Comelnya Baby! RAJA ILYA Selamat Bersalin Bayi Perempuan, Akui Teruja Jadi Ibu

Comelnya baby! Tahniah Raja Ilya dan suami, Trent Garret yang selamat menimang cahaya mata sulung mereka baru-baru ini. Berkongsi momen indah tersebut bersama followers di media sosial, aktres jelita berkenaan melahirkan bayi perempuan di Perth, Australia pada 1 Julai lepas.

Teruja bergelar ibu, Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad turut memuat naik gambar di samping suami tercinta dan cahaya mata mereka sebaik bersalin di sebuah pusat perubatan di Australia.

Dalam foto berkenaan, Raja Ilya dilihat masih lengkap berbaju hospital berwarna hijau. Bukan hanya berkongsi wajah cahaya mata, pasangan romantis ini juga sepakat mendedahkan kepada umum nama bayi perempuan mereka iaitu Talita. Sedap nama!

Credit Instagram @rajailya
Credit Instagram @rajailya
Credit Instagram @talitalovegarrett
Credit Instagram @talitalovegarrett

Kata Raja Ilya, dia tidak menyangka bakal menjadi seorang ibu selepas tiga tahun berkahwin. Yang pasti, kelahiran Talita nyata membawa kegembiraan buat mereka suami isteri.

“Syukur alhamdulillah our baby girl is here. If you had of said to me I’ll be pregnant in 3 years I would have laughed. Today I experienced a miracle, a magical moment, the birth of my baby girl Talita Love.

There were tears, I’m still in shock. Thank you for all your love, support and Doa, it’s greatly felt. Tak sabar nak balik Malaysia awal tahun depan dengan baby. Wait for us okay.”

Selebriti ini dan suami dalam pada itu turut sepakat membuat akaun Instagram anak mereka biarpun Talita masih kecil. “Follow her, Talita Love Garret Instagram account for more updates and fun. InshaAllah.”

Credit Instagram @rajailya
Credit Instagram @rajailya
Credit Instagram @talitalovegarrett

Menariknya, bulan Julai menjadi bulan paling bermakna buat Raja Ilya, suami dan anak. Ini kerana kesemua mereka lahir pada bulan berkenaan. Anak, Talita dilahirkan pada 1 Julai diikuti Raja Ilya pada 11 Julai dan suaminya, 17 Julai.

Credit Instagram @rajailya
Credit Instagram @rajailya
Credit Instagram @rajailya

Raja Ilya yang bakal berusia 37 tahun mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan kelahiran Australia, Trent Garret dalam sebuah majlis tertutup di Perth, Australia pada 23 Disember 2018.

Mereka kemudian mengadakan majlis resepsi gilang-gemilang dan mewah pada 19 September 2019 di Subang Jaya, Selangor.

 

IKLAN
Share