Jumaat lalu, seluruh rakyat Malaysia meluahkan rasa bimbang apabila mendapat perkhabaran dari Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Samsudin bahawa tujuh petugas Istana Negara telah disahkan positif Covid-19. Pastinya perkara pertama yang terlintas di fikiran waktu itu adalah keselamatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
(KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah
Iskandariah.
Lebih membimbangkan apabila Tunku Azizah turut berkongsi perkhabaran tersebut di laman media sosial milik baginda.”Saya memohon kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan ugama, doakanlah saya sekeluarga selamat. Kami self quarantine dalam bilik masing-masing dan tidak bertemu sama sendiri,” titahnya sebaik mengetahui situasi berkenaan.
Tidak lama kemudian, baginda sekali lagi berkongsi keadaan yang sedang berlaku di Istana Negara ketika itu. “Ampun Tuanku, the team from Jabatan Bomba and Jabatan Kesihatan are already here. We will transport all of our staffs to the hotel that they’re supposed to be quarantined as soon as possible. The procedures that they will go through are as follows. All of them will have to change their clothes to the clothes given by Jabatan Kesihatan; each one will have to go through disinfection process before they board the bus. Their belongings will also go through disinfection process; and we will seperate our staffs to 3 groups.
This group will determine which bus they have to go in. First group is those who have been tested negative. Second group is those who haven’t received the swab test results and third group will be those who already have symptoms such as cough,flu or fever. Ampun Tuanku. Setakat ini sudah 9 orang positive, di istana hanya tinggal saya sekeluarga bersama 3 pembantu. Tiada siapa dibenarkan keluar bilik, no visitors. Ya Allah selamatkan Malaysia. I was in close contact with all 9 of them, please pray for us! Kepada Allah berserah.”
Beberapa hari sebelum kejadian itu berlaku, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan memberikan sumbangan makanan yang dimasak sendiri untuk para petugas perubatan termasuk di Hospital Sungai Buloh, CPRC, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan juga Pusat Perubatan Universiti Malaya. Keprihatinan baginda membantu frontliners Covid-19 mendapat perhatian meluas dan disenangi rakyat.
Ads
Sejak itu ramai rakyat yang mula menyedari bakat memasak Tunku Azizah. Hakikatnya, selain berbakat dalam masakan Raja Permaisuri Agong juga berbakat dalam seni mengait. Malah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula berkuatkuasa pada 18 Mac lepas, Tunku Azizah ada berkongsi minat baginda terhadap seni berkenaan.
Ads
Ads
Meskipun terpaksa menjalani tempoh kuarantin tetapi ia sedikit pun tidak menghalang baginda melakukan aktiviti kegemaran. Menariknya, Tunku Azizah hanya belajar mengait hanya menerusi video di YouTube! Daripada apa yang dikongsikan di Instagram Air Tangan Tunku Azizah, baginda sedang berusaha menyiapkan ‘baby blanket’ daripada 16 warna benang khas buat cucu baginda.
Tidak dinafikan, hasil seni Tunku Azizah cukup teliti, kemas dan cantik. Sambil menyatakan #roomarrestcorona, “Onto my day 2 challenge. This is a real challenge for a beginner. Thank god for YouTube.”
Memasuki kuarantin hari ketiga hari ini, Tunku Azizah turut melahirkan rasa rindu terhadap putera, puteri dan cucu tersayang. Nona mendoakan agar KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sentiasa berada dalam keadaan baik dan dilindungi Allah SWT sepanjang tempoh kuarantin berakhir pada 9 April nanti.
Foto: Instagram Air Tangan Tunku Azizah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cantiknya Nadiah Ramli! Selepas setahun bergelar tunangan orang, akhirnya anak perempuan Datuk Ramli MS ini selamat melangsungkan pernikahan pada 21 Februari lepas. Biarpun majlis pernikahan terpaksa diadakan secara sederhana memandangkan situasi Covid-19 ketika ini namun tetap meriah. Apatah lagi apabila ahli keluarga terdekat turut menjadi saksi hari bersejarah Nadiah dan suami tercinta, Taufiq Nadzri. Alhamdulillah, tahniah!
Menerusi perkongsian Nadiah di Instagram, perkenalan di antara mereka mula berputik pada hujung tahun 2017 ketika Nadiah mengambil khidmat Taufiq sebagai jurugambar profesional. Alahai, inilah namanya ‘Kalau dah jodoh takkan ke mana!’
Berdasarkan gambar-gambar di majlis ijab kabul Nadiah dan Taufiq, jelas kelihatan wajah syukur dan gembira kedua-dua mempelai ini. Tampil sedondon dalam persalinan tradisi rona putih, Taufiq kelihatan segak berbaju melayu sementara Nadiah pula anggun dalam busana indah ilham pereka Syafieq Ayman.
Malah, solekan magis Ady Razak ketika majlis pernikahan ini berjaya menaikkan seri pengantin Nadiah! Memang tak puas mata memandang.
Ternyata, Nadiah mewarisi kecantikan ibu tersayang yang memiliki darah keturunan Cina, Australia dan Irish.
Wajah kegembiraan juga jelas terpancar pada wajah pemuzik terkenal, Datuk Ramli MS. Sebagai bapa kepada Nadiah, pastinya ia momen bermakna buat beliau apabila berpeluang menyempurnakan tanggungjawab untuk urusan pernikahan anak tersayang.
Selain Datuk Ramli MS, kelibat Datin Alyah yang bersama-sama menyerikan majlis ini turut mencuri tumpuan. Begitu juga ibu kandung Nadiah yang merupakan penggiat seni terkenal tanah air, Jennifer Thompson di samping abang Nadiah, Najee Ramli. Keempat-empat mereka dilihat mengenakan persalinan sedondon berwarna kuning.
Credit @ihsansinsun
Ujar Datin Alyah di laman Instagram miliknya, “Tahniah Nadiah Ramli dan Taufiq. Semoga rumah tangga yang dibina berbahagia hingga syurga Allah SWT. Thank you so much Jenn Thompson. Seronok sebab dapat join sama-sama buat persiapan ringkas tapi bermakna. Tahniah juga sebab dapat menantu. Alhamdulillah. Buat Najee Ramli juga tahniah dapat adik ipar. Lepas ni tunggu Najee pula. Terima kasih Datuk Ramli MS untuk pengalaman yang cukup mahal dan bermakna hari ini. Thank you Allah.”
Memandangkan ibu bapa Nadiah bergerak aktif dalam industri muzik, dia dan abangnya turut mengikut jejak langkah kedua-dua ibu bapa mereka dalam arena sama.
Nadiah misalnya kini bertugas di Universal Muzik. Sebelum ini, Nadiah mengikat tali pertunangan bersama Taufiq pada Februari 2020. Semoga rumah tangga yang dibina terus bahagia hingga ke syurga!
Kredit foto: Instagram Nadiah Ramli, Jennifer Thompson & Datin Alyah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Makin berseri-seri! Pendedahan personaliti TV cantik manis, Daphne Iking mengenai penampilan terkininya nyata mendapat reaksi positif daripada peminat. Terbuka berkongsi kisah penghijrahan kepada umum, difahamkan Daphne sudah mula mengenakan kerudung kepala sejak Oktober tahun lalu. Alhamdulillah.
Mengulas detik awal memakai hijab, Daphne atau nama sebenarnya Dahlia Daphne Eleanor Mozes Iking memberitahu hingga ke hari ini dia berasa kekok untuk keluar rumah tanpa tudung walaupun masih belum sempurna memakai hijab.
“Seminggu selepas bertudung menggunakan ‘diving cap’ atau topi selam, saya pergi berenang dan berbikini. Ketika itu, saya rasa seperti berbogel.
Seganlah, sudah berumur nak pakai seperti Halle Berry. Jadi, saya memakai baju menyelam lalu perlahan-lahan beritahu suami yang saya mahu menjual semua baju seksi.
