Bukan mudah sebenarnya mengemudi sesebuah perniagaan tanapa adanya sistem sokongan yang kuat. Datin Ayu Roslan dan Aniza Shahadan dua rakan usahawan yang telah membawa jenama Bokitta ke tahap membanggakan apabila ia mudah diterima ramai sekaligus tercetusnya fenomena ‘Bokitta lovers’ di Malaysia. Bokittalover.com dimiliki oleh syarikat A&A Empire Sdn Bhd yang dikemudi oleh dua wanita cantik ini sejak tahun 2016.

IKLAN

Cetus Fenomena ‘BOKITTA LOVERS’ Di Malaysia, Datin Ayu Roslan & Aniza Shahadan Makin Agresif Bina JenamaKedua-duanya punya impian bersama untuk membawa fesyen dan modesty style sebagai satu entiti di kalangan hijabista Malaysia. Justeru, jenama Bokitta menjadi ‘buah tangan’ pertama keluaran A&A Empire Sdn Bhd. Bokittalover.com bermula sebagai home-based online. Perkembangan terlalu pantas dek kerana penerimaan pelanggan terhadap jenama ini menjadi pencetus kepada pembukaan kedai fizikal pertama di Ayer8, Putrajaya pada September 2016.

Berkat sokongan pelanggan dan team dari Lebanon mereka seterusnya berjaya membuka flagship store pertama di Nu Sentral Shopping Centre pada March 2018. Dalam tahun yang sama mereka bekerjasama pula dengan Parkson. Tumpuan utama juga di Lembah Klang apabila butik turut dibuka di Setia City Mall, MyTown Shopping Centre dan Suria KLCC. Ini termasuk di Alamanda Shopping Centre dan AEON Mall Shah Alam. Pencapaian ini diperolehi hanya dalam tempoh kurang daripada empat tahun.

Cetus Fenomena ‘BOKITTA LOVERS’ Di Malaysia, Datin Ayu Roslan & Aniza Shahadan Makin Agresif Bina Jenama

Cetus Fenomena ‘BOKITTA LOVERS’ Di Malaysia, Datin Ayu Roslan & Aniza Shahadan Makin Agresif Bina JenamaDatin Ayu Roslan yang berkelulusan Komunikasi Massa merupakan Ketua Pegawai Pemasaran A&A Empire Sdn Bhd. Beliau yang kini berusia 37 tahun memiliki pengalaman luas dalam pengurusan syarikat, jualan, pemasaran dan pengurusan media baharu. Terdahulu, beliau pernah bertugas di Bernama Radio dan pengasas Jari Spa. Beliau juga berpengalaman lebih 12 tahun dalam penjenamaan dan pemasaran. Beliau seorang yang bercita-cita tinggi dan sentiasa bersungguh-sungguh dalam melakukan semua perkara.

Cetus Fenomena ‘BOKITTA LOVERS’ Di Malaysia, Datin Ayu Roslan & Aniza Shahadan Makin Agresif Bina JenamaSementara Aniza Shahadan pula berkelulusan dalam bidang Pengurusan Pelancongan. Aniza juga memiliki pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang peruncitan, produksi dan perdagangan. Aniza juga merupakan pengusaha restoran dan memiliki kedai bunga hampir 10 tahun. Selain itu, Aniza pernah menyertai industri kesihatan dan kecantikan pada tahun 2014 dengan memiliki spa sendiri, RumaaSpa.

Cetus Fenomena ‘BOKITTA LOVERS’ Di Malaysia, Datin Ayu Roslan & Aniza Shahadan Makin Agresif Bina JenamaCetus Fenomena ‘BOKITTA LOVERS’ Di Malaysia, Datin Ayu Roslan & Aniza Shahadan Makin Agresif Bina JenamaKini Aniza selaku Ketua Pegawai Operasi di A&A Empire Sdn Bhd. Aniza seorang yang percaya dengan kemampuan diri termasuk pasukannya dengan mengatur strategi kerja demi mencipta kejayaan. Berusia 34 tahun, Aniza juga merupakan tenaga pengajar eUsahawan bertauliah.

IKLAN

“Selain menjadi rakan usahawan saya, Aniza sebenarnya adik ipar saya. Mungkin sebab itulah kami mudah serasi. Pada permulaannya kami cuba menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing memandangkan kami memiliki karakter yang berbeza. Tahun pertama, jualan kurang bagus. Namun setelah kami bertemu dan berbincang dengan pengasas Bokitta yang ‘turun’ dari Labenon, jualan kami terus meningkat setelah mengetahui hala tuju perniagaan.

CABARAN & PENERIMAAN
Antara cabarannya ialah kesan pendemik COVID-19. Syukur kami mampu bertahan hingga kini. Kami susun strategi baru yang lebih agresif untuk tahun berikutnya. More aggressive especially in online business. Andai kata PKP lagi kami sudah bersedia dan tahu apa yang perlu dibuat. Kami banyak belajar daripada pengalaman lalu. Memandangkan Bokitta bukan produk lokal, ini juga salah satu cabaran kami.

IKLAN

Cetus Fenomena ‘BOKITTA LOVERS’ Di Malaysia, Datin Ayu Roslan & Aniza Shahadan Makin Agresif Bina JenamaSalah satu sebab tudung Bokitta mudah diterima di sini ialah rekaannya yang berinovasi. Kebanyakan pembeli kami terdiri daripada wanita berusia 28-45 tahun yang berkerjaya dan bergelar ibu. Walau sibuk uruskan keluarga tetapi dalam masa sama mereka juga ingin bergaya. Bokitta memudahkan mereka untuk bersiap.”

Inovasi tudung Bokitta adalah yang pertama di dunia dipatenkan. Rekaan tudungnya juga berbeza daripada tudung-tudung instant yang lain. Simple cater yet elegant. Maka, apabila menjadi yang pertama dipatenkan maka tiada persaingan. Matlamat utama Bokitta untuk bersaing secara sihat bagi memeriahkan lagi perniagaan hijab di Malaysia.

Cetus Fenomena ‘BOKITTA LOVERS’ Di Malaysia, Datin Ayu Roslan & Aniza Shahadan Makin Agresif Bina JenamaKEMAMPUAN WANITA
“Kami bangga hari ini ramai wanita di Malaysia yang sukses malah ada yang bergelar jutawan. Selayaknya mereka menjadi inspirasi buat wanita-wanita lain termasuklah saya. Wanita adalah multitask, kita mampu lakukan apa jua perkara. Tidak kira apa jua status pun kita mampu lakukan jika ada motivasi diri untuk berjaya. Secara tidak langsung dapat membantu ekonomi keluarga serta saling membantu dan menginspirasikan sesama wanita. Semoga kita semua terus sukses dan bahagia,” akhiri mereka.

Kredit Foto: Instagram @allureayu @bokitta

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI