12 Ogos lalu genap 39 tahun usia Marian Rivera! Menghampiri usia 40 jelitawan Filipina ini bagaimana pun kelihatan muda remaja dan cantik. Apatah lagi dengan statusnya sebagai ibu, penampilan Marian Rivera Gracia Dantes kekal mempersona.
Pendek kata, persis anak dara. Pandai isteri Dingdong Dantes ini jaga badan!
Bertuah empunya badan dikurniakan pakej lengkap. Patutlah sering menjadi buruan syarikat kosmetik dan kecantikan antarabangsa!
Menyambut hari ulang tahun kelahiran baru-baru ini, media sosial aktres popular dan ibu dua anak berkenaan dibanjiri dengan ucapan hari lahir.
“Feeling the birthday love! Thankful for all the sweet messages, thoughtful gifts, and unforgettable moments shared with loved ones. Here’s to another year of adventures and dreams coming true!”
Lahir pada 12 Ogos 1984 di Madrid, Sepanyol, anak kepada Francisco Javier Gracia Alonso dan Amalia Revera ini bukan calang-calang wanita. Dia memiliki pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari De La Salle University Dasmarinas.
Bapa Marian merupakan warganegara Sepanyol manakala ibunya pula rakyat Filipina. Disebabkan perkahwinan campur tersebut, Marian mampu bertutur dalam tiga bahasa iaitu Sepanyol, Inggeris dan Tagalog.
Bakat Marian juga mula bersinar selepas kejayaan drama Marimar, Dyesebel, Amaya dan Temptation of Wife. Bahkan Marian juga ada bakat menyanyi. Sebelum ini Marian sudah menghasilkan dua album iaitu Marian Rivera Dance Hits dan Retro Crazy.
Beberapa tahun mencipta nama dalam industri seni Filipina, jelitawan ini memutuskan untuk berkahwin dengan aktor kacak Filipina, Dingdong Dantes pada 30 Disember 2014. Mereka timang anak sulung perempuan Maria Letizia pada 23 November 2015.
Empat tahun kemudian, cahaya mata lelaki iaitu Jose Sixto G. Dantes IV lahir pada 16 April 2019.
Selain aktif dengan aktiviti seni, Marian juga sebenarnya pengasas perniagaan bunga bungaan segar Flora Vida by Marian.
Selain perniagaan bunga segar, Marian juga mengeluarkan koleksi fabrik dan dekorasi kediaman rumah serta melancarkan jenama pakaian miliknya sendiri pada Disember tahun lepas.
Sememangnya aura Marian cukup berbisa. Apa sahaja yang dijual mahupun dipromosikan pasti laris di pasaran. Patutlah ramai pengusaha dan syarikat berskala besar berebut-rebut menjadikan jelitawan Filipina ini sebagai duta.
Alicia Schmidt yang pernah digelar atlet terseksi di dunia akhirnya berjaya menembusi ke persaingan semifinal Kejohanan Eropah 2022 di Muchen, Jerman kelmarin. Menyarung nombor badan 400, kejayaan dikecapinya itu merupakan salah satu momen paling istimewa dalam kariernya. Ini dikongsi sendiri oleh Alicia menerusi hantaran di Instagramnya yang dilihat mempunyai 3.2 juta pegikut.
“Tembusi pusingan separuh akhir, itulah matlamat saya. Dan hari ini saya dapat beraksi sekali lagi di hadapan semua penonton tuan rumah. Hari ini benar-benar salah satu momen paling spesial untuk saya,” tulis Schmidt.
Alica yang berumur 23 tahun ternyata bangga dapat mewakili Jerman dalam acara larian 400 meter (m) selepas gagal memberikan aksi terbaik di Kejohanan Dunia di Eugene, Oregon baru-baru ini.
Bagi yang tidak mengenali Alicia Schmidt, ini adalah antara beberapa fakta menarik tentang atlet jelita ini.
Pada tahun 2017, Alica Schmidt pernah diberi gelaran sebagai gelaran atlet paling seksi di dunia oleh majalah Australia Busted Coverage.
Berasal dari Jerman dan lahir di Berlin pada tahun 1998, Alicia mula mendapat perhatian selepas terlibat dalam acara larian gantian di Tokyo 2020 dalam pertandingan lari 4 x 400 meter dan campuran 4 x 400 meter.
Alica Schmidt mengemari sukan larian sejak usia kecil lagi. Keupayaannya menarik perhatian Thomas Kremer, pelatih sprint profesional yang menyuruh ibu bapanya mendaftarkan Alica dalam kejohanan larian. Pada usia 7, Alicia sudah mula menyertai pelbagai pertandingan larian.
Alica Schmidt pernah ditawarkan untuk menghiasi sampul depan majalah Playboy, namun dia menolak kerana fokusnya adalah dalam bidang sukan dan larian.
Dek kejelitaan dan keanggunannya, Alicia pernah tampil berjalan sebagai model di pertunjukan fesyen HUGO BOSS di Milan Fashion Week Spring/Summer 2022.
6. Sudah berpunya. Alicia dikhabarkan sudah mempunyai teman lelaki yang bernama Fredi Richter.
Sepetang bersama penghibur terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang di Kuala Lumpur, banyak petua dan amalan kesihatan beliau yang dapat dikongsikan. Bayangkan pada usia lebih separuh abad, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Kasih’ ini masih cergas, malah kekal cantik dan energetik!
Dari amalan pantang lepas bersalin hinggalah jamu rebusan sirih yang diminum, wanita periang yang mesra disapa Bunda ini tidak lokek berbahagi pengetahuan.
Dilahirkan pada 6 Ogos 1957, usia Bunda juga hampir sebaya dengan usia kemerdekaan Malaysia, sekaligus menjadikan beliau seorang legenda seni dunia.
Ketika diajak bersembang, Bunda Hetty nyata seorang yang versatil, merendah diri, keibuan dan kelakar dalam satu masa. Tiada istilah sombong dalam tutur katanya.
Kenangan terindah penulis bersama Bunda Hetty
******************************
Selain jaga diet dan pemakanan sihat, warga emas kena amalkan gaya hidup yang aktif serta selalu berpeluh. Tak payah susah nak keluar rumah, guna je treadmill hebat ni (klik sini) di balkoni sambil hirup angin nyaman. Followers Nona boleh guna kod promo khas iaitu NONGSP5. Barulah muda luaran dan dalaman!
******************************
Bahkan kesempatan berdampingan dengan penyanyi hebat itu, sempat jugalah penulis menatap raut wajahnya dari dekat. MasyaAllah, halus sungguh kulit wajah Bunda, persis anak dara.
Paling menarik, bila ‘diintai’ isi minuman teh kesukaannya. Ada kulit kayu manis!
“Kadang-kadang Bunda suka letak hirisan lemon juga. Memang baik untuk tubuh badan kita.” Hetty Koes Endang
Nak tahu lebih banyak petua kecantikan sambil bersembang tentang hubungan akrab beliau dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza? Jom tonton video Lensa Nona di bawah…
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepetang di Genting Highlands memenuhi undangan majlis baby shower Elisya Sandha, para tetamu dihiburkan celoteh santai Maria Tunku Sabri. Riuh-rendah dibuatnya, ada pula ‘game show’ penuh jenaka dan usik-mengusik bagi menambah kebahagiaan seisi keluarga.
Bertemakan putih dan lilac, pemilihan Maria sebagai pengacara majlis jelas disenangi ramai. Sebagai seorang ibu dan sahabat baik Sheila Rusly, beliau bijak mengendalikan acara ‘gender reveal’ itu agar lebih meriah.
Memang terasa aura pengacara hebat, maklumlah 30 tahun pengalaman sebagai pengacara popular! Berdebar-debar juga masa pasangan parent-to-be, Elisya Sandha dan Uzair Haqimy nak dedahkan jantina bayi, pandai Maria Tunku Sabri buat saspens masa di atas pentas!
Kesempatan berbual dengan Maria tidak dipersiakan. Paling menarik, bayangkan rupa paras bekas pramugari Malaysia Airlines itu tetap cantik dan muda remaja meskipun sudah mencecah 51 tahun. Apa rahsia awet muda yang diamalkan?
Jom tonton video temu bual eksklusif Majalah Nona dan Maria Tunku Sabri ni…
Kini Maria Tunku Sabri yang masih berkhidmat di Media Prima senang bekerja di belakang tabir sambil menjadi pengacara sambilan. Beliau juga aktif di media sosial, antaranya berkongsi resipi masakan kegemarannya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!