Proses ini yang membuatkan saya teruskan bertudung sehingga Ramadan kerana apabila buka tudung, jadi janggal. Sekarang ini, saya rasa seperti berbogel jika keluar rumah tanpa mengenakan tudung.”
Ujar Daphne, pada mulanya dia bertudung kerana mahu menutup rambut yang kian beruban. Namun, ibu kepada empat anak ini tidak menyangka dari detik itu dia perlahan-lahan merasai ‘kemanisan’ berhijab dan terbuka hati untuk mengekalkan penampilan berkenaan.
“Bapa saya meninggal dunia akibat kanser. Sejak itu, saya banyak terbabit dengan program kesedaran mengenai kanser. Jadi saya berniat untuk mendermakan rambut saya kepada organisasi kebajikan kanser.
Syarat untuk menderma rambut pula saya tidak boleh melakukan sebarang rawatan membabitkan bahan kimia selama enam bulan. Dalam tempoh itu, uban pula semakin jelas kelihatan dan apabila keluar rumah, seboleh-bolehnya saya cuba tutup.”
Apa-apa pun, figura ini bersyukur kerana suami tercinta, Azmi Abdul Rahman sangat menyokong penghijrahannya dan Daphne memohon doa daripada peminat agar dia dapat terus istiqamah menuju ke arah kebaikan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, usia perkahwinan vokalis kumpulan Seventeen, Ifan dan isterinya, Citra Monica memasuki angka dua tahun. Seperti pasangan suami isteri yang lain, baik Ifan mahupun Citra mengharapkan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga mereka.
Namun mungkin belum ada rezeki untuk disahkan hamil secara semulajadi, Ifan dan isterinya sepakat memilih untuk melakukan kaedah persenyawaan in vitro atau In Vitro fertility untuk mendapatkan zuriat.
Memetik laporan Kapan Lagi, ia merupakan kali kedua Citra Monica menjalani kaedah IVF. Kali pertama pasangan ini melakukan teknik IVF tidak memberikan kesan yang positif. Namun keduanya tidak berputus asa dan mengambil keputusan untuk sekali lagi mencuba proses tersebut.
Baik Ifan mahupun Citra pernah melalui proses pemeriksaan untuk memastikan keadaan kesihatan mereka pada tahap terbaik untuk menimang cahaya mata. Ifan menyangkal dakwaan dia dan isterinya mempunyai masalah kesihatan untuk mendapatkan zuriat.
Namun perlu diambil perhatian apabila wanita semakin meningkat usia, kemungkinan untuk hamil juga menjadi semakin tinggi apatah lagi Citra Monica kini sudah mencecah usia 37 tahun.
Untuk rekod, Citra Monica dan Ifan masing-masing memiliki seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu. Kedua-duanya kini sudah meningkat remaja dikenali sebagai Rania dan Ricci.
Rania Ifan berusia 14 tahun dan menuntut di Pesantren Tahfidz Qur’an di daerah Malang, Jawa Timur. Manakala Ricci, merupakan anak Citra Monica yang kini sudah berusia 18 tahun.
Bercerita mengenai proses IVF, Ifan memaklumkan bahawa selepas ini Citra Monica akan menjalani proses pengeluaran telur dan persenyawaan.
“InsyaAllah jika tiada ada halangan, bulan depan sel telur ibu dan sperma bapa akan disatukan. Doakan semoga ada rezeki kali ini,” ujar Ifan yang kagum dengan pengorbanan si isteri untuk memperolehi zuriat sebagai buah cinta mereka berdua.
Ifan dan Citra Monica mendirikan rumahtangga pada 29 Mei 2021. Terdahulu Ifan atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah kehilangan isterinya, Dylan Sahara dalam sebuah tragedi tsunami yang berlaku di Tanjung Lesung, Indonesia pada 24 Disember 2018.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki aktres Hollywood ini pada usia 62 tahun, Demi Moore muncul sebagai wanita tertua dinobatkan gelaran 'Orang Tercantik Di Dunia' oleh Majalah People.