu Oprah memutuskan untuk membeli jet peribadi.

 

(5) Taylor Swift

Taylor dikatakan sangat kerap menggunakan jet peribadi dan mencemarkan alam

 

 

 

 

Menurut data penerbangan jet peribadi selebriti, Taylor Swift telah melakukan penerbangan sebanyak 170 kali dengan waktu di udara setara 15 hari menggunakan jet jenis Falcon 7X.

Rekod tersebut menyebabkan ramai aktivis menyelar tindakan selebriti tersebut yang tidak prihatin terhadap alam sekitar. Pun begitu, pihak Taylor menerangkan bahawa penyanyi itu sebenarnya sering meminjamkan jet mewah tersebut kepada orang lain.

IKLAN
Share