Musim perayaan Aidiladha ini, tentu sekali stok daging korban yang diagih-agihkan akan melimpah ruah. Nak dimasak sekaligus tentu tak akan habis. Jadi simpan siap-siap cara penyimpanan ni bagi mengelakkan pembaziran.
(a) Jangan Basuh
Sebelum disimpan, daging tidak perlu dibasuh kerana jika dibasuh guna air paip, kuman boleh masuk dan tinggal dalam pori-pori daging. Basuh daging bila kita mahu masak daging tersebut.
Simpan daging dalam peti sejuk beku
(b) Simpan Dalam Ukuran Kecil
Jika dapat daging yang banyak, jangan simpan 2 – 4 kg daging ketul besar sekaligus. Cara yang betul, potong daging berukuran lebih kecil dan simpan di dalam plastik lebih kurang 1/2 kg atau 1 kg seplastik.
Ads
Jika mahu masak, ambil satu plastik atau jumlah kilogram yang hendak dimasak saja. Dengan cara ini, daging dalam peti sejuk beku boleh tahan lebih satu tahun.
(c) Jangan Terus Dibekukan
Sebelum simpan di freezer, simpan daging dalam peti sejuk selama 4-5 jam. Setelah sejuk baru masuk ke dalam freezer.
Ads
(d) Cara Menyahbeku
Ads
Jika mahu masak daging beku, jangan cairkan ais pada daging beku menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di dalam air biasa (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik).
Setelah daging sudah dinyahbeku, buka plastik, basuh daging hingga bersih dan potong lalu siap dimasak.
(e) Tip Tambahan
Jangan guna plastik hitam kerana ia adalah hasil kitar semula iaitu mengandungi cadmium yang merangsang kepada sel kanser. Pakailah plastik putih atau plastik jernih untuk membungkus daging. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Starbucks Malaysia bekerjasama sekali lagi dengan Dato’ Fazley Yaakob untuk memperkenalkan menu baharu yang dipilih merangkumi elemen klasik digemari ramai dan street food kegemaran yang terkenal. Menu baharu ini telah dilancarkan secara rasmi pada 29 Ogos 2022 dan bakal dilancarkan di negeri-negeri Timur pada akhir tahun ini.
Menu edisi terhad menawarkan pelbagai ciptaan inovatif diilhamkan daripada tradisi makanan yang sentiasa dekat di hati Chef Dato’ Fazley, menggabungkan bahan-bahan berkualiti tinggi dan sentuhan elemen barat.
“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Dato’ Fazley sekali lagi membawa menu yang benar-benar unik ke jenama kami. Menu baharu yang mencerminkan keselesaan dan khasiat makanan tradisi yang kita membesar bersama,” kata Dato’ Sydney Quays, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Food Berhad dan pengarah urusan Starbucks Malaysia & Brunei.
“Hidangan dalam menu baharu ini benar-benar menggambarkan suasana tempat kami di sini, sebagai jenama yang sangat digemari rakyat Malaysia, terutamanya menjelang Hari Malaysia akan datang. Ia bukan sahaja meraikan perpaduan, tetapi juga meraikan pelbagai budaya dan tradisi Malaysia.
Antara menu yang diperkenalkan termasuklah Pau Sambal Malaysia. Pau Sambal sentiasa menjadi hidangan Malaysia yang unik. Di Starbucks, hidangan tradisional ini telah diimaginasikan semula dengan donut istimewa yang diisi dengan sambal cili, telur, timun dan ikan bilis goreng.
Menu kedua pula ialah Croissant Roti John. Street food yang popular kini boleh didapati di Starbucks dengan sentuhan Perancis! Menampilkan roti croissant istimewa, ia dibakar dengan ayam berempah, telur dadar dan coleslaw segar.
Brioche Murtabak Ayam pula menampilkan keranggupan di tepi tetapi berisi di tengalipatan daging lazat yang sering ditemui di gerai penjaja jalanan di seluruh Malaysia telah sampai ke Starbucks. Lempeng persegi tradisional ini diisi dengan isi kari ayam dan herba serta rempah (rempah empat Malaysia).
Ayam Percik Linguine merupakan makanan ikon Bazar Ramadan di seluruh Malaysia akan membuat kemunculannya di Starbucks, tetapi kali ini dalam bentuk hidangan pasta Itali. Ayam yang diperap, dihiris dan diletakkan di atas linguine yang baru ditos dengan sos manis dan pedas yang lazat.
Manakala Kuih Bakar Cheesecake, yang menampilkan gabungan kuih bakar dan kek keju yang menambat rasa. Di Starbucks, kek berperisa pandan bertekstur seperti kastard diimaginasikan semula sebagai kek keju, mengekalkan teksturnya yang kaya, lembut dan telur dengan rasa cheesy.
Selain daripada memberi pengalaman kopi yang luar biasa, Starbucks sentiasa menghubungkan manusia dan penjenamaan, penglibatan komuniti dan meraikan budaya. Di mana sahaja Starbucks berada di dunia, kami sentiasa komited untuk menghormati warna-warni budaya yang diraikandi sesebuah negara.
.Mencipta menu pilihan istimewa dengan bakat tempatan, seperti Chef Dato’ Fazley Yaakob, menyerlahkan lagi sokongan berterusan Starbucks Malaysia untuk meningkatkan perniagaan dan jenama tempatan serta berkongsi dengan komuniti di setiap outlet.
Hidangan lazat daripada Starbucks dan Dato’ Fazley berharga bermula RM11.90 dan kini boleh didapati di semua kedai Starbucks di Semenanjung Malaysia dengan pelancaran ke Malaysia Timur akhir tahun ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sunway Hotels & Resorts baru-baru ini memperkenalkan menu ala carte Signature Dishes yang mengetengahkan tujuh menu kegemaran serta menu pilihan yang disediakan oleh Ketua Chef di Sunway Hotels & Resorts Malaysia, Cambodia dan Vietnam.
Menu-menu ini boleh didapati setiap hari dari jam 11 pagi hingga 11 malam di The Resort Café, Sunway Resort Hotel & Spa, Café West di Sunway Clio Hotel, Coffee House di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur, Sun Café di Sunway Hotel Georgetown dan Sunway Hotel Seberang Jaya. Lebih istimewa, ia juga boleh dinikmati di The Restaurant, Sunway Hotel Hanoi dan Sun Café di Sunway Hotel Phnom Penh.
Pada sesi bersama media baru-baru ini yang diadakan di Sunway Hotels & Resorts, wakil media diberi peluang menikmati hidangan signature dishes antaranya termasuklah Nasi Ayam, yang disediakan oleh Cef Eksekutif Peter Lee. Hidangan kegemaran masyarakat Cina ini mengetengahkan gaya hidangan autentik yang sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Sous Chef Logaraj Danaraj dari Sunway Clio Hotel pula mengetengahkan menu Nasi Lemak Udang Berlada yang lengkap dengan telur separuh masak, ikan bilis goreng, kacang dan timun.
Jika sebut sahaja hidangan kari kepala ikan, ia sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Hidangan autentik yang disediakan oleh Executive Chef Rossham Rosli dari Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur ini sesuai dinikmati bersama nasi yang masih panas dan membangkitkan selera!
Selain itu, Char Koey Teow dan semangkuk cendol juga menjadi antara signature dishes yang harus dicuba hasil air tangan Executive Chef How Tat Jui dari Sunway Hotel Georgetown dan Sunway Hotel Seberang Jaya.
Jika anda berkunjung ke Vietnam tidak sah jika tidak menikmati Deep Fried Spring Rolls yang popular sebagai pembuka selera. Executive Chef Nguyễn Diệp Quân dari Sunway Hotel Hanoi menyediakan menu kebanggaan negara Vietnam ini untuk dinikmati sebelum hidangan utama. Gabungan pengaruh Perancis dan Cina dalam hidangan Char Beef Lok Lak yang disediakan oleh Cef Eksekutif Pan Sothea dari Sunway Hotel Phnom Penh melengkapkan lagi menu signature dishes Sunway Hotels & Resorts.
Hidangan tradisi Khmer ini menggunakan daging yang dimasak menggunakan light brown sauce enak dimakan bersama nasi, salad dan telur goreng.
Untuk maklumat lanjut, layari www.sunwayhotels.com untuk tempahan dan merasai sendiri keistimewaan 7 hidangan istimewa ini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lumrah wanita mahukan tubuh badan ‘hourglass’ dan langsing bak kerengga. Namun jalan untuk menjaga kecantikan tubuh bukanlah dengan skip meals atau melangkau waktu makan, silap haribulan bukan saja tak bermaya tapi kulit pun nampak kusam dari dalam.
Merujuk sumber Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat tiga waktu makan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
Pada waktu ini, fisiologi tubuh kita membakar tenaga dengan paling efisian. Oleh itu, anda seharusnya tidak melangkau tiga waktu makan utama ini untuk memastikan keperluan tenaga dan nutrien yang optimum.
KESAN BURUK
Melangkau satu waktu makan akan menyebabkan penurunan kadar gula darah dalam badan. Secara umumnya, kita akan berasa letih dan lesu jika melangkau satu waktu makan.
Berdasarkan satu kajian, dilaporkan kanak-kanak yang melangkau waktu makan mempunyai berat badan yang berlebihan jika dibandingkan dengan anak-anak yang makan mengikut waktu. Contohnya, anak-anak yang tidak bersarapan pada waktu pagi lebih berpotensi untuk makan secara berlebihan pada waktu makan tengah hari berbanding anak-anak yang mengambil sarapan.
TIP BIJAK
1) Biasakan dengan jadual waktu makan yang betul dan tetap.
Anda seharusnya menetapkan waktu makan utama supaya terbiasa dengan waktu makan tersebut. Contoh jadual pemakanan yang baik ialah:
2) Elakkan pengambilan snek semasa waktu makan utama
Terdapat satu kajian yang menyatakan anak-anak yang kerap mengambil snek lebih berpotensi untuk melangkau waktu makan utama berbanding anak-anak yang kurang mengambil snek.
Snek bermaksud makanan dan minuman yang diambil di antara waktu makan seperti minuman berkarbonat atau makanan ringan. Dibimbangi anak-anak yang mengambil snek semasa waktu makan utama akan kekurangan nutrien utama seperti karbohidrat dan protein.
Bagi kaum wanita yang berhajat untuk menurunkan berat badan, elakkan corak pemakanan yang tidak menentu kerana ia boleh memberi implikasi negatif terhadap diet yang diamalkan. Makan secara konsisten, kerap tapi dalam kuantiti yang kecil.
3) Tunjukkan contoh amalan pemakanan yang baik
Terlalu sibuk hingga ‘terlupa’ waktu makan? Usah jadikan alasan sibuk sebagai punca makan tak menentu. Pastikan ada snek seperti kacang-kacang atau buah-buahan di atas meja untuk dikunyah. Paling penting, amalkan petua di bawah:
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.