18 September lepas merupakan ulang tahun kelahiran Sheila Rusly. Diam tak diam, dah 51 tahun rupanya usia penerbit dan pelakon terkenal tersebut. Walau dah cecah umur 50an dan sudah bergelar nenek, masih energetic dan awet muda. Kagum dengan penampilan Sheila.

IKLAN

“Thank you Allah for another day,” tulisnya di platform media sosial ketika menyambut hari lahir baru-baru ini. Kian bahagia sejak kehadiran cucu sulung yang diberi nama Bunga Elhaq pada 18 Jun lalu, Sheila kini dilaporkan sibuk dengan program masakan Dapur Tempur.

Ditemu bual Nona ketika menjadi penghias Nona Jun 2022 versi digital, Sheila tanpa berselindung mendedahkan gaya hidup sihat yang menjadi amalannya selama ini ketika diminta mengulas mengenai rutin kesihatan.

Cecah 51 Tahun, SHEILA RUSLY Pilih Bersederhana & Jadikan Puasa Sunat Sebagai Amalan!
Koleksi Foto Majalah Nona
Cecah 51 Tahun, SHEILA RUSLY Pilih Bersederhana & Jadikan Puasa Sunat Sebagai Amalan!
Koleksi Foto Majalah Nona
Cecah 51 Tahun, SHEILA RUSLY Pilih Bersederhana & Jadikan Puasa Sunat Sebagai Amalan!
Credit Instagram @sheilarusly_jspictures

Ujarnya, “Saya tak adalah nak jaga (kesihatan) sebab nak nampak muda. Rutin harian saya sejak belasan tahun ialah makan supplement dan drink a lot of water. Jujurnya saya bukan jenis kuat bersukan yang perlu jogging dan sebagainya.

Umur macam ni tak boleh buat aktiviti terlalu lasak. Kita kena tahu umur kita dan apa aktiviti yang sesuai supaya dapat maintain badan. Taknaklah buat aktiviti macam umur saya 25 tahun. Kalau kita tahu tak boleh buat aktiviti macam umur 25, kita jangan makan macam umur kita 25.

Kena ada mind set yang harus kita ingat umur kita macam ni jangan buat benda-benda berlebih-lebihan. Saya takkan cakap benda yang saya tak buat tapi saya buat. Kehidupan saya memang macam biasa. Aktiviti buat tapi aktiviti macam umur 50.

Cecah 51 Tahun, SHEILA RUSLY Pilih Bersederhana & Jadikan Puasa Sunat Sebagai Amalan!
Credit Instagram @sheilarusly_jspictures
Cecah 51 Tahun, SHEILA RUSLY Pilih Bersederhana & Jadikan Puasa Sunat Sebagai Amalan!
Credit Instagram @sheilarusly_jspictures
Cecah 51 Tahun, SHEILA RUSLY Pilih Bersederhana & Jadikan Puasa Sunat Sebagai Amalan!
Credit Instagram @sheilarusly_jspictures
Cecah 51 Tahun, SHEILA RUSLY Pilih Bersederhana & Jadikan Puasa Sunat Sebagai Amalan!
Credit Instagram @sheilarusly_jspictures

Contoh kadang-kadang main badminton. Sesekali ikut anak bersenam. Ringkasnya, bukanlah macam makan tidur, walau umur dah 50. Saya tak boleh duduk je hadap Netflix.

IKLAN

Saya kena kerja dan saya akan manage time. Bila saya buat skrip, saya akan manage time. Lepas tu turun dapur. Isnin dan Khamis saya akan puasa sunat.

Tak adalah duduk relax depan TV. Saya tak boleh hidup macam itu. Itu bukan gaya hidup saya. Saya bukan leisure lady. Saya bukan kategori itu.

IKLAN

Kehidupan saya tak leisure mana pun. Apa yang saya buat dulu, saya masih buat sekarang. Umur meningkat, kita kena tahu had.”

Cecah 51 Tahun, SHEILA RUSLY Pilih Bersederhana & Jadikan Puasa Sunat Sebagai Amalan!
Credit Instagram @sheilarusly_jspictures
Cecah 51 Tahun, SHEILA RUSLY Pilih Bersederhana & Jadikan Puasa Sunat Sebagai Amalan!
Credit Instagram @sheilarusly_jspictures
Cecah 51 Tahun, SHEILA RUSLY Pilih Bersederhana & Jadikan Puasa Sunat Sebagai Amalan!
Credit Instagram @sheilarusly_jspictures
Cecah 51 Tahun, SHEILA RUSLY Pilih Bersederhana & Jadikan Puasa Sunat Sebagai Amalan!
Credit Instagram @luthmikhail20

Tambahnya lagi, selain aspek kecergasan tubuh badan dia juga mengawal pengambilan makanan bergula. “Kalau teringin makan aiskrim tengok keadaan, mungkin seminggu sekali bukan tiap hari. Kita jangan sampai kufur nikmat semua benda tak boleh makan.

Nikmat Allah kena rasa selagi hidup dan sihat. Tapi kita kena bersederhana. Kena tahu portion. Jangan setiap hari nasi je. Nasi limitkan satu hari sehari. Mula-mula saya ambil nasi sesenduk, kalau lapar ambil lagi.”

Sheila Rusly ialah isteri Azman Haji Yahaya atau lebih dikenali sebagai Jinggo. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI