Selebriti dan pelakon popular Malaysia, Julia Farhana Marin, telah berganding bahu dengan jenama MAYANG telah mencipta satu kerjasama yang hebat. Reputasi Julia dalam menyuarakan isu kesihatan mental dan usahanya untuk menghapuskan stigma menjadikannya rakan kerjasama yang sesuai untuk inisiatif ini.

IKLAN

Kempen enam bulan yang dianjurkan oleh MAYANG dan Julia Farhana Marin menerusi siri aktiviti dan acara-acara yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental serta memecah stigma yang berkaitan dengan isu ini.

Bermula dengan persembahan fesyen hinggalah bengkel, dan pelbagai lagi, kolaborasi ini bertujuan untuk membuka dialog dan menggalakkan pengetahuan tentang pentingnya kesihatan mental dalam komuniti kita.

“Come & Ride with Mayang” yang berlangsung di Flyproject Publika pada 20 Disember baru-baru ini menyampaikan mesej yang berkesan tentang kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental. Melalui acara ini, kesedaran tentang keperluan untuk menjaga kesihatan kita ditingkatkan.

“Come & Ride With Mayang” Tingkatkan Kesedaran Mental Bersama Julia Farhana Dan MMHA

IKLAN

Sertai perjalanan transformasi ini bersama MAYANG dan Julia Farhana Marin dalam usaha untuk memberdayakan minda dan meningkatkan kesejahteraan jiwa. Ikuti media sosial, @mayangbyanntsya, untuk terus mendapat kemas kini serta menyumbang secara aktif kepada perubahan yang positif dengan menggunakan hashtag #EmpowringMindsElevatingSouls #MayangJuliaFarhanaMarin.

IKLAN

“Come & Ride With Mayang” Tingkatkan Kesedaran Mental Bersama Julia Farhana Dan MMHA

Antisipasikan enam acara lain yang dijadualkan sehingga April 2024 yang akan menyediakan lebih banyak impak dan sokongan terhadap kesihatan mental. Kerjasama ini berharap untuk memberikan kesan yang berterusan dalam memperkukuh kesedaran dan menyokong isu kesihatan mental yang semakin penting dalam masyarakat kita.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI