Wah, rezeki berganda cucu perempuan Tun Dr Mahathir Mohamad tahun ini. Selepas dikhabarkan telah bertunang dengan jejaka pilihan baru-baru ini, cucu kepada Perdana Menteri yang juga anak Dato’ Seri Mukhriz Mahathir ini dilantik sebagai wajah rasmi untuk kempen hari raya Khoon Hooi Gold 2019.

IKLAN

Berbekalkan rupa paras menawan dan susuk tubuh tinggi lampai yang dimiliki Ally Mukhriz… tidak hairanlah graduan Master of Science dari Imperial College Business School, London ini dipilih untuk mewarnai kempen lebaran label mewah berkenaan.

Bakal meniti usia 24 tahun, nama Ally atau nama sebenarnya Meera Alyanna Mukhriz sebelum ini turut pernah menyertai pentas peragaan ketika Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) tahun lalu. Dengan ketinggian dan wajah cantik Ally… dia sememangnya memiliki pakej lengkap untuk menjadi seorang peragawati.

Cantik Cucu Perempuan TUN M, Patutlah Jadi Kempen Wajah Raya KHOON HOOI GOLD!
Wajah manis Ally di majlis pertunangan

Cantik Cucu Perempuan TUN M, Patutlah Jadi Kempen Wajah Raya KHOON HOOI GOLD!Terbaru, nama Ally Mukhriz kembali menjadi carian di Internet selepas berita pertunangan cucu Perdana Menteri ini diketahui umum. Difahamkan lelaki yang berjaya menambat hati puteri kesayangan Dato’ Seri Mukhriz tersebut dikenali sebagai Ezran.

Mengintai koleksi mewah dan eksklusif Khoon Hooi 2019, ia nyata tampak manis dan sempurna digayakan Ally. Selain kelihatan cantik terletak di tubuh langsingnya, rekaan unik Khoon Hooi menyerlahkan lagi pesona wanita ketika bergaya di pagi raya kelak!

Berikut beberapa foto terkini Ally memperagakan himpunan koleksi Khoon Hooi Bespoke Raya 2019!

https://www.instagram.com/p/BwQyP7wg_Vx/

IKLAN

 

Cantik Cucu Perempuan TUN M, Patutlah Jadi Kempen Wajah Raya KHOON HOOI GOLD! Cantik Cucu Perempuan TUN M, Patutlah Jadi Kempen Wajah Raya KHOON HOOI GOLD! Cantik Cucu Perempuan TUN M, Patutlah Jadi Kempen Wajah Raya KHOON HOOI GOLD!

IKLAN

 

 

Kredit: Instagram Ally Mukhriz & Khoon Hooi Gold

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI