QUE HAIDAR & LINDA JASMINE

Alahai, comelnya tengok kedua-dua anak perempuan Que Haidar dan Linda Jasmine. Macam Barbie Doll! Iyalah, macam mana tak comel mak ayah pun dah memang cantik dan handsome. Kalau diamati betul-betul, anak perempuan sulung mereka, Tengku Ratu Haidar mewarisi kecantikan ibunda tersayang. Sementara si comel Tengku Cleopatra Haidar
pula lebih iras wajah bapa.

Tengku Ratu Haidar atau mesra disapa sebagai Ratu kini berusia 10 tahun sementara Tengku Cleopatra Haidar atau nama timangannya Cleo mencecah usia 8 tahun pada 26 April lalu. Disebabkan ulang tahun kelahiran Cleo ‘jatuh’ ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19, sambutan hari lahirnya disambut secara sederhana di samping keluarga tersayang.

IKLAN

Turut berkongsi momen Syawal tahun ini, seisi keluarga selebriti ini tampil segak dan anggun dalam persalinan raya masing-masing. Que mengenakan baju melayu rona champagne, Linda pula dalam memilih busana hitam elegan lengkap berselendang sementara Ratu dan Cleo comel berbaju kurung moden coklat serta beige.

Comel & Berbakat, Wajah Terkini 2 Anak Perempuan QUE HAIDAR & LINDA JASMINE!
Potret romantis Que & Linda di pagi Syawal

Comel & Berbakat, Wajah Terkini 2 Anak Perempuan QUE HAIDAR & LINDA JASMINE!

Comel & Berbakat, Wajah Terkini 2 Anak Perempuan QUE HAIDAR & LINDA JASMINE! Comel & Berbakat, Wajah Terkini 2 Anak Perempuan QUE HAIDAR & LINDA JASMINE! Comel & Berbakat, Wajah Terkini 2 Anak Perempuan QUE HAIDAR & LINDA JASMINE!

Comel & Berbakat, Wajah Terkini 2 Anak Perempuan QUE HAIDAR & LINDA JASMINE! Comel & Berbakat, Wajah Terkini 2 Anak Perempuan QUE HAIDAR & LINDA JASMINE!

Selain dikurniakan wajah comel dan cantik, puteri kesayangan Que dan Linda ini juga sebenarnya berbakat dalam bidang peragaan dan seni. Saban tahun sebelum tibanya Aidilfitri, pasti dua beradik ini menerima tawaran untuk menghiasi kempen lebaran bagi koleksi kanak-kanak. Sebelum ini, Ratu dan Cleo pernah mewarnai kempen hari raya bagi jenama fesyen terkenal, Jovian.

Bukan itu saja, Ratu dan Cleo juga sebenarnya sangat suka menari. Bak kata pepatah, ‘Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi’! Menerusi perkongsian Que dan Linda di laman
media sosial masing-masing, jelas menunjukkan Ratu cukup meminati tarian dan aktif mengikuti kelas tarian balet. Terkesima tengok aura dan lenggok tarian anak gadis pelakon
Rock Oo ini!

https://www.instagram.com/p/B_J8gD4JIz2/

Comel & Berbakat, Wajah Terkini 2 Anak Perempuan QUE HAIDAR & LINDA JASMINE!
Kecantikan Ratu yang makin terserlah

Comel & Berbakat, Wajah Terkini 2 Anak Perempuan QUE HAIDAR & LINDA JASMINE! Comel & Berbakat, Wajah Terkini 2 Anak Perempuan QUE HAIDAR & LINDA JASMINE! Comel & Berbakat, Wajah Terkini 2 Anak Perempuan QUE HAIDAR & LINDA JASMINE!

Melihat bakat Ratu tersebut pasti membuatkan ramai peminat Linda yang terkenang kembali zaman kegemilangan program Akademi Fantasia. Dari situlah nama Linda Jasmine
melonjak naik dalam persada seni kerana kelincahannya selaku choreographer untuk para peserta program popular berkenaan. Dengan raut wajah cantik, ramping, bertenaga
dan suara yang lantang, ramai anak muda menjadikan Linda sebagai idola dalam seni tarian.

IKLAN

https://www.instagram.com/p/B_7WQ6tpM-1/

Comel & Berbakat, Wajah Terkini 2 Anak Perempuan QUE HAIDAR & LINDA JASMINE!
Wajah comel Cleo

Comel & Berbakat, Wajah Terkini 2 Anak Perempuan QUE HAIDAR & LINDA JASMINE! Comel & Berbakat, Wajah Terkini 2 Anak Perempuan QUE HAIDAR & LINDA JASMINE! Comel & Berbakat, Wajah Terkini 2 Anak Perempuan QUE HAIDAR & LINDA JASMINE! Comel & Berbakat, Wajah Terkini 2 Anak Perempuan QUE HAIDAR & LINDA JASMINE!

Jadi, tak hairanlah kedua-dua anak perempuannya pun secara tak langsung meminati dan mewarisi bakat ibunda mereka. Dalam erti kata lain, darah seni sudah sebati dan mengalir dalam diri Ratu dan Cleo. Selain dikurniakan dua anak perempuan, Linda juga mempunyai seorang anak lelaki yang merupakan anak tiri Que iaitu Qalif Khan yang kini berusia 20 tahun.

IKLAN

Que Haidar atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Hiadar mendirikan rumah tangga bersama Linda Jasmine Hashim pada 15 Februari 2009. Que ketika itu berumur 30 tahun sementara Linda Jasmine pula berusia 37 tahun. Majlis persandingan mereka diadakan dalam suasana indah dan meriah berkonsepkan ‘Bali Dalam Taman’ di Bora Ombak yang turut dihadiri para peserta Akademi Fantasia dan rakan artis.

Penjagaan kesihatan seisi keluarga bermula di sini.

Comel & Berbakat, Wajah Terkini 2 Anak Perempuan QUE HAIDAR & LINDA JASMINE!

 

 

Sumber : Instagram Linda Jasmine & The Haidars

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI