Kuch Kuch Hota Hai antara filem blockbuster Bollywood yang cukup dekat di hati para penonton Malaysia. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, sampai sekarang pun masih ramai yang mengingati plot cerita dan skrip filem tersebut.
Diterbitkan sekitar tahun 1998, filem yang menampilkan pelakon berbakat India seperti Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee ini… antara lain yang turut berjaya melonjakkan nama barisan pelakon lain. Salah seorang daripadanya ialah pelakon cilik yang melakonkan watak sebagai Anjali iaitu akan kepada Shah Rukh Khan atau nama sebenarnya Sana Saeed!
21 tahun telah berlalu… pasti ramai peminat filem lagenda ini tertanya-tanya wajah terkini pelakon cilik tersebut. Daripada figura kanak-kanak comel yang begitu menghiburkan, kini ‘Anjali’ berubah menjadi wanita matang dan seksi. Dilahirkan pada 22 September 1988, Sana tidak hanya aktif dalam dunia lakonan bahkan turut terlibat dalam bidang pengacaraan dan peragaan.
Ads
Difahamkan Sana mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan perdagangan dan menetap di Mumbai, India. Kerjaya seni Sana bermula ketika dia baru berusia 8 tahun dalam filem Kuch Kuch Hota Hai sebelum dia kemudian membintangi filem komedi romantik School of the Year yang memainkan watak dewasa pada tahun 2012. Selain filem Kuch Kuch Hota Hai, Sana turut pernah berlakon dalam filem Badal dan Har Dil Jo Pyar Karega.
Ads
Pada tahun 2013, wanita yang bakal berusia 32 tahun ini mengacarakan MTV Splitsvilla Sexy Sana show. Dari awal pembabitan Sana dalam dunia lakonan, dia tidak pernah mendapat restu daripada bapa tersayang. Namun, ibunya sentiasa di sisi dan menyokong kerjaya seni Sana.
Ads
Memetik kenyataan Sana dalam Times of India, “Ibu saya adalah orang pertama yang membawa saya ke dunia lakonan dan dia juga sentiasa ada bersama saya. Bapa pula tidak pernah menyokong keputusan saya untuk menjadi seorang pelakon.”
Bersandarkan bakat dan kecantikan yang dimiliki, Sana turut pernah menerima tawaran dan menandatangani kontrak sebagai model peragaan dengan Benchmark Models.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja nama Datin Sofia Jane pasti ramai yang membayangkan wajah cantiknya. Lali dengan pujian ramai mengenai kecantikan yang dimiliki, empunya diri bagaimana pun enggan ‘hanyut’ dan merasakan perubahan wajahnya berlaku seiring pertambahan usia.
Dilahirkan pada 14 Februari 1972 dan memasuki usia separuh abad, tidak dinafikan kejelitaan pelakon kacukan Melayu-Inggeris ini tidak banyak berubah. Tidak merasakan dirinya masih menawan seperti yang diperkata peminat, Datin Sofia menolak perkara tersebut memandangkan dia bukan lagi muda.
Bagaimanapun ibu empat anak ini bersyukur atas kurniaan yang dianugerahkan ilahi. Memetik kenyataannya kepada Kosmo! berkaitan petua kecantikan, ini jawapan jujur Datin Sofia.
“Saya sebenarnya tidak suka menjawab soalan begini walaupun menerima banyak pertanyaan tentangnya dalam Twitter.
Sebab apa yang bagus pada saya tidak semestinya baik juga untuk orang lain. Saya sudah pun berusia 50 tahun dan anda pula 25 tahun. Bagaimana saya mahu berkongsi rahsia jika tidak sesuai dengan anda?”
Dedah aktres yang membintangi filem ‘Perempuan, Isteri Dan …’, dan Cinta Kita ini, “Saya pengamal sayur-sayuran. Saya sudah menjadi vegetarian sejak tujuh tahun lalu. Selain itu saya hanya amalkan perkara asas yang dilakukan seperti orang lain iaitu bersenam dan minum air putih dengan banyak.
Siapa kata saya muda? Kulit saya sudah ada garis-garis kedutan halus. Tapi saya sangat menyukainya. Saya tidak akan kembali pada usia 25 tahun. Hakikatnya saya sudah berusia 50 tahun.
Saranan terbaik saya, jaga pemakanan dan jalani kehidupan yang sihat dan aktif. Paling penting jangan lupa untuk senyum dengan orang di sekeliling kita.”
Datin Sofia Jane menceburi dunia seni tidak hanya bersandarkan wajah semata-mata. Sebaliknya dia memiliki bakat besar dalam industri dan pernah merangkul anugerah Artis Paling Popular 1993.
Lebih 10 tahun ‘sepi’ daripada industri, dia tidak menolak untuk kembali aktif sebagai pelakon jika ada tawaran yang sesuai.
Datin Sofia Jane mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Datuk Meor Zain Azman pada 9 September 1995. Sepanjang 27 tahun berkahwin, pasangan ini dikurniakan empat cahaya matai aitu Arissa, Imran, Khadijah dan Soraya.
Pejam celik rupanya sudah 27 tahun Datin Sofea Jane berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Meor Zain Azman. Pasangan sama cantik sama padan ini berkahwin pada 9 September 1995 dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata, Arissa, Imran, Khadijah dan Soraya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama pelakon jelita, Almy Nadia yang juga isteri kepada aktor, Fizz Fairuz sering menjadi sorotan, berikutan ramai yang terkejut melihat perubahan fizikal yang dialaminya hingga warganet mencadangkan agar dia melakukan pembedahan Bariatrik sebelum terlambat.
Terdahulu, ketika menjadi tetamu dalam sebuah program yang membincangkan berkenaan tabungan dan masa depan anak-anak. Almy berkongsikan tip bagaimana dia mendidik anak-anak untuk berjimat dan menabung.
Namun, lain pula yang menjadi sorotan dan perhatian netizen, apabila kulit wajah Almy kelihatan begitu mulus dan ‘glowing’, meskipun sudah menginjak usia 40 tahun.
Netizen Tertanya Apa ‘Rahsia’ Kulit Almy Begitu Glowing?
Perkara berkenaan tular dilaman Tik Tok apabila video berdurasi minit itu dimuatnaik menerusi akaun @bintangkecilmy, meski bertubuh gempal, namun ramai yang memuji bahawa Almy kelihatan comel dan pandai dia jaga kulit muka!
Malah, ramai yang memuji Almy dilihat yang tetap menjaga penampilan dan menitikberatkan penjagaan kulitnya sehingga kelihatan begitu sihat, sekaligus membuatkan netizen terpukau melihatnya.
Selain itu, ramai yang bertanyakan apakah ‘rahsia’ ataupun amalan yang dilakukan Almy hingga mempunyai kulit wajah yang begitu bersih, sihat berseri dan tampak remaja dari usianya.
Netizen Kagum Lihat Kemulusan Kulit Almy!
Susulan itu NONA sempat menjengah ke ruangan komen dan mendapati rata-rata wargamaya mengagumi cara Almy menjaga kulit wajahnya. Bahkan, ada yang mendoakan agar urusannya sentiasa dipermudahkan.
Berikut merupakan beberapa komen yang itinggalkan warganet yang berjaya mencuri perhatian NONA.
“Penah terserempak depan-depan masa dia baru beranak satu.. Memang cantik gila kulit dia. Flawless licin. Satu lagi cantik Erin Malik. Tapi Almy ni memang cantik kulit dia,” Tulis warganet.
“Comeynye… Glowing sugguh! Saya cemburu sangat,” kata netizen
“Glowingnya muka Almy😍,” ujar wargamaya.
Sekadar info, Almy telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga merupakan seorang aktor, Fizz Fairuz pada tahun 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Peningkatan usia akan mempengaruhi perubahan hormon dan menjadikan kulit semakin tidak anjal. Peningkatan usia juga akan menyebabkan kedut mula hinggap di ekor mata, garisan senyum dan dahi. Tetapi, percaya atau tidak penuaan itu boleh diperlambatkan.
11 selebriti ini yang ada di anataranya mula popular sejak tahun 80-an berjaya mengekalkan kejelitaan mereka. Yang paling dicemburui apabila bentuk badan juga tidak banyak berubah. Agak-agaknya apa petua yang mereka amalakan. Bila ditanya ramai yang menjawab petua kecantikan adalah minum air putih dengan banyak dan sentiasa berfikiran positif.
Di antara mereka yang masih kekal cantik adalah;
ERRA FAZIRA, 45 TAHUN
Erra Fazira atau nama penuhnya Fazira binti Wan Chek lahir pada 9 Februari 1974. Merupakan seorang model, pelakon, penyanyi, pengacara dan bekas ratu cantik Malaysia. Erra telah muncul dalam beberapa buah filem terkenal termasuk Gerak Khas The Movie, Janji Diana, KL Menjerit 1 dan Cuci. Menerusi dua buah filem, Soal Hati dan Hingga Hujung Nyawa Erra telah diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia. Di dalam kerjaya muziknya, Erra telah menerbitkan sebanyak 7 album.
DATIN CAMELIA – 45 TAHUN
Datin Camelia atau nama sebenarnya Dayang Nur Camelia Abang Khalid merupakan seorang penyanyi yang pernah aktif. Namun kelibat wanita ini sentiasa mencuri pandangan. Dilahirkan pada 20 Jun 1974 di Kuching, Sarawak. Selain menyanyi, Camelia juga merupakan seorang model dan pengacara TV.
ROZITA CHE WAN – 46 TAHUN
Rozita Che Wan atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar lahir pada 9 Mac 1973. Selain terkenal dengan dunia lakonan, beliau juga merupakan antara selebriti wanita yang cukup panas di media sosial dan sering mendapat perhatian umum. Mendirikan rumah tangga dengan pelakon komedi yang popular dengan sitkom “Oh My English!”, Zain Saidin.
DATIN SERI UMIE AIDA – 46 TAHUN
Datin Seri Umie Aida atau nama sebenarnya Umi Khalsum binti Rahmad Ali dilahirkan 18 Januari 1973. Umie Aida ialah adik kepada aktres dan pengarah tersohor Erma Fatima. Seorang lagi adiknya, Betty Rahmad juga pernah menceburi bidang lakonan. Ketika berusia 20 tahun, Umie mengambil anak angkat lelaki bernama mohd Daniel Firdaus (lahir 1993) & Mohd Dzulhelmy (lahir 1994) setahun kemudian.
AMY MASTURA – 48 TAHUN
Amy Mastura Suhaimi, lahir pada 10 Mei 1971. Mula bergiat aktif dalam bidang muzik setelah menjuarai Asia Bagus pada 1993 di Jepun dan seterusnya melancarkan album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album pada 1994 di bawah syarikat rakaman Pony Canyon di mana beliau kekal bersama syarikat rakaman itu sehingga 1999.
DATIN MARIA FARIDA – 49 TAHUN
Datin Maria Farida atau nama sebenarnya Maria Farida Atienza. Datin Maria dilahirkan pada 30 Julai 1970. Masih berlakon sehingga sekarang dan di antara filem lakonannya adalah My Spy, Mamak Cupcake dan Anak Mami Nasi Kandaq. Datin Maria juga sehingga kini menjadi buruan produk kosmetik untuk diperagakan.
ZIANA ZAIN – 51 TAHUN
Ziana Zain atau nama sebenarnya Siti Roziana binti Zain lahir pada 2 Mei 1968. Kini, setelah hampir 20 tahun berlayar di industri seni, keunggulan Ziana di pentas antarabangsa terserlah apabila beliau berjaya meraih gelaran utama Voice of Asia yang diadakan di Kazakhstan pada tahun 1995. Baru sahaja bercerai setalh mendirikan rumah tangga selama 20 tahun.
RAJA EMA – 51 TAHUN
Raja Ema atau nama penuhnya Raja Ema binti Raja Ibrahim lahir pada 26 November 1968. Raja Ema juga merupaka artis pertama Malaysia yang mempunyai klip video iaitu untuk lagu Di Pertemuan Ini. Penggambaran untuk klip lagu tersebut dibuat di beberapa jalan raya di Kuala Lumpur. Dalam umur 16 tahun Raja Ema telah mampu untuk membeli sebuah kereta Mazda hasil jualan album pertama yang melebihi 100,000 unit dan pertunjukkan pentas dan sebagainya.
ELLA – 53 TAHUN
Ella atau nama penuhnya Nor Zila binti Haji Aminuddin dilahirkan pada 31 Julai 1966. Antara konsert yang telah dijayakan oleh Ella ialah Konsert Kotaraya, Konsert Seni Dan Suara dan Konsert Rock Salem. Pada 1990, Ella telah menghasilkan album solo keduanya, Puteri Kota yang telah mengetengahkan dua Single popular iaitu Tiada Tangis Lagi dan Puteri Kota. Dua lagu yang menjadi Single daripada album tersebut telah dijadikan lagu yang dipilih untuk dinyanyikan Ella menerusi filem pertama Ella, Bayangan Maut.
DATUK SHEILA MAJID – 54 TAHUN
Datuk Sheila Majid atau nama sebenarnya Shaheila binti Abdul Majid dilahirkan pada 3 Januari 1965. Muzik merupakan sebahagian daripada kehidupan beliau dan keluarganya ketika semasa membesar. Menyanyi adalah bermula sebagai satu hobi oleh beliau. Mula belajar bermain piano ketika berusia empat tahun dan menyinar bersama bakatnya secara kebetulan iaitu ketika menyanyi di majlis salah seorang rakan ketika berusia 17 tahun.
DATIN MARIA ARSHAD – 61 TAHUN
Datin Maria Arshad atau nama sebenarnya Kamariah Arshad mula popular sebagai pelakon era 80an. Walaupun sudah lama tidak bergiat aktif dalam dunia lakonan tetapi namanya masih menjadi sebutan. Ditambah pula pada usia 61 tahun Datin Maria masih mengekalkan kejelitaannya dan mempunyai bentuk tubuh yang dicemburui oleh setiap wanita.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!