Terpegun saat pertama kali bersua wajah dengan YM Tengku Puan Bendahara Perlis, Datin Seri Diraja Sharifah Azura Al-Juffry ini. Memiliki wajah yang cantik dan tinggi lampai serta naluri keibuan terbit secara semula jadi saat berbicara tentang permata hatinya.

Ceria Di Samping Kembar 3, Datin Seri Diraja Sharifah Azura Al-Juffry Berjiwa Penyayang

Memiliki anak kembar tiga merupakan cabaran luar biasa buat ibu muda ini. “Biasanya jika ada masa yang terluang saya untuk bermain dan berborak dengan anak-anak saya. Saya selalu ambil tahu apa sahaja aktiviti yang mereka jalankan sepanjang hari di sekolah. Anak-anak zaman sekarang begitu berbeza dengan anak-anak zaman dahulu.

Ceria Di Samping Kembar 3, Datin Seri Diraja Sharifah Azura Al-Juffry Berjiwa Penyayang
Foto: Koleksi Peribadi YM Tengku Puan Bendahara Perlis, Datin Seri Diraja Sharifah Azura Al-Juffry

Apabila mereka melihat kita ambil tahu tentang aktiviti yang lakukan secara tidak langsung mereka menghargai dan tahu bahawa kita sayangkan mereka. Ini lebih baik daripada membenarkan mereka bermain gajet setiap hari selepas pulang dari sekolah, makan dan tidur.

Ceria Di Samping Kembar 3, Datin Seri Diraja Sharifah Azura Al-Juffry Berjiwa Penyayang
Foto: Koleksi Peribadi YM Tengku Puan Bendahara Perlis, Datin Seri Diraja Sharifah Azura Al-Juffry

Anak-anak saya tidak boleh menonton televisyen dan hanya boleh menontonnya pada hujung minggu sahaja. Komunikasi dua hala sangat penting dalam membesarkan anak-anak zaman era teknologi ini,” ungkap Tengku Puan Bendahara Perlis ini sambil menghulurkan secangkir kopi yang harum aromanya.

Ceria Di Samping Kembar 3, Datin Seri Diraja Sharifah Azura Al-Juffry Berjiwa Penyayang

Mencungkil cara pendidikannya telah menyuntik inspirasi kepada wanita lain. “Saya juga seperti ibu lain yang ada masanya akan marah jika mereka melakukan kesilapan.

Jika tidak menegur, mereka tidak akan tahu apa kesilapan yang telah dilakukan. Namun, setiap hari saya masih belajar dengan ilmu keibubapaan dan menjadi ibu yang terbaik kepada anak-anak,” tuturnya lembut.

Ceria Di Samping Kembar 3, Datin Seri Diraja Sharifah Azura Al-Juffry Berjiwa Penyayang
Foto: Koleksi Peribadi YM Tengku Puan Bendahara Perlis, Datin Seri Diraja Sharifah Azura Al-Juffry

Tidak lengkap rasanya perbualan bersama Tengku Puan Bendahara Perlis andai tidak bertanya tentang rejim penjagaan kecantikannya. “Amalan penjagaan kecantikan saya sama seperti wanita lain juga.

Ceria Di Samping Kembar 3, Datin Seri Diraja Sharifah Azura Al-Juffry Berjiwa Penyayang

Saya banyak mengamalkan minum air putih dan tidak mengambil minuman yang bergula. Saya suka makan nasi dan fanatik dengan masakan Melayu. Masakan Melayu kaya dengan khasiat ulam-ulaman dan saya suka segala jenis ulam-ulaman yang terdapat di negara kita.

Ceria Di Samping Kembar 3, Datin Seri Diraja Sharifah Azura Al-Juffry Berjiwa Penyayang
Foto: Koleksi Peribadi YM Tengku Puan Bendahara Perlis, Datin Seri Diraja Sharifah Azura Al-Juffry

Kunci kepada kecantikan saya adalah dengan mendapatkan tidur dan rehat yang cukup. Kalau saya tidak mendapat tidur yang cukup pasti esok paginya akan sakit kepala dan tak ada mood. Paling lewat saya akan tidur pada pukul 11.00 malam.

Rutin penjagaan wajah saya seperti biasa seperti menggunakan cecair pembersih wajah, menyapu penyegar dan memakai pelembap.

Ceria Di Samping Kembar 3, Datin Seri Diraja Sharifah Azura Al-Juffry Berjiwa Penyayang

Bagi saya kecantikan sebenar seorang wanita adalah bermula daripada dalam. Apabila kita sentiasa ikhlas dalam pergaulan, hati bersih dan tingkah laku baik secara tidak langsung kecantikan luaran akan jelas terpancar.

Ceria Di Samping Kembar 3, Datin Seri Diraja Sharifah Azura Al-Juffry Berjiwa Penyayang

Kalau peribadi kita dibuat-buat orang nak datang dekat pun jadi takut-takut. Keperibadian yang baik adalah cermin sebenar setiap insan,” tutur wanita berusia 36 tahun ini yang gemar dengan penampilan smart casual.

*Mudahnya nak beli barang-barang rumah. Cuba tengok kat sini mana tahu boleh jumpa apa yang dicari.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI