
Cosway kini memasuki fasa paling penting dalam sejarahnya. Di bawah kepimpinan CEO atau Ketua Pegawai Eksekutif serba boleh, Chryseis Tan, jenama ini sedang melalui transformasi besar-besaran yang memodenkan identiti sambil mengekalkan nilai teras yang telah membina kepercayaan selama lebih 46 tahun. Ia bukan sekadar perubahan rupa, tetapi penjenamaan semula yang merangkumi strategi, budaya dan hala tuju jangka panjang.
Dengan visi yang diperbaharui serta pendekatan yang lebih futuristik, Cosway kini bergerak sebagai sebuah jenama gaya hidup moden yang responsif terhadap perubahan pengguna, teknologi dan budaya.
Fasa baharu ini bukan sahaja menyuntik identiti lebih segar tetapi turut memperkukuh fokus komuniti dan komitmen terhadap pembangunan usahawan generasi masa depan.
Ibu dua anak yang juga isteri kepada SM Faliq SM Nasimuddin ini membawa perspektif yang lebih progresif dan kontemporari. Misinya jelas, ingin menghidupkan kembali Cosway, memperkukuh ekosistem insan-insan di sebalik jenama ini dan memastikan Cosway terus relevan bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat global.
Keupayaan Chryseis Tan sebagai usahawan wanita moden tidak perlu disangkal. Pernah diangkat sebagai penerima Nona Corporate Award 2024, satu persatu pencapaian wanita ini dalam memacu ekonomi menjadi buah mulut masyarakat.
Justeru, transformasi yang dibuat untuk Cosway pastinya lebih moden dan berimpak, relevan dengan pasaran masa kini.

Evolusi ini juga digerakkan melalui inovasi, kolaborasi strategik dan solusi digital yang menjadi tulang belakang perniagaan Cosway. Antara yang terbaharu, kolaborasi Cosway dan Majalah Nona sempena acara Fashionably Modest Asia 2025 di Pavilion Damansara Heights, 18 November lalu.
Barisan tetamu dan sosialit fesyen membawa pulang goodies Cosway berinspirasikan matcha, yang tentunya menarik perhatian golongan Gen-Z!
View this post on Instagram
Cosyoung Untuk Generasi Muda
Cosyoung merupakan antara pencapaian paling signifikan dalam transformasi jenama Cosway. Dilancarkan sebagai label gaya hidup yang lebih segar dan youthful, Cosyoung direka untuk memenuhi keperluan generasi yang menghargai ketulenan, keberkesanan dan estetika minimal yang bersih serta moden.
Cosyoung hadir dengan rangkaian produk yang memenuhi gaya hidup pengguna urban masa kini. Ia bukan sekadar sub-jenama, tetapi sebuah gerakan baharu yang menghubungkan warisan Cosway dengan generasi muda yang hidup dalam dunia yang lebih pantas, lebih digital dan lebih visual.
Nilai-Nilai Cosyoung:
- Produk penjagaan kulit yang bersih, selamat dan efektif.
- Suplemen kesihatan dengan formulasi moden yang mudah diambil setiap hari.
- Essential lifestyle yang direka untuk pengguna on-the-go.
- Reka bentuk packaging yang minimal, moden dan visual-driven.
- Identiti jenama yang relevan dengan cita rasa Gen-Z dan Millennials.
- Penawaran produk yang menggabungkan nilai warisan dengan tuntutan gaya hidup moden.


Cosyoung bukan hanya memperkenalkan produk baharu, tetapi memperluas definisi Cosway sebagai sebuah jenama gaya hidup yang lebih dekat dengan generasi muda. Pendekatan ini memastikan Cosway sentiasa relevan dalam landskap pengguna yang berubah setiap hari.
Memperkasa Usahawan
Sejak dulu, nadi utama Cosway ialah komuniti usahawannya. Melalui sistem MPOS atau Mobile Point of Sale, ribuan individu telah berjaya membina kerjaya yang fleksibel dan bermakna. Mereka mendapat akses kepada lebih 2,000 produk bertauliah, latihan berterusan serta peluang pembangunan yang inklusif.
Di bawah kepimpinan Chryseis Tan, rangkaian MPOS melalui fasa penambahbaikan besar. Teknologi diperkukuh, penawaran produk dipertingkatkan dan kolaborasi strategik dibentuk untuk memastikan setiap usahawan memiliki alat yang diperlukan untuk berkembang dalam dunia digital hari ini.
Ekosistem Gaya Hidup Moden
Transformasi Cosway bukan sekadar rebranding visual. Ia adalah pembentukan semula syarikat menjadi sebuah ekosistem gaya hidup moden yang lebih menyeluruh. Fokusnya kini tertumpu kepada pengalaman pelanggan berteraskan digital, inovasi produk berasaskan sains, kolaborasi global dan komitmen terhadap kelestarian serta pemerkasaan komuniti.
Dengan pelancaran Cosyoung, pengukuhan MPOS dan strategi baharu di bawah Chryseis Tan, Cosway sedang melangkah ke era yang lebih berani, progresif dan relevan untuk generasi masa kini dan masa hadapan.
Inilah Cosway yang baharu ditransformasi. Lebih moden, lebih dinamik dan lebih dekat di hati rakyat Malaysia!
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/bekas-pelajar-cemerlang-sekolah-cempaka-pandai-cakap-jepun-chryseis-tan-warisi-bakat-niaga-ayah/
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
































