Keluarga diraja Jepun adalah sebuah dinasti diraja tertua dunia. Banyak protokol yang perlu dipatuhi oleh kerabat diraja Jepun. Salah satunya puteri Jeun bakal hilang gelaran diraja sekiranya berkahwin dengan rakyat biasa.

IKLAN

Ini berlaku kepada anak saudara Raja Naruhito, Puteri Mako yang bakal berkahwin dengan kekasih hati juga merupakan rakyat biasa. Namun, peraturan ini tidak terpakai kepada putera raja. Putera raja boleh berkahwin dengan gadis biasa sehingga boleh bergelar Maharani Jepun. Maharani Michiko dan Maharani Masako, kedua-duanya rakyat biasa kemudian menjadi Maharani Jepun.

MAHARANI MICHIKO SHODA

Cantik, Keperibadian Tinggi & Lulusan Universiti, 2 Maharani Jepun Ini Merupakan Rakyat Biasa  Maharani Michiko Shoda, 86, adalah seorang wanita bertuah yang berjaya menawan hati Putera Mahkota Jepun ketika itu. Perkahwinan di antara Maharani Michiko yang memegang status wanita kebanyakan dengan Maharaja Akihito, 86 tahun, telah mencipta sejarah dalam instutusi keluarga diraja Jepun.

Ini kerana perkahwinan yang dilangsungkan pada tahun 1959 ini merupakan perkahwinan pertama keluarga diraja Jepun dengan gadis biasa.

Michiko bukan sebarangan gadis kerana dilahirkan dalam keluarga kaya dan berpendidikan tinggi. Sejak kecil, Michiko telah dibentuk menjadi golongan sosialit dan belajar di sekolah Inggeris aliran Kristian. Michiko berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Kesusasteraan Inggeris di University of the Sacred Heart, Tokyo, Jepun.

Selama 60 tahun hidup sebagai keluarga diraja, Michiko pernah menyatakan bukan mudah hidup sebagai Puteri Mahkota dan seterusnya Maharani. Mujur pendidikan yang telah diberi oleh ibu bapanya sangat membantu dalam meneruskan hidup sebagai kerabat diraja.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Putera Mahkota Naruhito, 60; Putera Akishino, 54, dan Puteri Sayako, 50.

IKLAN

Cantik, Keperibadian Tinggi & Lulusan Universiti, 2 Maharani Jepun Ini Merupakan Rakyat Biasa  

MAHARANI MASAKO

IKLAN

Maharani Masako merupakan anak perempuan keluarga diplomat dan mendapat pendidikan tertinggi di Universiti Harvard dan Universiti Oxford. Maharani Masako pula merupakan orang kebanyakan ketiga masuk dalam keluarga diraja Jepun selepas bonda mentuanya, Maharani Michiko dan adik iparnya, Puteri Kiko.

Cantik, Keperibadian Tinggi & Lulusan Universiti, 2 Maharani Jepun Ini Merupakan Rakyat Biasa  
Foto: Instagram @europeanroyalty_

Maharani Masako mempunyai paras yang jelita dan berperwatakan menarik. Ketika memutuskan untuk berkahwin dan seterusnya menjadi ahli keluarga diraja Jepun Maharani Masako terpaksa meninggalkan kerjayanya sebagai Pegawai Diplomatik dan kini sudah pun bergelar seorang Maharani.

Cantik, Keperibadian Tinggi & Lulusan Universiti, 2 Maharani Jepun Ini Merupakan Rakyat Biasa  
Foto: Instagram @princess-masako

Walaupun begitu, ternyata bukan mudah hidup dalam keluarga diraja. Kisah keluarga diraja Jepun ini sentiasa menarik perhatian seluruh dunia lantaran kerana keluarga diraja ini merupakan dinasti diraja tertua memerintah di dunia.

Cantik, Keperibadian Tinggi & Lulusan Universiti, 2 Maharani Jepun Ini Merupakan Rakyat Biasa  
Foto: Instagram @thejapanroyal_

Maharani Masako mengaku bergelut menyesuaikan diri dengan kehidupan terkurung keluarga diraja itu. Beliau juga menerima tekanan hebat memperoleh anak lelaki kerana penggantian takhta Jepun mengecualikan wanita. Tekanan itu hanya semakin hebat selepas melahirkan anak perempuan, Puteri Aiko pada tahun 2001, puteri tunggal pasangan diraja ini sehingga sekarang.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI