Tergambar wajah bahagia Zulin Aziz saat dirinya dilamar dan kini sah bergelar isteri kepada Farhan Norzaini tanggal 20 Februari lalu. Rasanya masih belum terlambat untuk NONA mengucapkan tahniah kepada pasangan sama cantik sama padan ini.

IKLAN

Zulin Aziz merupakan selebriti yang mudah didekati dan cepat mesra walaupun baharu sahaja berjumpa. Tumpang gembira apabila kini bekas penyampai radio Suria FM ini telah bertemu dengan lelaki yang boleh menjaganya.

Zulin Aziz Dilamar Di Madinah, Bahagia Bergelar Isteri & Tunai Umrah Lagi Ramadan Nanti
Foto: CST PRODUCTION

Teruja mendengar kisah lamarannya yang berlangsung di tempat yang begitu istimewa. Sudah tentunya lokasi Zulin Aziz dilamar menjadi destinasi lamaran idaman setiap wanita.

“Saya sering digambarkan dengan cinta sejati selama ini. Begitu juga dengan fantasi dunia kartun Disney yang membahagiakan antara dua karakter kartun.

Zulin Aziz Dilamar Di Madinah, Bahagia Bergelar Isteri & Tunai Umrah Lagi Ramadan Nanti
Foto: CST PRODUCTION

Namun sebelum dua karakter kartun itu bersatu, pelbagai dugaan juga ditempuhi. Di alam realiti juga, saya sendiri melalui pahit getir dalam mencari cinta sejati.

Kehadiran suami dua tahun lalu bagai magis yang mengubah persepsi bahawa kemarau panas berpanjangan itu berakhir dengan kehadiran pelangi setelah hujan.

Hujung tahun lalu ketika mengerjakan umrah, dia melamar saya di Madinah,” kata Zulin yang telah bertunang pada 28 Januari lalu.

Zulin Aziz Dilamar Di Madinah, Bahagia Bergelar Isteri & Tunai Umrah Lagi Ramadan Nanti
Foto: Instagram @zulinaziz
Zulin Aziz Dilamar Di Madinah, Bahagia Bergelar Isteri & Tunai Umrah Lagi Ramadan Nanti
Foto: K A H N Z

Cerita Zulin Aziz atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz tentang suaminya yang juga rakan kongsi perniagaannya, “Dia seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga.

IKLAN

Dia juga seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersama dengannya dan boleh meluahkan apa sahaja kepadanya.

Zulin Aziz Dilamar Di Madinah, Bahagia Bergelar Isteri & Tunai Umrah Lagi Ramadan Nanti
Foto: CST PRODUCTION

Tiada rahsia antara kami. Dia menerima saya seadanya sewaktu zaman saya berisi dan kini berjaya menurunkan berat badan.

Saya percaya dialah yang akan membimbing diri ini ke jalan diredai dan menjadi bapa kepada bakal anak kami kelak. Insya-Allah,” kata wanita yang kini berusia 33 tahun ini.

IKLAN
Zulin Aziz Dilamar Di Madinah, Bahagia Bergelar Isteri & Tunai Umrah Lagi Ramadan Nanti
Foto: CST PRODUCTION

Pasangan mempelai diijabkabulkan berwalikan abang pengantin perempuan, Shah Rezza Abdul Aziz. Mereka dinikahkan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd. Hosni.

Pada majlis akad nikah, Zulin Aziz menerima wang hantaran berjumlah RM30,000. Pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin RM80 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.

Zulin Aziz juga telah berkongsi di laman media sosial milik peribadinya bakal mengerjakan umrah sekali lagi pada bulan Ramadan akan datang. “MashaAllah, rezeki dan hadiah perkahwinan,” tulis Zulin Aziz yang bakal mengerjakan ibadah umrah pada 11 hingga 21 April kelak. Seronoknya dapat berpuasa dan melakukan solat tarawih di Masjidil Haram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz)

Baca juga; Zulin Aziz Menyantuni Kanak-kanak Di Rumah Perlindungan

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI