Nampaknya Eira Syazira makin melebarkan sayap karier seni sekarang! Mula mencipta nama sebagai pelakon, kini Eira atau nama sebenarnya Syazira Shuhaimi mengasah potensi dan bakat diri sebagai penyanyi.

IKLAN

Kemampuan isteri Azad Jasmin atau lebih dikenali Pak Azad ini dalam bidang muzik terserlah sejak beberapa tahun lepas.

Ligat merencana masa depan sebagai penyanyi di negara jiran, single baharu Eira iaitu Jaga Cinta karya Dodhy Kangen dilancarkan pada 7 April 2023. Secara eksklusifnya, lagu itu diputarkan di seluruh radio Indonesia pada 11 Mei lalu.

Bagi menjayakan single berkenaan, Eira turut mengadakan Radio Tour di Bandung sepanjang Mei lepas antaranya di Radio Cakra FM, Cosmo FM, Bandung Radio FM, Garuda FM dan Radio Bogor FM.

Cantik & Bersuara Lunak, Eira Syazira Tembusi Industri Muzik Indonesia & Lancar Single Baharu!
Kredit Instagram @eirasyaziraofficial

Berkongsi kejayaan di Instagram, kongsinya, “Inilah dia sang pencipta lagu-lagu keren dari Kangen Band, ‘Cinta Sampai Mati’, ‘Kehilanganmu Berat Bagiku’, ‘Tentang Aku, Kau & Dia’, ‘Cinta Sempurna’ dan lain-lain.

Satu penghargaan dan kehormatan buat Eira bila Mas Dodhy Kangen sudi bikin lagu buat single terbaharu Eira ‘Jaga Cinta’. Syukur Alhamdulillah.”

Sebelum ini, dia turut pernah melancarkan single berjudul SAY, Kau Yang Ku Sayang dan Masih Ada Jodoh. Malah, dia juga bernaung di bawah syarikat pengurusan Positif Art Entertainment di Indonesia.

IKLAN
Cantik & Bersuara Lunak, Eira Syazira Tembusi Industri Muzik Indonesia & Lancar Single Baharu!
Kredit Instagram @eirasyaziraofficial
Cantik & Bersuara Lunak, Eira Syazira Tembusi Industri Muzik Indonesia & Lancar Single Baharu!
Kredit Instagram @eirasyaziraofficial

Kira-kira empat tahun lepas, ibu tiga cahaya mata ini pernah diundang menjayakan Konsert Ambang Tahun Baharu di Jakarta. Menariknya, dia turut berduet dengan kumpulan muzik popular waktu itu iaitu Wali Band.

Khabarnya, hasrat Eira untuk bergelar penyanyi di Indonesia sudah bertahun-tahun tertunda disebabkan beberapa faktor.

IKLAN
Cantik & Bersuara Lunak, Eira Syazira Tembusi Industri Muzik Indonesia & Lancar Single Baharu!
Kredit Instagram @eirasyaziraofficial
Cantik & Bersuara Lunak, Eira Syazira Tembusi Industri Muzik Indonesia & Lancar Single Baharu!
Kredit Instagram @eirasyaziraofficial
Cantik & Bersuara Lunak, Eira Syazira Tembusi Industri Muzik Indonesia & Lancar Single Baharu!
Kredit Instagram @eirasyaziraofficial
Cantik & Bersuara Lunak, Eira Syazira Tembusi Industri Muzik Indonesia & Lancar Single Baharu!
Kredit Instagram @eirasyaziraofficial
Cantik & Bersuara Lunak, Eira Syazira Tembusi Industri Muzik Indonesia & Lancar Single Baharu!
Kredit Instagram @eirasyaziraofficial

Namun pada pertengahan tahun 2018, dia nekad mengejar impian dan berhijrah ke Jakarta selepas kembali menerima lamaran Syarikat Positif Arts Entertainment.

Azad dan Eira disatukan sebagai suami isteri pada tanggal 16 September 2011.

Hasil perkongsian hidup selama hampir 12 tahun, mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Amarra Sofea Rose berusia 10 tahun, Ameisya Leanne Rose, 7 tahun dan Areisya Suri Rose, 6 tahun.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/makin-hebat-masak-lincah-di-dapur-stacy-ceburi-bisnes-makanan-jual-sambal-sendiri/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI