Lumrah menjadi anak selebriti pasti tidak terlepas tempias dunia glamor. Meskipun bergelar anak pelakon terkenal, Dato’ Rosyam Nor namun Nur Anis enggan menumpang populariti bapa tersayang untuk berjaya. Sebaliknya dia berusaha sendiri hingga kini dikenali sebagai influencer!

Ads

Disifatkan seorang wanita cantik dan berpenampilan menarik, Nur Anis atau mesra disapa Anis Kiss merupakan ibu kepada seorang cahaya mata lelaki comel. Pada 15 November tahun lepas, Anis selamat bersalin zuriat sulung yang diberi nama Muhammad Raees Mikael.

Bahagia melayari hidup sebagai ibu, Anis ketika ditemui Nona terbuka berkongsi perkembangan diri dan pengalaman bercuti bersama anak kecil ke Turkiye pada Julai lepas. Waktu itu, bayinya baru berusia kira-kira lapan bulan.

Cantik & Bergelar Influencer, ANIS DATO’ ROSYAM Kongsi Momen Bercuti Di Istanbul Dengan Anak Kecil!
Credit Instagram @_aniskiss

Ujar Anis, “Perkembangan terkini Anis masih buat styling tudung tapi sekarang fokus kepada pengantin. Sambil-sambil tu jaga anak dan buat content review produk di sosial media.

Mengenai percutian, memang saya gemar bercuti bersama keluarga. Tahun ini turut melancong ke Istanbul, Turkiye. Ini kali pertama Anis bawa anak dan first time juga bercuti lepas Covid-19.

Waktu tu ada rasa gementar juga sebab kali pertama bawa anak naik kapal terbang dengan penerbangan selama 13 jam. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan anak pun tak meragam dalam flight serta sepanjang percutian.

Pergi Istanbul memang sengaja pilih tempat yang pernah pergi untuk tak rasa macam hassle sangat nak kena cari tempat makan, tempat berjalan semua sebab rasanya kalau bawa baby ni memang susah sedikit. So kena cari destinasi yang kita biasa supaya tak rasa penat sangat dan terbeban.”

View this post on Instagram

A post shared by AnisKiss . (@_aniskiss)

Ads
Cantik & Bergelar Influencer, ANIS DATO’ ROSYAM Kongsi Momen Bercuti Di Istanbul Dengan Anak Kecil!
Credit Instagram @_aniskiss
Cantik & Bergelar Influencer, ANIS DATO’ ROSYAM Kongsi Momen Bercuti Di Istanbul Dengan Anak Kecil!
Credit Instagram @_aniskiss
Cantik & Bergelar Influencer, ANIS DATO’ ROSYAM Kongsi Momen Bercuti Di Istanbul Dengan Anak Kecil!
Credit Instagram @_aniskiss
Cantik & Bergelar Influencer, ANIS DATO’ ROSYAM Kongsi Momen Bercuti Di Istanbul Dengan Anak Kecil!
Credit Instagram @_aniskiss
Cantik & Bergelar Influencer, ANIS DATO’ ROSYAM Kongsi Momen Bercuti Di Istanbul Dengan Anak Kecil!
Credit Instagram @_aniskiss

Tambahnya lagi, “Kalau nak berkongsi tip bawa anak kecil bercuti. Anis tak lah banyak pengalaman sangat tapi dari pengalaman hari tu, makanan kena sentiasa ready.

Dalam flight kena make sure sebelum anak menangis, kita dah bagi susu dan makan supaya dia kenyang. Lampin kena tukar awal-awal, baju kena siapkan.

Paling penting kalau boleh, selalu bertukar-tukar (jaga anak) dengan suami supaya tak penat sangat kalau long flight. Kalau mak je yang kena jaga memang penatlah mak tu. Kena bertoleransi.”

Ads
Cantik & Bergelar Influencer, ANIS DATO’ ROSYAM Kongsi Momen Bercuti Di Istanbul Dengan Anak Kecil!
Credit Instagram @_aniskiss
Cantik & Bergelar Influencer, ANIS DATO’ ROSYAM Kongsi Momen Bercuti Di Istanbul Dengan Anak Kecil!
Credit Instagram @_aniskiss
Cantik & Bergelar Influencer, ANIS DATO’ ROSYAM Kongsi Momen Bercuti Di Istanbul Dengan Anak Kecil!
Credit Instagram @_aniskiss
Cantik & Bergelar Influencer, ANIS DATO’ ROSYAM Kongsi Momen Bercuti Di Istanbul Dengan Anak Kecil!
Credit Instagram @_aniskiss

Seronok tengok percutian Anis ke Istanbul, Turkiye. Walau ada anak kecil, tetap ‘enjoy’ bercuti ke luar negara. Paling penting, suami isteri perlu saling memahami menjaga anak. Selain buat persiapan mengenai tempat yang ingin dilawati terlebih dahulu agar bersedia apabila berada di sana kelak.

Sementara itu, ditanya mengenai perancangan masa depan memandangkan Anis memiliki pengaruh tersendiri khususnya di media sosial, ini jawapan jujur wanita jelita tersebut.

“Perancangan bisnes ada, tapi inshaAllah belum anytime soon. Sekarang fokus dengan anak dulu sebab dia masih kecil lagi. At least kalau dah setahun lebih dan dia boleh berdikari sedikit, then baru boleh fikir bisnes. Now, fokus content dulu.”

Nur Anis yang merupakan anak kedua Dato’ Rosyam Nor mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hariz Zainal pada September 2019.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI