Dikurniakan wajah yang cantik serta bijak adalah rezeki dan ianya satu anugerah. Pun begitu, makna kecantikan itu cukup subjektif.
Pasangan kembar yang berusia 23 tahun ini, Sun Yumeng dan Sun Yutong telah menarik perhatian ramai kerana mereka bukan sahaja cantik malah bijak.
Dua beradik cantik ini merupakan lulusan Sarjana dari universiti paling berprestij, Universiti Harvard. Kedua-duanya menamatkan latihan perguruan di sana.
Ads
Lebih mengujakan, kedua-duanya baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda di Universiti Fudan, Shanghai setahun sebelumnya.
Tidak hairanlah gadis kembar seiras ini telah menarik perhatian ramai dan menjadi bualan hangat di China.
Ads
Semasa di Harvard, kedua-duanya dikatakan tidak pernah berpisah dan sentiasa mengulang kaji pelajaran bersama-sama.
Ads
Apa pun, memang kagum dengan pasangan kembar ini. Memiliki pakej lengkap, bukan sahaja cantik bahkan cemerlang dalam pelajaran. Siapa tak kagum, kan? Inspirasi!
Kredit Foto: goodhousekeeping.com/Alyson Aliano
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semua pasti sudah mengenali Harnaaz Sandhu yang dinobatkan Miss Universe pada tahun lepas. Dan untuk tahun 2022, India tidak terkecuali menghantar wakilnya seperti tahun-tahun sudah. Apatah lagi rekod prestasi India sudah pun memenangi pertandingan Miss Universe itu sebanyak 3 kali sepanjang penglibatannya.
Dan untuk tahun ini, apakah wujud peluang sama untuk India mengulangi kejayaan Harnaaz Sandhu? Ini semua terletak pada bahu gadis 23 tahun, Divira Rai yang baru-baru ini dinobatkan Miss Universe India dan akan bersaing dengan negara-negara lain bagi merangkul mahkota yang diidamkan.
Namun siapakah Divita Rai? NONA singkapkan beberapa fakta menarik tentang dirinya.
1. Divita Rai merupakan seorang arkitek dan model yang lahir di Karnataka, India.
2. Divita telah menukar sekolahnya selama enam kali kerana terpaksa mengikut ayahnya yang bekerja.
3. Divita juga merupakan seorang yang aktif bersukan, dan meminati sukan badminton dan bola jaring.
5. Divita pernah melanjutkan pelajaran di Sir J. J. College of Architecture di Mumbai, salah satu kolej senibina terkemuka di India.
6. Divita juga seorang yang suka mencabar diri dan menyertai perlbagai pertandingan ratu cantik, malah pernah menyertai pageant bersama-sama dengan Harnaaz di pertandingan Miss Diva 2021, di mana dia mendapat tempat ketiga.
Semoga maju jaya diucapkan kepada Divita. Kongsikan dengan kami, anda rasa mampukah Divita mengulangi kejayaan Harnaaz? Sama-sama kita nantikan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Puteri Bajrakitiyabha Narendira Debyavati merupakan puteri sulung Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn hasil perkongsian hidup dengan isteri pertamanya, Puteri Soamsawali Kitiyakara.
Puteri Bajrakitiyabha telah menjadi sebahagian daripada kalangan individu kepercayaan ayahandanya sejak Raja Thailand itu menggantikan Raja Bhumibol Adulyadej pada 2016, dan telah dilantik sebagai pegawai kanan dalam pengawal peribadi raja.
Lebih membanggakan, puteri raja berusia 44 tahun itu merupakan individu yang paling berjaya dalam kalangan kerabat diraja. Puteri Bajrakitiyabha memiliki ijazah sarjana dalam undang-undang dari dua universiti di Amerika Syarikat.
Puteri Bajrakitiyabha merupakan lulusan ijazah doktor falsafah (PhD) undang-undang dari Universiti Cornell dan menjadi duta Thailand ke Austria dari 2012 hingga 2014. Selain itu, Puteri Bajrakitiyabha pernah berkhidmat sebagai duta ke Slovenia dan Slovakia.
Beliau mengusahakan beberapa projek dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan dilantik sebagai wakil Thailand untuk Wanita PBB pada September 2008.
Tahun lalu, beliau dilantik sebagai ketua kakitangan Perintah Keselamatan Diraja dengan pangkat jeneral.
Puteri Bajrakitiyabha antara tiga anakanda Raja Maha Vajiralongkorn yang memiliki gelaran rasmi, menjadikan baginda layak menaiki takhta berdasarkan Perlembagaan negara dan Undang-Undang Pewarisan Istana 1924.
Walaupun raja belum menamakan waris secara rasmi, Bajrakitiyabha adalah anak sulung dan paling berjaya antara anak-anaknya. Dia dilihat sebagai calon yang berpotensi menggantikan raja, di samping adik tiri wanita itu, Putera Dipangkorn Rasmijoti yang berusia 17 tahun.
