Kagum dengan kejayaan yang diraih wanita Muslim bernama Ginella Massa ini. Mana tidaknya, bukan mudah bagi seorang wanita beragama Islam untuk bekerja dan muncul di stesen televisyen terkemuka Kanada. Apatah lagi dengan penampilan berhijab! Kemampuan yang dimiliki Ginella sememangnya bukan calang-calang.
Dilahirkan pada 29 Januari 1987 di Panama, Ginella merupakan wanita Afro-Latin berjaya yang menjadi perhatian rakyat Kanada kerana kebolehannya menyampaikan berita. Ginelle bekerja keras untuk membina karier wartawan di depan kamera dan belakang tabir sejak 2010.
Bakatnya mula disedari ketika dia masih kecil dan tinggal di Toronto. Selepas memenangi pertandingan pengucapan di gred 3, ibu Ginelle mencadangkan anak perempuannya ini meneruskan kerjaya di kaca TV.
Bagaimanapun jelas Ginelle, untuk muncul di televisyen bukan sesuatu yang mudah. “Saya perlu merancang hala tuju kerjaya dengan cara sendiri. Apatah lagi saya tidak mempunyai network atau orang dikenali dalam industri ini.
Ads
Ibu bapa tiada cara untuk membantu saya berjaya dalam bidang kewartawanan walaupun mereka sangat menyokong. Jadi saya perlu menunjukkan kebolehan diri sendiri ketika mula bertapak dalam industri ini dan berusaha lebih keras untuk membuktikan yang saya layak berada di sini.”
Ginelle melakar sejarah tersendiri pada tahun 2015 apabila menjadi wartawan televisyen pertama di Amerika Utara yang mengenakan hijab semasa bersiaran ketika bertugas di CTV News di Kitchener, Ontario. Namanya terus menjadi bualan ramai selepas mengacarakan program di CityNews Toronto pada 2016.
Atas prestasi cemerlang yang ditunjukkan Ginella, wanita berusia 34 tahun ini kemudian mencuri tumpuan dunia apabila menjadi penyampai berita berhijab pertama dalam sejarah Kanada ketika menyampaikan berita pada 17 November 2016.
Memetik laporan CBC Media Centre, Ginella ialah penerima Canadian Screen Award yang juga wartawan, penyampai berita dan hos sulung di Kanada yang memakai hijab.
Ads
Ginella sebelum itu pernah berkhidmat untuk pelbagai agensi berita termasuklah CTV News, CFRB dan Rogers Television. Pada tahun 2020, Canadian Broadcasting Corporation (CBC) mengumumkan Ginella sebagai salah seorang personaliti mereka dan dia menyertai stesen TV berkenaan sebagai pengacara untuk program utama di CBC News Network serta bertindak selaku koresponden.
Dengan pengalaman selama lebih berdekad dalam dunia penyiaran, Ginella turut berkhidmat untuk stesen berita tempatan dan kebangsaan termasuk di kaca TV dan radio. Dibesarkan di Toronto, Ginelle merupakan graduan Pengajian Komunikasi dari York University dan mempunyai Diploma dalam Kewartawanan Penyiaran dari Seneca College.
Ginelle mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 di Toronto.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sama cantik, sama padan. Terpancar kebahagiaan dan seri Raja Sehari apabila pasangan mempelai Mizz Nina dan Essam Muhammad tampil berbusana serba putih dalam sebuah majlis resepsi tertutup malam tadi selepas hampir tiga bulan bernikah.
Menurut sumber Sinar Plus, penyanyi dan aktivis kemanusiaan ini mengadakan majlis resepsi tersebut di sebuah ruang acara bertempat di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat.
Berita itu dikongsikan menerusi laman sosial Instagram jurusolek, Fazz Ariffin yang memuat naik foto hasil tata rias pengasas Qalby App berusia 43 tahun itu.
Tampil anggun dengan solekan sederhana, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman tampil kelihatan anggun dalam persalinan berwarna putih hasil rekaan pereka fesyen, Ezzati Amira.
Berjalan dari pintu masuk menuju ke pelamin, para tetamu yang hadir tidak melepaskan peluang untuk merakamkan foto Mizz Nina dan Essam.
Sedar atau tidak dalam kehidupan ini banyak perkara yang perlu kita hadapi antaranya masalah, bebanan tugas dan tanggungjawab. Ia umpama satu gabungan sempurna yang mewarnai kehidupan. Makin lama makin mencabar.
