Leka menatap video terbaharu Deanna Yusoff di media sosial. Terpegun sungguh tengok kulit wanita berusia 56 tahun ni. Macam tak percaya tanpa mekap pun, raut wajah Deanna tetap cantik seperti masih 30-an.
Seorang pencinta alam sekitar dan pengamal ‘clean eating’, Deanna Yusoff sememangnya terkenal dengan amalan sihat tak kira daripada aspek diet mahupun penjagaan diri.
Bagi yang mengikuti perjalanan hidup Deanna, beliau sering berkongsi ilmu pengetahuannya tentang minyak pati antaranya buah merah, buah keras, prickly pear seed oil, watermelon seed oil serta sebagainya yang berfungsi sebagai carrier oils.
Ads
“Stres dan kurang tidur adalah punca kulit nampak letih serta kusam. Jadi ambil masa untuk berehat atau ‘me time’ untuk kurangkan stres tu sekaligus buat muka nampak lebih berseri.” Deanna Yusoff
Mengintai khabar terkini Deanna di Singapura, wanita yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-10 itu kini masih aktif dengan kegiatan seninya di sana.
Ads
Sebagai aktres, penyanyi, model dan emcee yang masih aktif, Deanna tetap menitikberatkan aspek penjagaan kecantikan bersandarkan alam semula jadi.
Antaranya dengan mengurangkan penggunaan produk berasaskan bahan kimia yang mengancam tubuh badan.
Pada usia 50-an, Deanna dilihat sebagai seorang yang mengamalkan diet sihat. Antaranya menikmati buah ara, matcha, avokado, biji chia dan smoothie pisang untuk menu sarapan berkhasiat dan tinggi antioksidan.
Gaya hidup sihat yang diamalkan oleh Deanna termasuklah berjalan dan menikmati keindahan alam bagi kesihatannya.
“Saya perlu reset. Saya mula beralih kepada aktiviti yang lebih senyap dan mendekatkan diri dengan orang-orang yang ‘sekepala’ agar rasa lebih seimbang dan tenang.
Saya rasa lebih bertenaga apabila menari, mendengar muzik, bermeditasi dan mewarna. Saya pilih untuk lebih fokus pada diri sendiri dan saya mahu anda semua juga begitu.” Deanna Yusoff
Ads
Deanna memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Perdagangan dari sebuah universiti luar negara. Beliau berdarah kacukan Melayu-Inggeris dan mula mencapai kejayaan dalam bidang lakonan menerusi watak Mastura lakonannya dalam filem Selubung diikuti watak sebagai Farah Hanum dalam filem Abang 92.
Popularti beliau dalam bidang lakonan mula melonjak naik menerusi drama Idaman yang mencipta sejarah sebagai Drama Melayu Paling Panjang oleh The Malaysia Book of Records.
Deanna juga pernah berlakon bersama Jodie Foster dan Chow Yun-Fat dalam filem epik Amerika, Anna and the King arahan Andy Tennant, yang mana beliau memegang watak sebagai Ratu Thiang.
***************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
***************
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki Nabila Razali diundang masuk istana jumpa Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid. Lima bulan mendirikan rumah tangga dan pertama kali sambut Aidilfitri sebagai isteri, pelantun lagu Pematah Hati ini akur beraya di kampung suami tercinta di Kelantan.
Sejak berkahwin, populariti Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali kian melonjak naik. Apatah lagi peminat mengagumi personaliti pasangan suami isteri tersebut yang romantis.
Lebih istimewa, lagu raya terbaharu dendangan Nabila iaitu Raya Mana semakin meniti di bibir pendengar dan viral di media sosial bersempena lebaran tahun ini.
Tampil berbusana sedondon navy blue di samping suami, isteri Nir Iruwan ini menitipkan ucapan Hari Raya buat peminat tersayang.
“Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H kepada seluruh umat Islam di mana sahaja anda berada. Semoga kehadiran Syawal ini membawa keberkatan kepada kita semua.”
Pertama kali rai Hari Raya di negeri Che Siti Wan Kembang, Nabila bagaimana pun teruja dapat bertemu keluarga mentua, sanak saudara dan peminat di sana. Selain dapat menikmati pelbagai juadah tradisi masyarakat di Kelantan ketika musim perayaan.
Namun paling mencuri tumpuan apabila Nik Iruwan dan Nabila Razali jumpa DYMM Tengku Anis dan diundang masuk ke Istana Kota Lama. Turut kelihatan ialah Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra.
Momen cukup bermakna dan bukan calang-calang orang diberi peluang sedemikian.
Siapa sangka, dinding yang ada dirumah selain memberi perlindungan kepada diri dan keluarga kita, sebenarnya mempunyai fungsi lain yang mampu menyumbang kepada kesihatan dan kecergasan tubuh badan jika digunakan dengan sebaiknya!
Dengan sesuatu yang semudah dinding (atau pokok) anda boleh bekerja seluruh badan dari kepala hingga kaki sambil membina kekuatan dan meledakkan kalori. Senaman dinding 3 langkah ini akan membuatkan anda sangat cergas, hanya perlu 20 minit!
Sokongan tambahan dan kestabilan tambahan yang disediakan oleh dinding boleh menghasilkan peralatan senaman percuma yang hebat untuk semua peringkat umur dan tahap kecergasan, sambil menambah sedikit cabaran dengan memerlukan lebih banyak keseimbangan dan kekuatan.
Jadi, jika anda ingin mencabar diri anda semasa mencuba sesuatu yang baharu, senaman dinding ini sesuai untuk anda! Lakukan 3 set sebanyak 15 ulangan untuk setiap latihan. Rehat selama 1 minit selepas 3 set, kemudian teruskan ke latihan seterusnya!
Gerakan 1: Tekan Tubi Lengan Tunggal
3 set 15 ulangan
Berdiri di hadapan dinding, rentangkan tangan anda untuk mengukur jarak yang betul. Ikat teras anda dan letakkan sebelah tangan ke dinding.
Dengan mengekalkan teras yang ketat, perlahan-lahan turunkan dada ke arah dinding.
Sebaik sahaja lengan kerja anda membentuk sudut 90 darjah. Kecutkan otot dada dan tolak diri anda kembali ke posisi permulaan.
Ulang menggunakan lengan yang bertentangan.
Gerakan 2: Duduk Dinding ‘Squat’
3 set 15 ulangan
Mulakan dengan membelakangi dinding dengan kaki dibuka seluas bahu.
Libatkan otot perut dan perlahan-lahan luncurkan punggung anda ke bawah dinding sehingga paha selari dengan tanah.
Laraskan kaki supaya lutut anda berada tepat di atas buku lali dan bukannya di atas jari kaki.
Pastikan belakang anda rata ke dinding dan rapatkan kaki perlahan-lahan supaya lutut anda bertemu.
Perlahan-lahan buka lutut beberapa inci lebih lebar daripada titik permulaan asal.
TIP: Jika anda baru menggunakan wall sits, mula-mula cuba langkah ini tanpa kulit kerang. Tenggelam ke bahagian bawah squat dan tahan pose.
Gerakan 3: Dinding Glute
3 set 15 ulangan
Berbaring telentang dengan lutut dibengkokkan dan kaki di atas dinding seluas bahu.
Ketatkan glute anda dan angkat pinggul anda dari lantai sehingga paha dan badan anda berada dalam garis lurus.
Pegang kedudukan itu selama 2 saat, picit glute anda.
Turunkan perlahan ke posisi permulaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagaimana mahu kelihatan menyerlah di Aidilfitri? Adakah dengan memakai eyeshadow pelangi atau rona sedondon baju raya (bayangkan jingga atau hijau emerald), mampu membuat orang lain menoleh berkali-kali melihat anda? Fikirkan semula.
Salah satu elemen imej yang penting sewaktu beraya adalah solekan yang dikenakan. Taknak kelihatan pucat lesi, nampak tua atau berminyak, itu antara alasan mengapa kita selalu bersolek di hari raya. Kali ni, jom semak rahsia solekan kekal ayu sepanjang hari tanpa membuatkan anda kelihatan seperti badut bergerak.
ASAS SOLEKAN
Agar solekan anda nampak cantik sepanjang masa, apa kata anda berbelanja sedikit untuk produk bedak asas yang terbaik? Cara paling bijak adalah dengan mengunjungi kaunter solekan dan tanyakan pilihan paling sesuai jenis dan warna kulit anda pada konsultan kecantikan di sana. Mahu lebih yakin, calitkan bedak asas pada wajah sendiri untuk menilai kesesuaiannya.
MATA
Elakkan tragedi solekan mata comot kerana air mata bercucuran dengan menyapu primer khas di bahagian mata. Tip ini baik untuk memastikan eyeshadow anda tahan lama, malah menyerlahkan lagi warna yang dikenakan. Warna-warna evergreen untuk kelihatan ayu adalah nude, coklat dan pink lembut.
BIBIR
Sememangnya gincu bibir akan hilang sewaktu anda menjamah makanan yang terhidang. Jadi pilihlah gincu jenis matte kerana warnanya kekal lebih lama dan tidak mudah tanggal. Tip ini juga memastikan anda tak perlu touch up berulang kali.
PIPI
Layangkan pemerah pipi secara nipis untuk efek segar. Jangan tonyoh berus pipi berkali-kali sampai nampak macam kesan penampar pula!
SEMBUR PERFUME Akhir sekali, semburkan perfume kegemaran sebelum keluar beraya. Pilihan aroma manis yang berasaskan bunga atau buah-buahan lebih disarankan berbanding aroma yang kuat dan menyengat hidung.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun Mira Filzah merupakan selebriti terkenal tanah air dan cukup sebati dengan dunia fesyen namun aktres jelita ini mengakui ibu mentua, Datuk Mastura Yazid lebih pandai bergaya dan berani mencuba pelbagai warna dalam fesyen harian berbanding dirinya.