Kagum melihat semangat dan jati diri dalam diri Puan Sri Tiara Jacquelina ini yang sentiasa mahu membawa imej tanah air ke persada dunia. Begitu sinonim dengan gelaran Gusti Puteri ketika membintangi watak Puteri Gunung Ledang yang telah mengangkat karya tempatan di mata dunia.

IKLAN
Foto: Instagram @tiarajacquelina

Walaupun sudah 17 tahun filem Puteri Gunung Ledang mencetus fenomena namun ingatan kepada filem ini masih utuh. Rupanya bukan mudah untuk melakonkan watak Gusti Puteri ini, antara pengalaman yang tak boleh dilupakan ialah cabaran berlakon di atas gunung.

“Memang betul, bayangkan sewaktu pukul 4.00 pagi dengan pakaian kemban Gusti Puteri itu yang penuh sarat dengan aksesori, saya pakai hiking boots mendaki Gunung Ledang untuk memastikan sampai di sana sebelum matahari terbit,” cerita Puan Sri Tiara.

Foto: Koleksi Majalah Nona
Foto: Instagram @tiarajacquelina

Figura hebat ini sekali lagi menjadi bualan ramai rentetan karyanya menerusi filem OlaBola yang menyatukan rakyat daripada berbilang kaum. Filem ini memaparkan semangat kesukanan dan sarat dengan elemen kenegaraan ini mencipta fenomena tersendiri.

Ketika ditanya tentang impiannya yang belum tercapai, “Impian saya yang belum tercapai ialah kalau boleh suatu hari nanti nak membawa muzikal terbitan saya menjelajah ke luar negara,” kata Puan Sri Tiara bersungguh-sungguh ketika ditemui di resort mewah miliknya Tiarasa Escape Resort di Janda Baik.

Foto: Instagram @tiarajacquelina
Foto: Instagram @tiarajacquelina

Teruja untuk mencungkil rahsia Puan Sri Tiara kekal cantik dan energetik. “Rahsia saya nampak selalu energetik adalah sentiasa berfikiran positif dan bekerja dengan orang yang positif. Satu lagi saya bekerja dengan golongan muda dan energetik jadi kita pun sama berjangkit dengan energi mereka,” tuturnya tertawa kecil.

Foto: Instagram @tiarajacquelina
Foto: Instagram @tiarajacquelina

Memang tahu Puan Sri Tiara memang seorang wanita yang sentiasa bertenaga tapi macam tak percaya apabila bercerita pernah melakukan sukan ekstrim. “Perkara paling berani yang saya pernah buat ialah melakukan sukan ekstrim bunjee jumping dari jambatan paling tinggi di New Zealand,” tutur wanita yang suka warna merah ini.

IKLAN
Foto: Instagram @tiarajacquelina
Foto: Instagram @tiarajacquelina

Puan Sri Tiara juga merupakan seorang pencinta kucing. Ini boleh dilihat melalui perkongsian Puan Sri Tiara di laman media sosial milik peribadinya. Comel-comel belaka kucing peliharaan Puan Sri Tiara. Selain itu Puan Sri Tiara juga suka suka berkuda.

Foto: Instagram @tiarajacquelina
Foto: Instagram @tiarajacquelina
Foto: Instagram @tiarajacquelina
Foto: Instagram @tiarajacquelina

Bercerita tentang keluarga pula, Puan Sri Tiara jarang sekali berkongsi tentang anak-anaknya. Namun, Puan Sri Tiara tak pernah lupa untuk mengucapkan ulang tahun kelahiran kepada bekas suaminya dan ayah kepada anak sulungnya, pelakon Hani Mohsin.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiara Jacquelina (@tiarajacquelina)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiara Jacquelina (@tiarajacquelina)