Suka betul tengok bunga-bunga segar gubahan Eiry atau Mohd Azhairi Abdullah di Instagram beliau. Memang sejak dulu kalau sebut pasal gubahan bunga dan hiasan pelamin, nama Eiry antara individu pilihan ramai termasuk syarikat korporat dan VVIP.

Seorang yang mesra dan menyenangkan, jejaka segak berusia 40 tahun ini mula menguasai kemahiran kreatif seawal umurnya 20-an lagi.

IKLAN

Kenapa bunga, mengapa tidak kereta atau sukan lasak lain sebagaimana minat lelaki biasa… Soal Nona dalam temu bual kami sebentar tadi.

Cair Tengok Penggubah Bunga Profesional Ni, Bukan Segak Je Tapi Siap Share Ilmu Gubahan Lagi

“Bagi pendapat Ee, tak semestinya perempuan je yang sukakan bunga. Bunga mempunyai auranya yang tersendiri, yang boleh dijadikan terapi. Lelaki yang sukakan bunga biasanya orang yang berjiwa kreatif dan sentiasa inginkan keindahan.

Tapi Ee tahu tak semua kaum Hawa sukakan bunga. Cuma orang yang sukakan bunga je tahu nikmat melihat bunga-bunga segar ni,” jawab Eiry santai.

Jika kebanyakan orang menganggap hanya lelaki lembut yang menyukai dunia wanita, Eiry pula sebaliknya. Selain suka melancong, beliau juga telah beberapa kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci serta mempunyai latar belakang agama yang baik.

Tambah menarik, Eiry juga seorang yang rapat dengan keluarga terutama sekali ibunya. Wow, cukup ciri-ciri lelaki impian ni!

https://www.instagram.com/p/B_csc99noyp/

https://www.instagram.com/p/B8NnK64Henn/

TIP BUNGA SEGAR

Bertanya lebih lanjut tentang kerjaya gubahan, Eiry tidak keberatan berkongsi ilmunya dengan followers Nona.

“Kebiasaannya saya dapatkan stok bunga segar dari beberapa pembekal di Lembah Klang. Antaranya dari Syarikat Puduria di Kuala Lumpur.”

Dengan pengalaman hampir dua dekad, Eiry juga turut menerangkan jenis-jenis bunga yang sesuai untuk hiasan tertentu di ruang-ruang tertentu.

Cair Tengok Penggubah Bunga Profesional Ni, Bukan Segak Je Tapi Siap Share Ilmu Gubahan Lagi

(a) Dekorasi Rumah

Bunga-bunga segar yang sesuai diletakkan di ruang kediaman adalah bunga ros, harum malam, lili, orkid dan sebagainya. Saya suka bunga segar yang wangi supaya boleh menaikkan mood penghuni sambil menyegarkan pandangan mata.

IKLAN

(b) Dekorasi Dewan & Table Centrepiece

Gubahan hendaklah secara elongated arrangement. Bunga dari jenis hydrangea, statis, peacocks, orkid, ros, casablanca, sunflower dan cymbidium antara kesukaan saya untuk tujuan menghias meja makan.

(c) Dekorasi Pelamin

Bagi memastikan gubahan bunga cantik dan besar di atas pelamin, bunga-bungaan seperti kekwa, white pompom, green button, ros atau snowwhite adalah pilihan saya untuk menaikkan seri.

Eiry turut berkongsi cara menggubah bunga yang kelihatan senang untuk dilakukan. Paling penting pesannya…

“Jangan risau kalau tak pandai menggubah bunga. Belajar dan practice. InsyaAllah lama kelamaan tangan yang keras akan menjadi lembut dan boleh menggubah bunga dengan cantik.”

IKLAN

https://www.instagram.com/p/CDcudQUndks/

PESAN EIRY

  • Bagi memastikan gubahan kekal lama, span perlu direndam sehingga air betul-betul berada dalam span basah tersebut.
  • Ketika menggubah, pastikan batang bunga dipotong menyerong supaya air mudah diserap oleh setiap bunga yang digubah.

Cair Tengok Penggubah Bunga Profesional Ni, Bukan Segak Je Tapi Siap Share Ilmu Gubahan Lagi

Cair Tengok Penggubah Bunga Profesional Ni, Bukan Segak Je Tapi Siap Share Ilmu Gubahan Lagi

Cair Tengok Penggubah Bunga Profesional Ni, Bukan Segak Je Tapi Siap Share Ilmu Gubahan Lagi

Cair Tengok Penggubah Bunga Profesional Ni, Bukan Segak Je Tapi Siap Share Ilmu Gubahan Lagi

Cair Tengok Penggubah Bunga Profesional Ni, Bukan Segak Je Tapi Siap Share Ilmu Gubahan Lagi

Cair Tengok Penggubah Bunga Profesional Ni, Bukan Segak Je Tapi Siap Share Ilmu Gubahan Lagi

Nona tertarik melihat gubahan bunga orkid hasil karya Eiry ni. Tak hairanlah ramai betul peminat bunga yang cari Eiry, dahlah cantik, order siap delivery lagi! Buat hantaran pun boleh. Thanks Eiry!

Sumber: Instagram @eeebridal

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI