YAM TENGKU ZATASHAH

Happy wedding anniversary! 24 Julai lepas genap 15 tahun Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah bergelar isteri kepada Dato’ Setia Aubry Mennesson. Berbelas tahun hidup bersama, pasangan sama cantik sama padan ini kekal mesra seperti pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta!

IKLAN

Berkongsi rasa syukur dan gembira menyambut ulang tahun perkahwinan ke-15, Puteri Diraja Selangor ini menerusi Instagram miliknya mendedahkan, “15 years ago when we said ‘Oui’ (Yes) in Paris. Happy wedding anniversary mon amour, to more fun, adventures and laughter together.”

Cinta Berputik Di Kota Paris, TENGKU ZATASHAH Bahagia Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke-15!
Credit Instagram @zatashah

Turut memuat naik video romantis di media sosial, difahamkan perkenalan Tengku Zatashah dengan suami tercinta berputik sekitar tahun 2005. Ketika itu beliau bertugas sebagai Pengurus Komunikasi di Perancis.

Dua tahun kemudian, pasangan ini memutuskan untuk berkahwin di Grande Mosquee de Paris.

Memetik laporan South China Morning Post (SCMP), Dato’ Setia Aubry menulis sebuah buku yang menceritakan mengenai isteri tersayang bertajuk Ma Princesse, le Sultan et Moi (My Princess, the Sultan and I) yang diterbitkan kira-kira 13 tahun lepas. Romantiknya!

IKLAN
Cinta Berputik Di Kota Paris, TENGKU ZATASHAH Bahagia Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke-15!
Credit Instagram @zatashah
Cinta Berputik Di Kota Paris, TENGKU ZATASHAH Bahagia Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke-15!
Credit Instagram @zatashah
Cinta Berputik Di Kota Paris, TENGKU ZATASHAH Bahagia Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke-15!
Credit Instagram @zatashah
Cinta Berputik Di Kota Paris, TENGKU ZATASHAH Bahagia Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke-15!
Credit Instagram @zatashah

View this post on Instagram

A post shared by Zatashah (@zatashah)

15 tahun melayari hidup bersama, Tengku Zatashah dan Dato’ Setia Aubry terus menikmati saat bahagia. Apatah lagi, kedua-duanya cukup sepadan dan berkongsi hobi yang sama.

IKLAN

Antaranya membaca buku, mengembara ke serata pelusuk dunia bersama-sama di samping aktif menyertai pelbagai aktiviti marathon.

Semoga rumah tangga Tengku Zatashah dan suami tercinta berkekalan hingga ke syurga!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI