Ads

‘Jangan Jadikan Instagram Tempat Bertanding’, Neelofa Tekad Beri Inspirasi Pada 5 Juta Followers

Dengan jumlah pengikut seramai 4.9 juta mengatasi selebriti Nora Danish, Neelofa kini mengungguli carta teratas artis Malaysia paling ramai followers di Instagram. Biarpun dihimpit pelbagai kontroversi sepanjang tahun ini, namun anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan tersebut terus bersinar dan mendapat tempat di hati peminat.

Tambahan pula, awal April lalu nama Noor Neelofa Mohd Noor tersenarai dalam Forbes 30 sebagai di antara 300 penginovasi muda, usahawan dan peneraju yang berjaya membawa impak besar kepada dunia hari ini.

 ‘Jangan Jadikan Instagram Tempat Bertanding’, Neelofa Tekad Beri Inspirasi Pada 5 Juta Followers

Tatkala bertemu usahawan berusia 28 tahun ini semasa pelancaran koleksi Naelofar Hijab terbaharunya, Neelofa sempat meluahkan rasa gembira dengan kejayaan tersebut namun enggan menjadikan Instagram sebagai ‘medan persaingan’ sesama artis.

Ads

“Saya tak ada upload apa-apa ucapan terima kasih di Instagram sebab saya tak mahu followers atau orang luar merasakan ia sebagai pertandingan untuk bersaing dengan artis. Biarlah ia berlaku secara natural dan orang tak sedar meskipun sebenarnya ia adalah satu platform yang baik.

Melalui cara ini, saya dapat mendekati peminat, memberi inspirasi kepada orang ramai dan mempromosikan produk-produk saya. Jadi, tak ada istilah nak lawan siapa lagi bagus atau siapa lagi hebat.”

Tambah Lofa lagi, segala apa yang dikongsikan dalam laman media sosial tersebut adalah dirinya yang sebenar dan enggan menjadi orang yang berbeza semata-mata untuk memuaskan hati orang lain.

Ads

Mulai penghujung Julai ini juga, Lofa dijadualkan sibuk dengan penggambaran drama bersiri ‘Red Velvet’ bersama Alif Satar dan kemudian menyertai program Forbes 30 Under 30 Asia 2017.

‘Jangan Jadikan Instagram Tempat Bertanding’, Neelofa Tekad Beri Inspirasi Pada 5 Juta Followers

Ads

Beliau seterusnya bakal menghadiri acara berprestij Swarovski di Milan, Itali di samping bertemu duta jenama tersebut, Karlie Kloss. 

Selain Neelofa, antara selebriti yang turut mempunyai bilangan followers yang tinggi termasuklah Nora Danish, Zizan Razak, Dato’ Siti Nurhaliza, Scha Al-Yahya, Hanis Zalikha, Elfira Loy, Awal Ashaari dan Rozita Che Wan.

Syabas Lofa! Ikuti video temu bual eksklusif Nona bersama beliau di facebook.com/majalahnona.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Azlisham Ibrahim & Wan Khatijah Tunai Haji

“Saya & Isteri Berangkat Ke Tanah Suci,” Tunai Ibadah Haji, Azlisham...

Selepas Datin Lisa Surihani, Tomok dan Ezad Lazim kali ini giliran Wan Khatijah dan suami tercinta, Azlisham Ibrahim pula berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji. Berkongsi khabar gembira itu di media sosial baru-baru ini, pasangan romantis berkenaan kelihatan teruja dan ceria ketika berkumpul di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang yang berfungsi sebagai stesen berlepas utama bagi jemaah haji musim 1447 Hijrah 2026 Masihi.