Namun begitu, bakal pewaris takhta Thailand, Puteri Bajrakitiyabha Narendira Debyavati, rebah akibat serangan jantung, petang Rabu lalu. Beberapa laporan mendedahkan, keadaan Puteri Bajrakitiyabha lebih serius daripada apa yang dimaklumkan kerana biasanya kenyataan pihak istana mengenai kesihatan ahli keluarga diraja biasanya ‘samar-samar’.
Pihak istana berkata, anak perempuan Raja Maha Vajiralongkorn berusia 44 tahun itu pengsan kira-kira 6.30 petang ketika melatih anjingnya di Pak Chong, wilayah Nakhon Ratchasima.
Atas nasihat doktor diraja, puteri itu dibawa ke Hospital Pak Chong Nana untuk rawatan awal sebelum dibawa dengan helikopter ke Hospital Memorial Raja Chulalongkorn Bangkok. Doktor mengesahkan, keadaannya di sana malam tadi stabil.
Bangkok Post melaporkan, haiwan peliharaan puteri itu sedang dilatih untuk bersaing dalam Kejohanan Anjing Kerja Thailand anjuran Tentera Diraja Thailand yang berlangsung dari 10 hingga 19 Disember.
Raja Vajiralongkorn bergegas untuk berada di sisi anak perempuannya itu.Puteri Bajrakitiyabha, 44, gering selepas dikatakan tidak sedarkan diri di daerah Rachasima semalam sebelum dikejarkan ke sebuah hospital tempatan.
Menurut kenyataan istana, ketika kejadian, baginda menghadiri kejohanan ‘working dog’ anjuran tentera sebelum dilaporkan tidak sedarkan diri. Anakanda sulung Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn, dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah jantung, namun dilaporkan stabil.
Sumber: REUTERS
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Ilmu pelita hidup”. Kata-kata hikmat ini menunjukkan bahawa ilmu merupakan elemen yang amat penting dalam kehidupan dan dapat menjadikan kehidupan seseorang itu lebih sempurna.
Sesungguhnya figura hebat ini, Dr Hajjah Oki Setiana Dewi telah menunjukkan contoh yang baik sebagai wanita, isteri dan juga ibu. Bahagia bersama keluarga tercinta wanita ini juga telah berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah pada tahun lalu.
Di usia 31 tahun, ibu kepada 4 orang cahaya mata ini telah meraih PhD melalui kajian dan penulisan tesis bertajuk “Pengajian Selebriti Hijrah Kelas Menengah Muslim (2000-2019): Respons Atas Dakwah Salafi dan Jamaah Tabligh”. Oki menerima anugerah PhD dari Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta jurusan Pengkajian Islam Konsentrasi Komunikasi dan Dakwah pada 2020.
Tahun ini, Oki sekali lagi meraih gelaran doktor falsafah buat kali kedua setelah menyelesaikan pengajian di Institut Perguruan Tinggi Ilmu Al-Quran Jakarta. Beliau telah menjalani sidang melalui kertas kerjanya bertajuk “Pendidikan Moderasi Beragama Dalam Keluarga Berbasis Al-Qur’an” di Perguruan Tinggi Ilmu Al-Qur’an.
Memetik sumber Kompas, Oki Setiana Dewi mengaku hobinya adalah belajar. Malah Oki turut memanjatkan kesyukuran di atas kejayaannya dan menganggap tanggal 1 November 2022 hari yang membahagiakan buat dirinya.
“Hobi saya belajar, dunia kampus, dan suka bertemu guru-guru. Yang penting suami memberi sokongan untuk saya sambung belajar. Kuncinya di sini (suami),” ujar bintang filem Ketika Cinta Bertasbih.
Ketika ditanya bagaimana dia membahagikan masa antara tugas sebagai pelajar, isteri dan ibu kepada empat cahaya mata, menurut Oki ia adalah sesuatu yang sukar dilakukan tetapi dia perlu bijak membahagikan masa untuk perkara-perkara penting dalam hidupnya.
“ Saya tidak nafikan ia memerlukan pengorbanan dan pada waktu yang sama, saya dikelilingi orang-orang yang hebat. Hujung minggu, anak-anak akan berada di rumah Ria Ricis. Jadi saya bebas belajar dari pagi sampai malam. Rumah jadi sunyi ,” kata Oki Setiana Dewi lalu tertawa.
Meraih gelar Doktor kali kedua tidak meletakkan noktah dirinya dalam proses pencarian ilmu. Oki Setiana Dewi merancang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara pula tidak lama lagi.
“Doakan semoga cita-cita saya dipermudahkan untuk mencari ilmu. Semoga ia memberi manfaat bersama, ” ujar Oki lagi.
Untuk rekod, Oki Setiana Dewi melanjutkan pelajaran kedoktoran di jurusan Pengkajian Islam Konsentrasi Komunikasi dan Dakwah di Pascasarjana UIN Syarif Hidayatullah sejak 2016.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wah, nampaknya tahun ini Amelina sibuk menyiapkan tempahan kuih raya! Lebih istimewa, bisnes kuih raya ini diusahakan dengan puteri sulungnya iaitu Puteri Nur ‘Athirah. Dah besar panjang anak dara Amelina. Mahir masak di dapur pula tu, bertuah ibunya.