Begitulah kehidupan seorang isteri, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk membantu suami bukan saja dari segi kewangan keluarga bahkan membahagiakannya. Isteri penyejuk hati suami. Bagaimana caranya? Elakkan 5 perkara ini.
MENGHARAPKAN SUAMI TERLALU BERSIKAP ROMANTIK
Janganlah terlalu mengharapkan suami saja yang romantik. Suami juga insan biasa yang perlu dimanjakan. Sama-sama give and take, bukan sebelah pihak saja. Sesekali buatlah kejutan untuk suami. Contohnya, rancang percutian berdua. Menghabiskan waktu berdua jauh dari kehidupan rutin salah satu cara memulihkan hubungan suami isteri.
TAK FAHAM PERASAAN SUAMI
Bukan saja wanita yang mudah alami tekanan emosi bahkan lelaki juga walaupun dianggap gagah. Suami sebenarnya memerlukan sokongan dan sandaran isteri saat mereka jatuh dan tertekan. Berikanlah sokongan dari segi emosi demi keharmonian rumahtangga.
PENDAM MASALAH SEORANG DIRI
Mungkin anda seorang isteri yang suka membuat keputusan sendiri terutama di rumah. Suami pula membiarkannya dek kerana rasa hormat. Namun ketika anda ada masalah dan perlukan bantuan suami tetapi tak memberitahunya mungkin anda akan rasa marah. Mana mungkin suami akan faham isi hati anda itu kalau tak diberitahu, bukan? Ini boleh menjejaskan hubungan.
SUKA MEMBERI ARAHAN
Tak dinafikan anda mungkin keletihan dengan bebanan tugas dan tanggungjawab sebagai pekerja, isteri dan ibu. Lebih-lebih lagi kalau anda seorang ketua. Tak perlulah terus membebankan suami dengan kerja-kerja rumah disebabkan anda terlalu letih setelah pulang kerja. Biarkan suami berehat seketika dan tunjukkan rasa cinta kepadanya. Kemudian barulah anda minta bantuannya. Suami akan lebih bersedia dan ikhlas membantu.
KURANG BERBINCANG HAL RUMAHTANGGA
Selain berkaitan anak-anak satu lagi hal yang sangat penting untuk dibincangkan iaitu tentang hubungan suami isteri. Sejauh mana kemesraan, tanggungjawab, kekurangan dan sebagainya yang boleh diperbaiki demi kebaikan bersama. Pastikan perbincangan itu dalam suasana yang menyenangkan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Negara Asia cukup terkenal dengan budaya Timur yang menjunjung tinggi nilai-nilai estetika dan unsur alam. Biasanya ciri-ciri ketimuran ini boleh dilihat pada interior kediaman mahupun bangunan yang rata-rata didominasi oleh material kayu dan batu.
Sebabnya ialah kebanyakan negara Asia beriklim tropika. Inilah keunikan interior Asia yang tiada pada interior-interior lain. 4 tip berikut dapat memberikan idea jika anda berhasrat untuk merasai suasana kediaman yang bercirikan Asia sebenar.
INTERIOR DENGAN LATAR YANG MEMUKAU
Sebahagian interior Asia diinspirasikan oleh warna-warna alam yang mentafsir nuansa semula jadi. Maka, penggunaan warna latarnya didominasi oleh warna-warna neutral seperti biru langit atau kelabu yang dapat mencetuskan ketenangan serta santai.
KESEIMBANGAN VISUAL & TEKSTUR
Keseimbangan merupakan kunci kepada interior bertemakan Asia. Keseimbangan berupaya mengharmonikan bukan hanya pada warna bahkan juga tekstur serta elemen. Contohnya dengan menambahkan dekorasi batu alam, lantai kayu, tirai bambu atau tekstur organik.
ELEMEN AIR
Adakalanya untuk menciptakan suasana seimbang, penambahan elemen air merupakan cara lain yang tepat untuk interior bertemakan Asia. Bunyi deruan air mampu mencetuskan aura positif di samping memberikan ketenangan. Selalunya elemen air ini ditemui pada pintu masuk, ruang tamu atau halaman belakang.
GABUNGAN GAYA
Gaya interior Asia terkenal dengan kombinasi beberapa gaya berlainan. Contohnya, gaya interior Jepun yang sederhana, minimalis serta banyak melibatkan unsur alam semula jadi. Sementara gaya interior Cina pula bernuansa merah dan emas yang mencetuskan efek mewah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!