Bukan tak suka, tapi adakalanya tak semua ‘kehadiran’ kita dalam sesebuah group WhatsApp tu diperlukan. Kalau dulu perbuatan left group dianggap sebagai tidak profesional, tapi kini kita boleh tinggalkan group secara terhormat atau tidak diketahui ahli lain melalui ciri terbaharu yang diperkenalkan.

IKLAN

Aplikasi WhatsApp digunakan lebih daripada 2 bilion pengguna di seluruh dunia. Dimiliki oleh syarikat induk Facebook Meta, ia mengumumkan beberapa kemas kini baharu pada Selasa, melibatkan privasi aplikasi itu termasuk pengguna boleh membaca mesej diterima tanpa mendedahkan ia sudah dibaca atau belum.

Ya, memang susah nak jaga hati atau puaskan hati semua pihak. Lebih-lebih lagi bagi golongan berkerjaya. Ada di antara group ini ditubuhkan oleh ketua atau rakan jabatan, jadi serba-salah jadinya kalau nak tinggalkan secara baik.

Kalau jadi silent reader ‘menyemak’ pula sebab notifikasi masuk tak berhenti-henti.

Dah Boleh Tinggalkan Group Secara Senyap, Ciri Baharu WhatsApp Ini Cara Terbaik Jaga Silaturrahim!

 

JAGA SILATURRAHIM

Pengguna selepas ini boleh keluar dari kumpulan secara senyap tanpa ada tulisan menunjukkan pengguna berkenaan sudah left group, seperti dilaporkan CNN.

IKLAN

Mengumumkan perubahan itu di Facebook dan Instagramnya, Ketua Pegawai Eksekutif Mark Zuckerberg berkata syarikat itu akan “terus membina cara baharu untuk melindungi mesej anda dan memastikannya selamat seperti perbualan bersemuka.”

Nah, bagus ciri ni demi kemaslahatan dan jaga silaturrahim sesama rakan!

Dah Boleh Tinggalkan Group Secara Senyap, Ciri Baharu WhatsApp Ini Cara Terbaik Jaga Silaturrahim!

IKLAN

 

Dua daripada ciri baharu yang diperkenalkan di WhatsApp – yang akan membolehkan anda memilih siapa yang boleh melihat apabila anda aktif, dan meninggalkan kumpulan secara senyap – akan mula dilancarkan kepada semua pengguna bulan ini.

Platform itu juga tidak lama lagi membenarkan pengguna menentukan siapa yang boleh melihat apabila mereka sedang online dan menghalang orang lain melakukan tangkap layar terhadap mesej pengguna.

Fungsi menyekat tangkap layar, buat masa kini masih diuji dan akan disediakan kemudian, menurut WhatsApp.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI